www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 11 April 2011

HELIKOPTER TPM TERHEMPAS....TAKZIAH BUAT MUHYIDDIN. Jaga Mulut Di Sarawak. Hantu Dan Jembalang Mengejar Kamu

Takziah buat TPM Muhyiddin dan krew helikopter yang terhempas sebentar tadi. Walaupun ia tidak melibatkan helikopter yang membawa TPM tetapi helikopter itu adalah helikopter pengiring yang juga boleh dinaiki TPM pada masa tertentu. Jika kita ingat Muhyiddin lah orang yang bermulut cabul menggelar pembangkang sebagai hantu dan jembalang dari semenanjung. Awas Muhyiddin sila jaga mulut kamu selepas ini.  

Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, di tengah-tengah bandar raya ini pada 1.40 petang hari ini selepas menurunkan tiga penumpangnya termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di dataran itu.

Juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.

Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.

Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.

"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas” kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawal keselamatan.

Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.

"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat,” kata Hafiz. - Bernama

p/s. Sila pastikan semua helikopter yang membawa Najib dan  Muhyiddin diperiksa rapi demi keselamatan pemimpin negara. Pada masa  yang sama Najib dan Muhyiddin kenalah menjaga mulut mereka, janganlah membuat ugutan atau menipu lagi rakyat Sarawak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

NONEBagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online