www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

TUAN IBRAHIM ARAH HASSAN ALI KOSONGKAN KERUSI DUN GOMBAK SETIA. BERANI ATAU BACUL?

PETALING JAYA: PAS menggesa Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengosongkan kerusi Dewan Undangn Negeri (Dun) Gombak Setia kerana kemenangannya di kerusi berkenaan adalah atas tiket parti itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man berkata Hasan sepatutnya mengosongkan kerusi berkenaan kerana beliau kini dilihat sering menyelar PAS dan kepimpinanya menerusi ceramah jelajah di seluruh negara.
Tuan Ibrahim berkata, Hasan tidak sepatutnya terus menyandang jawatan wakil rakyat yang dimenanginya atas tiket PAS tambahan pula beliau enggan merayu berhubung pemecatannya daripada parti itu .
Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari dan digugurkan daripada Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Januari lalu giat mengadakan siri jelajah di seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai isu pemecatannya.
Beliau secara berterusan mengkritik kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat
www.mstar.com.my


Read rest of entry

Monday, 23 January 2012

IBRAHIM ALI HINA SULTAN SELANGOR..... DEMI POLITIK MURAHAN



Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

NONE"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.

NONE"Tindakan Datuk Ibrahim Ali (kiri) yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.

Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.

"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.


www.malaysiakini.com



Read rest of entry

Wednesday, 18 January 2012

3 ADUN PAS DAPAT JAWATAN DI SELANGORR SELEPAS PARASIT HASSAN ALI PERGI.



SHAH ALAM, 18 Jan:Kerajaan negeri Selangor membuat penyusunan semula portfolio Exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
(Gambar: Khalid bersama Dr Ahmad Yunus dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)

Melalui perubahan ini, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini.

Melalui penukaran ini juga, Menteri Besar mengumumkan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel manakala seorang lagi Adun PAS, Dr. Shafie Abu Bakar (Bangi) akan memegang jawatan Pengerusi PADAT. 

Dr Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco menggantikan Hasan Ali di depan Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Beliau kemudiannya menyertai mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri.


Read rest of entry

Tuesday, 17 January 2012

HASSAN ALI PARASIT SEBENAR DALAM PAS, BIARKAN DIA PERGI DENGAN DOSANYA....

SHAH ALAM, 17 JAN : Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali yang di pecat 8 Januari bebas untuk membuat sebarang kenyataan dan tindakan peribadi memandangkan beliau bukan lagi menjadi ahli PAS.



Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan tidak mempunyai halangan melancarkan siri ceramahnya ke seluruh negara bagi mendedahkan kononnya terdapat kumpulan 'parasit' dalam PAS.

"Kita berlapang dada untuk Hasan meneruskan ceramahnya, kerana beliau bukan lagi ahli PAS dan tidak ada kena-mengena dengan kepimpinan PAS.

"Terpulang kepada orang ramai untuk percaya atau tidak dengan dakwaannya itu, kita tidak boleh halang kerana jelas beliau bukan lagi Ahli PAS," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim tidak menafikan hak Hasan Ali untuk membuat sebarang keputusan, dan pada masa sama perlembagaan PAS memperuntukkan ahli yang dipecat boleh merayu kepada Majlis Syura dalam tempoh 30 hari, namun terserah kepadanya untuk membuat keputusan.

Hingga ke saat ini Hasan di dakwa tidak mengemukakan sebarang rayuan berhubung pemecatan beliau. Tarikh rayuan tersebut berakhir 7 Februari depan.

Hasan pada sidang medianya semalam berkata, beliau akan mendedahkan kumpulan 'parasit' dalam PAS pada program ceramahnya ke seluruh negara, bermula dua minggu depan. 
Hasan mendakwa, kumpulan itu memainkan peranan memesongkan PAS dari perjuangan Islam.

Ketika dihubungi TVSelangor, Tuan Ibrahim berkata, tidak pernah wujud kumpulan 'parasit' dalam kepimpinan PAS seperti yang didakwa bekas Exco Hal Ehwal Islam negeri Selangor itu.Kenyataan Hasan tersebut juga dianggap tidak munasabah kerana sebarang keputusan parti perlu menerusi perbincangan dalam mesyuarat tertinggi.

"Kita ada majlis syura yang akan menentukan dasar parti dan perkara yang besar pula akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

"Jadi dakwaan yang mengatakan wujud kumpulan perosak itu antara punca beliau dipecat langsung tidak boleh diterima, kerana keputusan besar dalam parti adalah keputusan bersama bukannya keputusan antara kumpulan,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim berkata keghairahan media arus perdana mengambil kesempatan dengan mendampingi bekas ahli pembangkang sudah diramal.

Namun, bagi PAS, ia tidak menjejaskan perjalanan mereka untuk terus memberi fokus kepada pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Fenomena biasa, kalau beliau (Hasan) kritik PAS, media arus perdana akan membuat liputan, tidak ubah seperti apa yang berlaku kepada Zulkifli Nordin dan beberapa pemimpin lain ,"jelasnya. - tvsnews.net




Read rest of entry

Friday, 13 January 2012

DILUCUT JAWATAN EXCO. BERAKHIRNYA KARIER POLITIK DR.HASSAN ALI

Sultan Selangor hari ini perkenan untuk membatalkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali - yang telah dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu - daripada jawatan exco kerajaan negeri Selangor.

Keputusan itu dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap baginda di Istana Kayangan di Shah Alam pagi ini.

"Memandangkan Datuk Hasan bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihati DYMM Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"DYMM Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata menteri besar dalam satu sidang media selepas mengadap Sultan Selangor pagi tadi.

Pada masa yang sama, katanya, sultan telah menurunkan kuasanya kepada beliau untuk melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru.

"Baginda Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak-pihak," tambahnya.

Sehubungan itu, kata Khalid, pelantikan exco baru akan disempurnakan di Istana Kayangan pada hari Rabu minggu depan.

Ditanya mengenai pengganti Dr Hasan, Khalid berkata, secara rasmi beliau belum menerima senarai calon tersebut.

"Dalam (tempoh) dua hari ini, saya akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS pusat untuk berbincang perkara ini," katanya.

Menurut Khalid lagi, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan Dr Hasan sebaliknya mengesahkan menerima surat permohonan cuti dan tidak menghadiri mesyuarat exco.

Khalid juga berkata ekoran pemecatan Dr Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau yang juga ADUN Gombak Setia, turut digugurkan.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan ada tempoh untuk Dr Hasan menyerahkan hak keistimewaan itu kepada kerajaan negeri.

Ditanya tindakan menggugurkan Dr Hasan dilihat mendahului keputusan Majlis Syura kerana beliau masih lagi boleh merayu, Khalid berkata, tidak ada peruntukan bagi ADUN bebas untuk menjadi exco.

Ditanya perasaan beliau dan exco di atas 'kehilangan' Dr Hasan, Khalid berkata: "Soalan tersebut sepatutnya ditanya kepada PAS".


www.malaysiakini.com

Read rest of entry

Wednesday, 11 January 2012

DR.RANI CALON BERKELAYAKAN SEBAGAI EXCO BARU SELANGOR?

KLANG: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru mengantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat Ahad lalu berkata, beliau akan memikul amanah itu jika hanya diarahkan oleh kepimpinan PAS pusat.
Ini kerana katanya, beliau tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menyandang jawatan tersebut kerana ia adalah satu jawatan yang memeningkan kepala.
Bercakap dalam satu pertemuan dengan akhbar The Star, ahli Dewan Undangan Negeri Meru itu yang pada Jun tahun lalu turut mengantikan Dr Hasan sebagai pesuruhjaya PAS negeri menegaskan, pendiriannya itu tidak berubah walaupun sekarang nampaknya kerusi tersebut bakal dikosongkan ekoran perkembangan terbaru dalam parti.
"Bukannya kerana saya keberatan atau apa, tetapi hakikatnya ialah saya tidak berminat. Ia (jawatan Exco) datang bersama bebanan yang memeningkan.
"Ia adalah satu tanggungjawab yang sangat besar. Hanya jika kepimpinan parti mahukan saya mengambil alih barulah saya terima tetapi saya tidak minta diberikan peluang itu," katanya.
Apabila diberitahu bahawa banyak pihak melihat beliaulah calon yang paling layak untuk kerusi tersebut, Dr Rani menjawab; "Masih ramai ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS yang lebih layak dan kanan daripada beliau untuk diamanahkan jawatan ini."
Antara yang menyokong agar Dr Rani dilantik mengantikan Dr Hasan sebagai Exco ialah Dewan Pemuda PAS Selangor atas dasar beliau kini adalah pesuruhjaya PAS negeri.
Dr Hasan yang dipecat sebagai ahli PAS Ahad lalu masih berpeluang membuat rayuan kepada Majlis Syura PAS berhubung pemecatannya itu.
Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum memutuskan apakah langkah seterusnya termasuklah tentang kedudukannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Juga masih samar-samar apakah kepimpinan PAS pusat hanya akan mencadangkan satu nama baru untuk mengisi kerusi Exco tersebut selepas Dr Hasan memutuskan untuk membuat rayuan atau tidak. 


Read rest of entry

Friday, 23 December 2011

KHIR TOYO DIPENJARA 12 BULAN. SHAHRIZAT BAKAL MENYUSUL. ADAKAH INI ARAHAN NAJIB DEMI PRU13?


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.

Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
 
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

NONEKhir didakwa mengikut seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding dengan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan Akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Khir berdepan dengan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai ADUN dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat.

Khir diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Jahaberdeen Yunoos, M Athimulan dan Kamarul Hisham Kamaruddin.

DPP Abdul Wahab Mohamed menjalankan pendakwaan.

Khir tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi.
Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

khir toyo mansion 060709 06Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu.











Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasukKhir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.


Read rest of entry

Tuesday, 22 November 2011

NOH "LEMBU" TAK SABAR NAK JADI MB SELANGOR....... SATIM DIMAN KECIL HATI?

Keputusan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan dengan pilihan raya umum, dengan membandingkan dengan amalan di Sarawak, disifatkan tidak masuk akal ekoran tarikh tamat DUN di kedua-dua negeri yang berbeza.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kanan) berkata, 'tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai manakala tarikh akhir bagi pembubaran parlimen pada 24 April 2013; dan negeri itu baru sekali mengadakan sidang Dun.

"Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran parlimen.

"Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani.

Katanya, kalau pilihan raya dibuat dua kali di Sarawak, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi.

'Sepatutnya ikut Kelantan'
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini menegaskan tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Noh berkata, tindakan membandingkan dengan amalan di Sarawak hanya memperlihatkan pengetahuan yang cetek kerana "tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran DUN".

"Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah kerajaan Kelantan yang turut membubarkan DUN sama seperti tarikh pembubaran parlimen sejak PAS memerintah negeri itu," katanya.

Noh berkata, tindakan kerajaan negeri jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana didakwa "sudah seronok berkuasa" dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan.

"Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan DUN Sarawak dan parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini," katanya.

sumber : www.malaysiakini.com
Read rest of entry

Thursday, 13 October 2011

SIAPA DAJAL UMNO SELANGOR.............KEMPEN JAHAT KERUHKAN HUBUNGAN BAIK MB DAN ISTANA.

Kenyataan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), menunjukkan Umno sudah tiada isu lain hendak diketengahkan, dakwa setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Menurutnya, menteri besar tidak pernah menyalahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti yang digembur-gemburkan pemimpin Umno.

Sebaliknya, Faekah (kanan) mendakwa, ia sengaja dicetuskan untuk membangkitkan keresahan umat Islam.

Malah, tambahnya, menteri besar juga tidak pernah meminta maaf bagi pihak JAIS kepada DUMC atau penganjur majlis makan malam amal  seperti dilaporkan.

"Setelah membaca laporan awal JAIS, Datuk menteri besar hanya menyatakan kesal dengan kejadian yang berlaku kerana beliau yakin amat sukar bagi JAIS mempertahankan dakwaan," katanya sambil menambah, ternyata, pandangan menteri besar selari dengan pandangan baginda Sultan.

NONEKatanya, menggesa menteri besar meminta maaf kepada sultan atas perkara yang Satim (kiri) sendiri tidak jelas hujung pangkal, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, tegasnya, seluruh rakyat Selangor maklum bahawa menteri besar sentiasa menghormati Sultan Selangor selaku ketua negeri dan ketua agama Islam di Selangor.

Justeru, tegas Faekah, walaupun diasak media dengan pelbagai soalan, menteri besar tetap tenang dan hanya akan mengulas selepas Sultan Selangor bertitah.

Faekah juga mendakwa Satim cuba melaga-lagakan menteri besar dan istana dan pada masa yang sama, menuduh kerajaan Pakatan Rakyat tidak membela umat Islam.
Read rest of entry

Saturday, 24 September 2011

DR.RANI JOINT UMNO DI MERU, KLANG. DAPAT HADIAH LAGI RM 29 JUTA BINA SEKOLAH

PJ SELANGOR DR.RANI DIJEMPUT TPM UMNO ATAS KAPASITI ADUN MERU, KLANG
Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin berharap masyarakat Selangor memilih BN dalam pilihan raya akan datang setelah rakyat kini didakwa "terseksa" bawah Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau diberitahu demikian oleh seseorang ketika tiba di majlis penutup program permukiman wakil rakyat BN di sebuah sekolah di Meru petang ini.

"(Orang tersebut kata) saya nak cepat-cepat pilihan raya nak pergi mengundi sokong BN, sebab rasa terseksa duduk bawah Pakatan di Selangor.

"Sorrylah berkempen," katanya lagi yang cuba melunakkan suasana dalam ucapannya di sekolah SMK Meru, Klang itu.

Beliau yang juga menteri pelajaran turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM29 juta untuk sekolah berkenaan.

Peruntukan berkenaan adalah untuk membina sebuah sekolah baru bagi menampung jumlah pelajar di SMK Meru, katanya.

Seronok sepanjang hayat

Muhyiddin juga berkata BN akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat walau Selangor berada di bawah Pakatan.

"Kita tidak mahu Selangor walau dipimpin Pakatan, pembangkang akan biarkan nasib rakyat tidak terbela," katanya lagi dalam program yang turut dipakej sebagai majlis sambutan hari raya itu.

Beliau turut memuji program anak angkat yang dijalankan Kelab ADUN BN Malaysia (BNBBC), di mana seramai 170 orang wakil rakyatnya menginap di rumah penduduk setempat sehingga permukiman itu berakhir hari ini.

Katanya, penduduk yang mengambil bahagian dalam program berkenaan tidak akan lupa dan akan berasa seronok sepanjang hayat.

"Bila sampai pilihan raya, dia tak fikir sangat pun, dia pangkah BN," katanya.

Turut hadir di program itu ialah pengerusi BNBBC, Datuk Nadzri Ismail dan juga ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman
Read rest of entry

Thursday, 25 August 2011

SELANGOR : DAFTAR PEMILIH SPR AKAN TUMBANGKAN PR? Apa Tindakan PR?

Dewan Pemuda PAS Pusat mendakwa pihaknya mempunyai "daftar pemilih kotor" yang didakwa boleh menumbangkan kerajaan negeri Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Mohd Adram Musa berkata pihaknya mempunyai data seramai "puluhan ribu" yang didakwa "pengundi klon".

"Apa yang kami ada, daftar pemilih kotor yang sudah cukup untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"Adakah ini kerja-kerja seperti mana yang disebut oleh perdana menteri yang berkata melakukan apa sahaja untuk mengambil balik Selangor?
 
"Apa yang kami ada, sudah cukup (untuk) menjatuhkan kerajaan Selangor," katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan analisis pihaknya jumlah pengundi klon itu, membolehkan BN merampas sekurang-kurang sepuluh kerusi DUN di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negera menjelaskan jumlah pengundi dari daftar pemilih yang telah digugurkan dan yang akan digugurkan.

Pihaknya memberi masa 14 hari kepada kedua-dua pihak tersebut untuk membuat penjelasan.
johor pas chief suhaizan kaiat"Itu sebahagian yang kami ada, ada sebahagian lagi," katanya. Turut hadir dalam sidang media berkenan adalah pengerusi lajnah berkenaan Suhaizan Kaiat (kanan).

Ditanya tindakan Pemuda PAS seterusnya sekiranya kedua-dua badan tersebut tidak memberi maklum balas terhadap tuntutan mereka, Suhaizan berkata pihaknya akan terus memperjuangkan reformasi sistem pilihan raya.

"Kalau mereka tidak beri data (mereka), kita akan beri data kita. Kita akan dedahkan," katanya sambil menambah tindakan itu akan dibuat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga ketua Pemuda PAS Johor turut menuntut supaya SPR dan JPN menjelaskan prosedur tetap (SOP) berhubung kaedah menggugurkan nama pengundi.

Dalam sidang media itu juga, Suhaizan turut menyoal SPR berhubung peruntukan dalam Peraturan Pilihan Raya yang membenarkan suruhanjaya itu menggugurkan nama pemilih.

Selain itu, beliau turut mempersoal bagaimana JPN mengenalpasti individu yang tidak sahih untuk digugurkan bagi kes memiliki nombor kad pengenalan lama yang sama dan memiliki nama serta nombor kad pengenalan yang hampir sama.

"Apakah JPN sudah memiliki senarai warganegara klon sebelum Pemuda PAS membuat bantahan?" soalnya.
Read rest of entry

Tuesday, 9 August 2011

PANAS......! DATUK HASSAN ALI MASUK UMNO?

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali disaran supaya keluar daripada Pas setelah terbukti parti itu tidak memperjuangkan kepentingan Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara itu dibuktikan dengan tindakan Pas yang sanggup menodai kesucian Islam kerana takut kepada sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin Pas sanggup mendiamkan diri dan menjadi bacul berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama kerana ingin menjaga hati sekutunya dalam pembangkang.

"Presidennya pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi berdolak-dalik berhubung isu serbuan itu baru-baru ini," katanya menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, soal akidah merupakan satu perkara yang tidak boleh dicampuradukkan dengan kepentingan politik atas sebarang alasan.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilihat seperti menyalahkan Hasan dalam serbuan tersebut dan mengarahkan pihak terlibat menutup mulut berhubung isu itu.

"Inilah masalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Menteri Besar orang Islam tetapi Hasan selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam seperti cuba diberikan tekanan berhubung isu itu," katanya. 

Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada Hasan kerana berani mempertahankan kesucian agama Islam walaupun menyedari bakal berdepan dengan tindakan oleh Kerajaan PKR Selangor.

"Jika dia dipecat atau keluar daripada Pas, kami sedia menerima jika beliau berhasrat untuk menyertai UMNO," katanya.
 
p/s: Inilah perangai jahat Umno yang memang jahat dulu kini dan selamanya. Sentiasa nak ambil kesempatan berbuat jahat, semasa Datuk Hassan Ali menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor habis ditibai dan dikondem Hassan Ali pada setiap program berkaitan PAS di Selangor, bila berlaku putar-belit media berhubung kes JAIS, maka mulalah mereka memulakan agenda jahat terancang sebab itu memang perangai orang munafik dalam Umno.
Read rest of entry

Saturday, 16 July 2011

NOH OMAR TERUS MENGGELUPUR MELEBIHI LEMBU GILA. KENAPA JADI BEGINI?


KUALA SELANGOR 15 Julai - UMNO menyifatkan cadangan Pas Selangor mengadakan perhimpunan besar-besaran di Stadium Malawati, di sini hanyalah satu helah untuk membersihkan nama baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berhadapan kes liwat di mahkamah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, perhimpunan yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kononnya untuk menangkis tohmahan terhadap perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu tidak seharusnya diadakan.
 
Ini kerana, katanya, Bersih itu sendiri merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar manakala perhimpunan yang dianjurkan di ibu negara, Sabtu lalu jelasnya melanggar undang-undang negara.
Justeru, katanya, perhimpunan besar-besaran di stadium berkenaan sebenarnya satu taktik pembangkang untuk meneruskan kempen Bersih yang didalangi oleh agenda Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

"Kepada Khalid Abdul Samad dan pemimpin pembangkang lain yang ingin menganjur perhimpunan di Stadium Malawati Shah Alam bagi meneruskan agenda Bersih, mereka perlu sedar sebagai Ahli Parlimen mereka mempunyai suara di Dewan Rakyat dan mereka sepatutnya menggunakan saluran di dewan berkenaan.

"Rakyat telah memilih mereka untuk menyampaikan suara mereka di Parlimen. Jika mereka memilih untuk terus melakukan demonstrasi secara haram di jalanan dan bukan menggunakan saluran Parlimen, apa gunanya mereka menjadi Ahli Parlimen, saya cabar mereka letak jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis ramah mesra bersama rakyat di Kampung Gulang-Gulang selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Tambah Noh, sekiranya Bersih dan pakatan pembangkang ikhlas hendak membersihkan proses pilihan raya di negara ini, Parlimen adalah tempatnya dan bukan mengheret rakyat ke jalan raya dan stadium untuk berdemonstrasi.

"Anwar sendiri menyebut bahawa demonstrasi menjurus kepada revolusi. Ini menunjukkan bahawa perhimpunan haram yang akan diadakan termasuk yang akan diadakan di stadium itu adalah demi kepentingan dirinya dan bukan rakyat.

"Oleh itu saya cabar Khalid Samad untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan berjuang di jalanan mengadakan demonstrasi," katanya.

Pada masa yang sama, Noh turut menyatakan untuk memenuhi tuntutan lapan perkara yang dibuat oleh Bersih, ia memerlukan pindaan perlembagaan dan perkara ini diketahui oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Khalid.

Oleh yang demikian, beliau berharap rakyat sedar agenda Bersih bukan untuk memperjuangkan demokrasi tetapi agenda halus Anwar membersihkan nama dan dirinya
Read rest of entry

Tuesday, 3 May 2011

SELANGOR TIDAK BUBAR DUN IKUT PRU13 BN. Tahniah Selangor.....

Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tetap tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Kerajaan Pusat mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri mahu memastikan pentadbiran negeri dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebelum berhasrat membubarkan DUN.

“Kita masih berpendapat seperti sebelum ini, iaitu mahu paling tidak empat tahun untuk melaksanakan pemerintahan sebelum bersedia mengadakan pilihan raya. 

“Jika Pusat mahu mengadakan pilihan raya tahun ini, Selangor tidak akan bersama,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui selepas majlis penutupan Kejohanan Lawan Pedang Selangor ke 11, di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan pimpinannya untuk tidak mahu mengadakan pilihan raya jika diadakan tahun ini tidak menyalahi undang-undang.

“Tindakan kita tidak mahu membubarkan dewan selagi belum cukup tempoh empat tahun mentadbir negeri adalah dibenarkan oleh Enakmen Negeri dan tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin dipetik memberitahu sebuah laman portal bahawa ada kemungkinan PRU 13 diadakan Ogos ini.

p/s: Kita juga berharap kerajaan PAS di Kelantan serta Kedah dan kerajaan DAP di Pulau Pinang akan ikut jejak langkah Selangor. Jangan asyik nak berpolitik mengikut rentak BN. Tunaikanlah segala janji kepada rakyat dalam tempoh dua tahun lagi memerintah kerajaan negeri masing-masing. Najib pasti gementar jika empat kerajaan negeri ini tidak turut sekali membubarkan kawasan DUN mereka jika Najib dan buat PRU13 dalam bulan Ogos 2011 nanti.

Read rest of entry

Wednesday, 30 March 2011

BODOHNYA UMNO SELANGOR !....Muhyiddin Pun Tumpang Semangkuk

Mari kita lihat kebodohan Umno Selangor dan TPM Muhyiddin. Mereka cuma nak menang semula 9 kerusi untuk merampas Selangor dari PR dalam PRU 13 nanti untuk jadikan 30 DUN dikuasai BN. Mereka nak 9 tapi mereka tak sedar 28 kerusi mereka sekarang akan terlepas kepada PR. Inilah standard Umno Selangor hanya nak menang 9 kerusi sahaja, mereka kata BN kuat di Selangor, kalau kuat buatlah target merampas Selangor seperti kata bekas MB Umno dulu Khir Toyo iaitu "ZERO PEMBANGKANG". Jangan jadi "ZERO BN" sudahle. Kesian Noh Omar dan Ezam nak cari makan di Selangor nanti.

Cuba anda baca hasrat Umno yang dikeluarkan dalam Utusan Meloya mereka hari ini, Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada usaha merampas semula sembilan kerusi yang kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan parti itu membentuk kerajaan di Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN sedar ia bukan satu perkara mudah kerana pihak pembangkang sudah tentu bermati-matian mempertahankan kemenangan mereka di negeri tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta setiap kepimpinan di peringkat parti-parti komponen khususnya di Selangor bekerja keras dengan mendekati rakyat secara konsisten.
‘‘Kita tahu di mana kedudukan kita sekarang dan sebab itu saya peringatkan kepada rakan-rakan kita di Selangor supaya bekerja keras turun ke bawah berjumpa dengan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan dialog bersama penduduk Ampang sempena lawatan seharinya ke Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, dekat sini hari ini.

Mana dia slogan "Zero Pembangkang" ? Sudah berkubur seperti Khir Toto ke? Inilah balasan kejahatan Umno yang meratah hasil bumi dan kekayaan Selangor selama lebih 50 tahun lamanya. Rakyat tetap menyokong kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online