Monday, 23 January 2012
IBRAHIM ALI HINA SULTAN SELANGOR..... DEMI POLITIK MURAHAN
,
Author: tukartayarbaru
|
Filed Under:
SELANGOR
|
Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.
Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.
Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.
Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.
Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.
"Tindakan Datuk Ibrahim Ali (kiri) yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.
Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.
"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.
"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.
www.malaysiakini.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Analisis Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaa...
-
Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat k...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah pali...
-
SENARAI MENTERI BN YANG MELANCONG KE SARAWAK MINGGU INI. SILA TANDAKAN (X) JIKA ANDA MENEMUI MEREKA DI SARAWAK PADA 15 DAN 16 APRIL 20...
-
Sah, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melarikan diri sebentar tadi. Perkara ini amat memeranjatkan PM Najib yang pastinya tidak dapat menghalang p...
-
GENTING HIGHLANDS 21 Ogos - Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur ...
-
Kelantan dijangka menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin. Titah...
0 comments:
Post a Comment