www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 12 April 2011

TAIB BERDEGIL ARAHAN NAJIB. PERSOALANNYA, BERANIKAH NAJIB KORBANKAN TAIB DEMI BN?

KM Sarawak Tan Sri Abdul Taib masih berdegil? Najib dalam keadaan terdesak? Maruah beliau mesti dipertahankan? BN Sarawak dan Semenanjung perlu diselamatkan walaupun terpaksa mengorbankan Taib? Taib ialah liabiliti BN buat masa ini. Beliau yang terlalu lama menjarah hasilbumi Sarawak berjanji di depan Najib dan pengundi Sarawak di Kuching malam tadi untuk melepaskan jawatan KM. Tiada tarikh yang ditetapkan.  Ucapan beliau itu menjadikan beliau seorang yang penakut,penipu, temberang serta mungkin tidak pasti akan ditunaikan kerana beliau tidak pun menetapkan tarikh pengundurannya. Najib pasti pening dengan karenah Taib.

Bagi Najib Sarawak perlu diselamatkan walaupun Taib terkorban demi survival Umno dan BN di Semenanjung. Najib ada masa empat hari lagi untuk memaksa Taib menetapkan tarikh pengundurannya, jika tidak tsunami kebangkitan pengundi Sarawak terhadap PR tidak akan mampu ditahan BN lagi. Najib pasti mengorbankan Taib dengan membuat pengumuman sebenar Taib sebelum hari pengundian. Taib akan dikorbankan demi Najib. Najib pasti brjanji untuk menjaga keselamatan Taib bersama keluarga dan hartanya, saham, aset, tanah dan semuanya untuk memudahkan tugas beliau.

Inilah karenah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali mengelak soalan mengenai bila beliau akan berundur selepas 30 tahun menerajui kepimpinan Sarawak.

Dalam ucapan ringkasnya di konsert 1Malaysia di Padang Merdeka, Kuching, Taib berharap agar generasi muda akan menyokong penggantinya nanti.

"Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak," katanya.


Ucapan itu disampai di depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang semalam berjanji bahawa Taib akan berundur, sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa Putrajaya cuba menyegerakan satu rancangan peralihan kepimpinan di Sarawak.

Tetapi pembangkang - yang menjadi Taib musuh nombor satu - dalam kempennya, mendakwa Najib tidak mampu untuk membuat Taib berundur dan mendakwa Taib mahu terus memegang kuasa.

Kita akan lihat dalam masa beberapa hari lagi , siapakah paling berkuasa antara Najib dan Taib? Adakah Najib mampu mendesak Taib memberkan tarikh pengunduran beliau atau  Najib secara paksa mengumumkan sendiri tarikh perletakkan kuasa Taib. Siapa yang sebenar anak jantan antara mereka berdua, sama-samalah kita nantikan.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online