www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday, 11 April 2011

NAJIB TIPU LAGI RAKYAT SARAWAK HARI INI.....UNDI BN BARU LULUS PROJEK

Najib semakin terdesak dalam usaha menyelamatkan Taib, hari ini beliau ugut rakyat Sarawak lagi, kena undi BN maka peruntukan akan diberikan selepas 16 April 2011 nanti. Politik peras ugut semakin menjadi budaya Umno dan BN. Sarawak dilihat semakin terlepas ke tangan PR maka Najib pasti menggunakan pelbagai ugutan supaya BN selamat di sana.

Najib takut nak berjanji lagi sebab duit dah kering. Bayangkanlah dengan seluruh kawasan DUN Sarawak berjumlah 71 DUN, berapa banyak BN dan Najib nak berhabis duit dengan janji-janji projek pembangunan? Jika satu DUN dijanjikan RM10 juta maka jika71 DUN, BN kena sediakan RM710 juta, mana Najib nak cari duit tersebut? Nak guna duit Taib? Sampai kiamat pun Taib takkan benarkan? Nak guna duit rampasan projek 3b SPRM, semuanya terbantut angkara kematian salah seorang suspek. Pergi Labuan dan punggah duit Taib, itu paling betul.

Datuk Seri Najib Razak hari ini agak berbeza apabila beliau berjanji meneliti aduan penduduk selepas hari mengundi. akde undi maka takde kelulusan. 

"Hari ini saya ada tiga 'surat cinta' (permohonan). Saya akan timbangkannya selepas 16 April, boleh? Saya hendak tengok kawasan ini lebat dengan undi.

"Boleh atau tidak?," kata Najib lagi sambil disambut laungan "boleh" oleh hampir 2,000 penduduk di Spaoh, dekat Betong

Lokasi berkenaan merupakan salah satu kawasan yang dikunjungi Najib hari ini dalam program tinjauannya ke beberapa kawasan pedalaman di bahagian Betong. Najib juga mengunjungi kawasan Sri Aman yang terletak kira-kira 300km dari Kuching.

Inilah stail politik jahat Najib dab BN di Sarawak. Ini bukan rasuah ke? Mana dia SPRM? Tolong siasat kes ini jika berani? Pasti tak berani sebab SPRM ini pun serupa Umno sahaja nampaknya. SPRM boleh siasat Najib di bangunan kamu, tapi tolonggunakan bilik di tingkat bawah sahaja, takut juga guna tingkat atas,bimbang ada mangsa mati bunuh diri kali ketiga di bawah jagaan SPRM.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online