www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 13 April 2011

ISU PANAS 2/3? MULA-MULA TAIB, NAJIB DAN MUHYIDDIN. 3/3 KENA SAWAN......

SELASA  12 APRIL 2011. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam optimis untuk mengekalkan majoriti dua pertiga (2/3) dengan kemenangan di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

RABU 13 APRIL 2011 : Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata, kemenangan majoriti dua pertiga (2/3) dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'.

Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah.

"Kemenangan dua pertiga adalah satu sasaran yang mampu dicapai. Jika kita capainya dua pertiga itu satu markah bonus untuk wujud kerajaan yang kuat dan stabil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya yang mempunyai majoriti pengundi Melayu

RABU13 April . Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu pengundi Sarawak bersatu bagi membolehkan Barisan Nasional (BN) mempertahankan majoriti dua pertiga (2/3)  kerusi dalam pilihan raya negeri kali ke-10, Sabtu ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata semangat “Gelombang Biru" semakin meningkat dan mahu ia terus melanda Sarawak dan membawa kemenangan kepada calon-calon BN.

KESIMPULAN.

Kenyataan Najib sekali lagi menunjukkan bahawa beliau dan Taib Mahmud kini walaupun satu kapal sudah berlainan haluan. Sebelum ini, Taib Mahmud kata beliau cukup optimis akan kekal majoriti 2/3. Kali kedua Najib-Taib Mahmud berselisih pendapat setelah ucapan Najib sebelum ini bahawa Taib Mahmud akan berhenti sebagai Ketua Menteri disanggah tak sampai 24 jam dalam majlis yang turut dihadiri oleh Najib. Hari ini Muhyiddin pula menjadi sasau dengan angka 2/3.

Hasilnya 3/3 tak betul. Yang betul rakyat Sarawak mahukan perubahan. Taib mesti disingkirkan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online