www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 21 August 2013

GAMBAR KEMALANGAN BAS DI GENTING. 37 DISAHKAN MAUT

GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur petang ini, disahkan 37 orang, 27 lelaki dan 10 wanita.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbar malam ini berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 3.54 petang manakala mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada pukul 8.01 malam ini. - UTUSAN ONLINE

























Read rest of entry

Thursday 1 August 2013

TEKALAH SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG GILA DAN BODOH?

Termasuk Prof Agus, sudah dua orang mengkritik kenyataan Noh Omar yang meminta polis menyiasat kenytaan seorang ibu dalam isu makan dalam bilik persalinan. Seblum ini Chua Aoi Lek membidas Noh Omar sehingga terkeluar perkataan "beliau sudah gila" merujuk kepada Noh Omar.


Inilah kenyataan Prof Agus

Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?

Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.


Soi Lek: Noh Omar sudah gila


Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.

Inilah yang meriaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?

Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?

Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk meengkapkan kekurangan ini. Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.

Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.

Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.
Mohammad Agus Yusoff.


Read rest of entry

Thursday 25 July 2013

LIHATLAH....RATU CANTIK PUN MINTA MAAF. UMNO BILA LAGI?

PETALING JAYA: Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.
Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri," katanya pada Rabu.

Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.
"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia.
"Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.
Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.
Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam.
"Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.
"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.
Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim berkata keempat-empat peserta itu akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu sebagai tetamu jemputan.

Read rest of entry

Wednesday 24 July 2013

KEPUTUSAN TAK RASMI : BN MENANG DENGAN MAJORITI 2,642 UNDI

KEPUTUSAN TIDAK RASMI : 

PAS = 4324 undi, 

BN = 6966 undi,

Majoriti = 2642.



Ternyata rakyat Kuala Besut terus terpedaya dengan 


umpan kebendaan. Lepas ini kena sembelih .............



Read rest of entry

TERKINI PRK BESUT. CALON PAS MENANG PERCUMA AKIBAT KESALAHAN CALON BN? SPR SEDANG BERMESYUARAT

Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai calon kerana telah melanggar kerahsiaan dalam pilihan raya.

Tengku Zaihan, calon BN bagi DUN Kuala Besut dilaporkan tiba SMK Kuala Besut jam 8.20 pagi untuk membuang undi dengan ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau mempamirkan kertas undi setelah beliau mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri sebelum memasukkannya ke dalam peti undi.




Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).

"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya..  

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 
Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 
(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 
(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 
Sumber :
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/07/kurang-cerdik-rupanya-calon-bn-ni-dia.html
Read rest of entry

Wednesday 26 June 2013

KERAJAAN BARU DI TERENGGANU? UMNO PERTAHAN PAS PERLU MENANG...

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.


Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.


PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.


Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.

Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan.

Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN).

Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).
Read rest of entry

Monday 17 June 2013

UMNO KEDAH PULA CUBA SELAMATKAN NAJIB DARIPADA SERANGAN KU LI DI BORNEO


Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju jawatan Presiden serta Timbalan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditandingi.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pertama badan itu selepas pilihan raya umum ke-13 di Bangunan Tunku semalam.

"Saya harap tiada sesiapa menawarkan diri untuk bertanding. Dalam suasana politik hari ini, kedua-dua jawatan penting itu wajar tidak menjadi perebutan.

"Jawatan naib presiden dan lain-lain boleh ditandingi, tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang dihadiri 21 daripada 26 anggotanya.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Ahmad Bashah berkata mesyuarat juga memilih bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno peringkat negeri manakala Umno bahagian Sungai Petani dan Padang Serai yang ditadbir Perhubungan Negeri akan diserah semula kepada pengurusan bahagian.

Katanya, beliau akan mengutus surat kepada Umno Malaysia agar pengurusan pentadbiran bahagian Sungai Petani diserah semula kepada ketuanya, Ali Yahya manakala Padang Serai kepada pemangku ketua bahagian, Halim Hassan.

Bahagian Sungai Petani berdepan masalah dalaman sejak 2010 manakala Padang Serai mulai awal tahun lepas, menyebabkan pentadbiran kedua-duanya diambil alih Perhubungan Negeri.

Mengulas pemilihan parti akan datang, Ahmad Bashah berkata penerangan kepada anggota adalah penting kerana banyak elemen baharu, antaranya, cawangan diberi kuota mengundi agar tidak berlaku kepincangan.

Beliau berkata mesyuarat cawangan peringkat negeri bermula 15 Julai sehingga 31 Ogos ini, diikuti bahagian selepas Majlis Tertinggi menetapkan tarikh.

-Bernama
Read rest of entry

Tuesday 11 June 2013

BERBALOIKAH NAJIB PECAT ZAHID HAMIDI DENGAN SKANDAL INI?


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.


Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.

Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.

PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.

Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu.
Read rest of entry

Saturday 8 June 2013

SPR KEKAL MENIPU? DR. S PULA DIPERSALAHKAN?


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menegaskan bahawa beliau telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu.


Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam Khamis lalu bahawa tiada laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya.

"Ya, kita ada (menghantar dakwat kepada kementerian untuk 
penilaian keselamatan) dan kita mendapat jawapan," katanya dalam satu komunikasi SMS dengan Malaysiakini semalam.

Ditanya sama ada surat itu akan didedahkan kepada umum, beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada menteri berkenaan.

Abdul Aziz sebelum ini telah memberitahu akhbar Straits Times Singpura pada 12 Mei dalam satu wawancara bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya jangan meletakkan leibh daripada satu peratus siver nitrate dalam dakwat tersebut.
Read rest of entry

Tuesday 4 June 2013

KENAPA ORANG MELAYU BENCI UMNO? INI JAWAPAN TUN MAHATHIR....

KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.


(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.
Read rest of entry

Tuesday 28 May 2013

DAIM PAKSA NAJIB "PECAT 4 BADUT SEBAGAI PUNCA BN KALAH PRU13. INILAH MEREKA?

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan kesilapan dengan memilih penasihat yang salah hingga menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.



Selain itu menurut Daim, satu lagi penyebab utama kepada kekalahan BN ialah berkaitan masalah dalaman parti itu sendiri.
Daim berkata demikian dalam satu temu bual bersama China Press. Artikel berkenaan turut dimuat naik ke dalam blog wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.
Temu bual itu turut diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.
Selain itu Daim yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib terlalu mengharapkan populariti peribadinya bagi membantu BN mendapatkan kembali majoriti dua per tiga kerusi Parlimen yang hilang pada tahun 2008.
"Ini adalah pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.
"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda kaitkan undi BN sebagai undi untuk Najib, maka keputusan BN yang lemah juga akan memberi kesan kepadanya.
"Memilih kerajaan adalah perkara yang serius, jadi tinggalkan penasihat badut ini dan jangan ikut permainannya," kata Daim.
Menerusi temu bual itu juga, Daim turut menyalahkan BN yang disifatkan gagal menggunakan sumbernya dalam usaha menawan kembali kerusi di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Cina.
"Kawasan majoriti Cina sukar untuk ditawan dan BN tidak sepatutnya membuang masa serta wang di kawasan berkenaan tetapi perlu memberi tumpuan di kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada 2008. BN juga sepatutnya perkukuhkan penguasaan di kerusi yang mereka menangi pada PRU-12.
"Terlalu banyak masa dan wang disia-sia di kawasan bandar yang keputusannya sudah boleh dijangka," kata Daim bagi mengulas mengenai perbelanjaan besar untuk majlis makan malam percuma dan konsert.
Tambah Daim, BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, kemiskinan bandar dan graduan muda.
Read rest of entry

Saturday 25 May 2013

MALAM INI : HIMPUNAN AMAN BLACKOUT 2505 DI AMCORP MALL


Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.




Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.



Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid 
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - 
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG


9.20pm: Penyanyi blues, Ito menyanyikan lagu 'Ubah Sekarang' dan orang ramai berdiri melambaikan tangan mengiringi nyanyiannya.



9.15pm: Penyanyi Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang berkata Pakatan Rakyat memenangi hati rakyat selepas pilihan raya umum.

Beliau turut mengambil kesempatan menyanyikan serangkap lirik lagu popularnya.


9.10pm: Badrul Hisham Shaharin mengambil tugas pengerusi majlis dan memperkenalkan pemimpin Ronnie Liu naik ke pentas.



Beliau menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya "jika tidak, kita tidak akan sampai ke Putrajaya".

"Saya percaya sudah tiba masanya kita melancarkan BERSIH 4.0!" katanya sambil mendapat tepukan gumuruh hadirin.


9.00pm: Perhimpunan diteruskan, jumlah hadirin telah meningkat dua kali ganda kepada kira-kira 20,000 orang.

8.00pm: Hujan renyai-renyai tetapi orang ramai masih tidak berganjak, dan ada yang membuka payung.

7.30pm: Jumlah hadirin meningkat kepada 10,000 orang dan jumlah itu kurang daripada yang dijangkakan oleh pihak penganjur. 




Read rest of entry

Thursday 23 May 2013

TERKINI........... TAMRIN GHAFAR PUN DITAHAN POLIS. YANG LAIN DALAM PERHATIAN POLIS?

KUALA LUMPUR: Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.




Read rest of entry

PANAS.... TIAN CHUA DITAHAN POLIS. ZAHID KDN DIARAH OLEH SIAPA?


Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua dan juga seorang akvtivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.


Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.



Beliau juga turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.


Pendakwaan ke atas Adam Adli hari ini adalah berdasarkan ucapan siswa berkenaan dalam forum sama.


Jurucakap bagi sekumpulan 50 NGO yang menganjurkan perhimpunan di Petaling Jaya pada Sabtu ini, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.


Sebaliknya, perhimpuan berkenaan adalah Festival Rakyat untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya.

Bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall.

Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia
Read rest of entry

Wednesday 22 May 2013

CINA INI MAHU KUBURKAN UMNO? MANA PERKASA? JATI? LAWANLAH BRO.....


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) seharusnya bergabung dalam satu parti berbilang kaum atau akan berhadapan dengan risiko dalam tempoh lima tahun akan datang, kata pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

Chang berkata, BN perlu mengubah pendekatannya dengan menarik perhatian pengundi muda dan bandar dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Dalam pilihan raya, kita melihat pengundi bandar mengundi calon-calon berbeza kaum seperti pengundi Cina mengundi calon-calon PAS.
“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan melihat lebih banyak kawasan luar bandar akan dimodenkan.
“Parti berdasarkan kaum sudah ketinggalan. Ia merupakan perkara yang lepas.
“Barisan sepatutnya menjadi sebuah parti yang tunggal,” katanya pada sidang media di sini, Rabu
Read rest of entry

KABINET HARAM 2013? AKIBAT SUMPAHAN HARAM JADAH RAKYAT BUAT NAJIB........


KUALA LUMPUR: Pelantikan lima senator yang belum mengangkat sumpah sebagi anggota kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sesi 2013 adalah tidak sah dan boleh dicabar.

Pandangan itu dikemukakan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak yang dipetik Sinar Harian Online.



Mohamed Mustafa berkata, dalam Perlembagaan Negara, melalui Perkara 43, anggota kabinet hanya boleh dipilih mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan rakyat ataupun Dewan Negara.


Beliau merujuk kepada perlantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri iaitu berstatus senator yang belum mengangkat sumpah.


Mereka adalah Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul low Sengg Kwan (Kedua-duanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorty (Pemimpin Hindraf), Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Kementerian Perdagangan dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Loga Bala Mohan Jaganathan juga Timbalan Menteri dari Kementerian Wilayah Persekutuan.


Mengulas lanjut beliau berkata lantikan hanya berjalan apabila Menteri atau Timbalan Menteri dilantik mengangkat sumpah sebagai Senator dan ia jelas tertulis di dalam Perkara 43(1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.




"Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka tidak sah dan boleh dicabar.




"Perkara ini amat jelas dan terkandung di dalam Perlembagaan Negara melalui Perkara 43 iaitu lantikan hanya berjalan apabila Menteri atau Timbalan Menteri dilantik mengangkat sumpah sebagai Senator," jelas beliau.
Read rest of entry

Tuesday 21 May 2013

NAJIB SEMAKIN TAKUT KEPADA MAT TAIB . GAJINYA KINI LEBIH TINGGI DARI NAJIB....MEMALUKAN


KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.
Read rest of entry

SAH UTUSAN BODOH DAN RASIS : KINI ORANG CERDIK SOKONG BOS AIRASIA-X SEBAGAI WIRA



Ahli perniagaan Datuk Seri Kalimullah Hassan tampil mempertahankan ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani, yang dikecam hebat Utusan Malaysia kerana mengkritik pemberitaan akhbar milik Umno itu.

Kalimullah, dalam tulisannya di Twitter malah menyanjung tindakan dan sikap Azran dan menyifatkan eksekutif muda di syarikat penerbangan tambang murah itu sebagai “warga Malaysia sebenar”.

“Hanya orang yang taksub akan melihat komen seperti yang diutarakan Azran Osman-Rani itu sebagai (komen) menyakitkan hati,” kata Kalimullah dalam tulisan bertarikh 18 Mei.

Beliau yang pernah memimpin akhbar New Straits Times sebagai ketua pengarang kumpulan juga menyatakan rasa hairan dengan sikap yang ditunjukkan Utusan dalam isu Azran itu.

“Kadang-kadang, saya terfikir dari celah batu mana sesetengah personaliti Utusan ini muncul,” katanya, pada 8 Mei.


Dalam satu lagi tulisan, juga pada 8 Mei, beliau turut menyatakan rasa gembira apabila melihat rakyat Malaysia bersatu mengutuk “sikap rasis” Utusan.

"Amat mengujakan apabila melihat rakyat Malaysia bersatu dalam mengutuk (sikap) rasis Utusan yang terang-terangan dan berterusan," katanya.


Kenyataan berkenaan dipercayai merujuk kepada laporan muka depan Utusan bertarikh 7 Mei dengan tajuk besar "Apa lagi Cina mahu?"
Azran juga mula mendapat perhatian Utusan apabila beliau meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman dalam laporan akhbar berkenaan.

Dalam tulisan di laman sosial Facebook dan Twitter, Azran dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online