www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label YB. Show all posts
Showing posts with label YB. Show all posts

Friday, 3 June 2011

DAKWAAN TERHADAP HUSAM TIDAK BENAR, KATA SETIAUSAHA AGUNG PAS DATUK MUSTAFA ALI.

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini beliau pernah menyiasat dakwaan terhadap Datuk Husam Musa dari pihak yang sama dan mendapatinya tidak benar.

"Saya yang siasat sebelum ini dan didapati dakwaan itu tidak benar...saya yakin kali ini juga tidak benar," kata Mustafa dalam sidang media bersama Presiden PAS hari ini.

Mustafa mencelah soalan wartawan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bertanya mengenai dakwaan seorang blogger, Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa menerima RM300,000 dari Husam.

Semalam Husam menafikan laporan itu manakala Syed Azidi juga menafikan menerima wang itu dan tidak pernah ke China sejak tahun 2009 apabila beliau kali terakhir ke sana pada tahun itu.

Para blogger Umno membuat pelbagai dakwaan kononnya Syed Azidi menerima wang RM300,000 dari Husam untuk membantu beliau dalam pemilihan muktamar kali ini.

Mereka mendakwa, Husam menyerahkan wang itu kepada Syed Azidi di China melalui wakilnya.
Read rest of entry

Friday, 6 May 2011

HISHAMUDDIN BELASAH MAHFUZ. KENAPA MELENTING SANGAT MAMAT LEMBUT NI...

Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial Twitter membuktikan kerakusan dan keangkuhan cara berpolitik beliau dalam merebut kuasa.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mungkin Mahfuz sudah hilang pedoman dan tidak menghiraukan adab budi bahasa dalam usaha terdesak beliau untuk memenangi semula hati pengikutnya.

"Demi kepentingan politik, Pas sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk agama dan bangsanya sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.

Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN (Barisan Nasional), apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini.''

Jelas Hishammuddin, cara pendekatan pemimpin Pas itu digambarkan seperti pepatah "menang sorak, kampung tergadai" dengan menyamakan sikap Pas yang menyorak kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.
Read rest of entry

Wednesday, 27 April 2011

RAIS PULA KENA SAMAN, DULU DIA MENYAMAN ORANG

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, beliau bersedia untuk meneliti dan berhadapan dengan apa jua tuntutan pernyataan saman oleh DAP.


Menurutnya, ia berkaitan dakwaan oleh DAP bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menuduh parti itu menjalankan kempen berunsur perkauman pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, baru-baru ini.

Jelasnya, Malaysia merupakan negara yang bebas dan sesiapa sahaja mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak lain.

"Menyaman mana-mana pihak memang mudah tetapi harus berasas kepada fakta yang relevan. Saya dapati hajat menyaman saya oleh DAP itu tidak ada justifikasi awam. Apa yang pasti, rakyat akan tahu apa yang telah mereka lakukan.

"Untuk itu, saya bersedia menerima dan meneliti tuntutan pernyataannya (saman),'' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penyerlahan Gagasan 1Malaysia di sini, hari ini.

Rais mengulas tindakan DAP yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar jika gagal membuat permohonan maaf kerana menuduh DAP menjalankan kempen berunsur perkauman di Sarawak.

Kata Rais, dalam berhadapan dengan tuntutan saman itu, pihaknya juga mempunyai maklumat yang akan dijadikan rujukan dalam proses perundangan nanti.

Rais kemudiannya menafikan bahawa beliau telah memperkecil-kecilkan pihak tertentu sepanjang melaksanakan kempen pilihan raya berkenaan.

"Dalam konteks pembinaan gagasan 1Malaysia, saya tidak memperkecilkan sesiapa. Saya hanya bercakap soal prinsip iaitu kita jangan terlalu bersikap perkauman dalam setiap nada (ucapan),'' tegasnya
Read rest of entry

Saturday, 23 April 2011

TERKINI : MP KULIM BANDAR-BARU ZULKEFLI NOORDIN DITANGKAP

Berita yang diperolehi ialah Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim ini telah gagal dikesan hampir seminggu apabila tidak lagi membuat kenyataan akhbar sama ada untuk menghentam Anwar ataupun Wan Azizah. Beliau paling kuat dan yakin 110% pelakon dalaam video seks itu adalah Anwar.

Kini apa jadi? Polis pun dah malas nak menyiasat video seks tersebut, memanglah rakaman video seks itu tulen tetapi pelakonnya bukan Anwar. Jika Polis yang melihat memang pasti Anwar lama dah Anwar akan ditangkap paling tidak pun semasa kempen PRN Sarawak. Oleh sebab pelakon itu bukan Anwar maka Polis cuma nak dakwa penayang Datuk T sahaja.

Zulkefli Noordin pasti malu dan menyesal dengan tuduhan memfitnah Anwar itupun jika hati beliau masih ada iman. Jika tidak maka akan hilanglah sifat rasa belas sesama manusia kerana kejahatan yang digoda hawa nafsu yang melampau.

Kehilangan beliau dalam persada media dalam tempoh terdekat ini dikatakan kerana beliau telah ditangkap oleh satu bayangan hitam yang akan terus menghambat beliau walau ke mana beliau lari. Mungkin juga sedang bermuhasabah diri merenung segala kesilapan beliau menghentam serta memfitnah Anwar tempat beliau berteduh seketika dalam PKR sehinggalah dipilih menjadi calon PKR pada PRU12 yang lalu.

Manusia yang tidak mengenang  budi dan kaki tabur fitnah memang patut ditangkap pun supaya tidak menyusahkkan orang lain. Bertaubatlah Zul Noordin.
Read rest of entry

Sunday, 10 April 2011

NOH OMAR, TERSERLAH KEBODOHANNYA MENIPU ORANG SARAWAK....Dato Onn,TAR Mati Diluar Umno,Mahathir Mungkin Juga

Seorang Jawa yang berangan nak jadi MB Selangor menyerlahkan kebodohannya dengan menganggap orang Sarawak seperti jakun. Itulah kebodohan manusia bernama Noh Omar. Dia tuduh PAS macam "Ulamak Ikan" dengan cerita lawaknya. Kemudian kata Noh, seorang pemimpin PAS iaitu Datuk Asri mati dalam Umno. Manusia jenis apa Noh Omar ni? Ingat jakun sangat ke orang Sarawak ni. Ulamak dalam Umno  lagilah teruk dengan mempergunakan agama demi sesuap nasi. Noh ni buta sejarah ke? Atau memang dia tak tahu? Atau dia ni sengaja nak memperbodohkan pengundi Sarawak.

Pengasas Umno sendiri Dato Onn Jaafar, mati dalam Umnokah? Tidak, beliau mati dalam Parti Negara, beliau keluar Umno sebab Umno tak suka dengan idea penggabungannya dengan kaum lain dalam Perikatan/Umno. Tunku Abdul Rahman mati dalam Umnokah? Tidak, dia mati dalam Parti Melayu Semangat 46 kerana beliau tidak percayakan Umno pada masa itu. Mahathir walaupun dia belum mati tapi dia dah keluar Umno, jika dia mati dalam masa terdekat dengan izinNya maka Mahathir akan mati di luar Umno. Noh ni buta hati dan buta matakah? Semua pemimpin Umno dan pengasasnya mati diluar Umno, silap hari bulan si Noh Omar ni pun mati dalam PKR bila PR memerintah Malaysia selepas PRU13 kelak.

Bacalah kisah kebodohan Noh Omar disini, SAMARAHAN 9 April - Pas boleh diibaratkan sebagai 'ulama ikan' yang biasanya hanya akan 'menghalalkan' sesuatu hukum sekiranya ia berpihak kepada parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan itu amat mengecewakan kerana ia mengelirukan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

"Suatu hari ada seorang nelayan yang ragu-ragu sama ada ikan besar yang ditangkapnya itu boleh dimakan atau tidak lalu dibawanya berjumpa seorang 'ulama ikan'.

"Setelah merujuk kitab, ulama itu memberitahu nelayan tersebut ia (ikan) tidak boleh dimakan lalu membuatkan nelayan berkenaan bersedih.

"Nelayan tersebut memberitahu dia sedih kerana ingin memberikan separuh daripada tangkapan kepada ulama dan ketika itu ulama itu terus menukar kenyataan mengatakan ikan tersebut halal dimakan, itulah Pas," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup kepada 624 nelayan sekitar Asajaya dan Semera, di sini hari ini.

Beliau berkata, analogi 'ulama ikan' amat tepat bagi menggambarkan situasi kerjasama di antara parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu dengan DAP.

"Kalau betul, mengapa DAP tidak mahu konsep negara Islam Pas dan harus diingat, salah seorang pemimpin Pas, Datuk Asri meninggal dunia sewaktu beliau telah menyertai UMNO," ujarnya.

P/s. Orang Sarawak, sila ajar Noh Omar ini supaya tidak terus memperbodohkan rakyat Sarawak. Peluang PR menang semakin cerah di Sarawak berdasarkan sambutanyang amat hebat dalam setiap kempen ceramah PR yangtidak pernahberlaku sebelum ini. Syabas rakyat Sarawak, usir semua pemimpin Umno yang menyibuk berkempen padahal parti  mereka sendiripun tidak wujud di sana, dah le calon takde, dok Sarawak dengan menipu sahaja. Nyahkan mereka, Nyap Sayot....
Read rest of entry

Saturday, 9 April 2011

Terkini...VIDEO PANAS MP REMBAU, KHAIRY KATA KISAH LAMA.....Saksikan...!

Isu video panas Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno kini menjadi bualan ramai. Banyak pihak yang ingin menontonnya untuk melihat kejaguhan aksi seorang pemuda berbanding dengan pelakon tua berperut buncit dalam video seks Anwar. Khairy secara sinis menjawab ianya adalah kisah lama. Apa kata Chegu Bard.

Dakwaan kononnya turut wujud rakaman video seks membabitkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi mengalih tumpuan rakyat daripada isu sama mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khairy ketika ditanya media berhubung perkara berkenaan berkata, ia adalah satu usaha yang tidak berasas untuk menjatuhkan dirinya.

"Saya melihat ini satu usaha untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat daripada skandal yang melibatkan pemimpin pembangkang.

"Ia kisah lama yang sebenarnya keluar pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas untuk menjatuhkan saya tetapi tidak berjaya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah One Malaysia 'JOM KEDAH' di sini, Sabtu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam sebuah harian berbahasa Melayu hari ini, berhubung dakwaan kononnya wujud video seks melibatkan beliau (Khairy). - BERNAMA
Read rest of entry

Friday, 8 April 2011

NAZRI MACAM PM? BELA MELAYU,PERLEKEH INDIA. JELAS PERKAUMAN. Mana Komen MIC?

Ahli Parlimen Padang Rengas semakin menjadi-jadi seolah-olah beliau ialah PM. Semua isu pasti beliau yang sibuk mengulas. Akhirnya terserlah sifat perkauman Nazri apabila mempertahankan KP SPRM Datuk Seri Abu Kassim yang berbangsa Melayu supaya jangan letak jawatan ataupun digantung tugas akibat insiden kematian seorang pegawai Kastam di bangunan SPRM baru-baru ini.

Tetapi bagi kaum India pula beliau membelasah sucukupnya apabila memaksa MIC tidak bertanding atau meletakkan calon dalam PRU13 di Perak yang dikatakan aakanmenyebabkan Perak akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat jika MIC berkeras nak meletakkan calon dari kalangan kaum India. 

Jelas Nazri ni bersifat perkauman, kaum Melayu dibela tapi kaum India diperlekehkan pula. Ingat, kaum India yang akan menjadi calon BN di Perak hanya memberikan kesan kepada sebuah negeri bernama Perak sahaja tetapi kes di SPRM telah memalukan Malaysia hatta di seluruh dunia pun memandang sinis kepada Malaysia sekarang ini. Dosa SPRM lebih beesar dari dosa MIC di Perak. Tapi KP SPRM  selamat dan calon MIC pula dibantai Nazri. Apa komen Palanivel?
Read rest of entry

Thursday, 7 April 2011

NAZRI UGUT PEGAWAI KASTAM JANGAN SERTAI DEMO.... JIKA UMNO DEMO TAKPE PULAK.... Pegawai Kerajaan Kini Musuh Nazri

Bongkak dan sombongnya manusia bernama Nazri ini. Sudahlah beliau mempertahankan agar KP SPRM supaya jangan letak jawatan kini beliau ugut pula pegawai kastam, NGO, dan sebagainya jika menyertai demontrasi menyatakan ketidakpuashatian terhadap SPRM.

Kesian dua orang pegawai SPRM yang dipaksa gantung tugaas tetapi KP SPRM tersenyum sumbing dibela oleh Nazri. Adilkah bagi pegawai yang digantung tugas dan keluarga Allahyarham Ahmad Sharbini.

Apa Nazri kata, .."yang penting Operasi 3B perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemontrasi berhubung perkara itu". Beliau juga mengingatkan pegawai kastam yang akan menyertai demontrasi bahawa mereka akan diambil tindakan.

Belum lagi demontrasi dibuat, baru sahaja mayat Allahyarham dikebumikan petang tadi di Kota Damansara si Nazri sudah menunjukkan belang dan taring kesombongannya. Salah ke mereka berkumpul untuk menyuarakan perasaan yang terbuku demi memohon keadilan buat sahabat perjuangan yang pergi dengan kejadian tragik di bangunan SPRM. Apa ni Nazri, kenapa sombong begitu sekali?

Ingatlah Nazri, mereka berdemo bukanlah nak menyalahkan sesiapa, jauh sekali ingin menuduh SPRM sebagai pembunuh, bukan untuk merosakkan bangunan SPRM dan sebagainya tetapi ingin melahirkan hasrat hati yang inginkan kebenaran dibuktikan, mahukan pembicaraan yang adil dan telus. Jika ahli Umno berdemo tak pernah kamu mengugut mereka selama ini, apakah jenis manusia kamu ini Nazri? Kini kamu ingin bermusuh dengan pegawai kerajaan pula? Mereka ini yang selama ini menjana fix deposit untuk mengundi BN kini kamu musuhi maka tidak mustahil pada PRU13 pegawai kerajaan inilah yang akan menghukum kesombongan kamu. 

Umno demo takpe, pegawai kerajaan demo salah, pembangkang demo ditangkap, undang-undang rimba mana yang kamu pakai Nazri? Ingat KP SPRM kamu selamat dari digantung tugas sebab Nazri? Kamu beruda ada hubungan persaudaraan ke?
Read rest of entry

Friday, 25 March 2011

"DATuk ZUL"? Anugerah Kepada Pengkhianat Rakyat...

Inilah  anugerah buat manusia pengkhianat  dan penipu. Siapa dia? Mungkin selepas ini Gobala jugak dapat Datuk. Setelah berhempas pulas untuk mengkucar-kacirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin  berjaya mendapat "imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran "Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah hari ini. Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Anugerah hak Sultan tapi apalah yang nak dibanggakan kepada Zulkifli Noordin ini? Apa sumbangan besar dia buat rakyat Pahang? Dia pernah jadi lawyer orang Pahang ke? Dia juga percaya 110% Anwar ialah pelakon seks dalam isu skandal video baru-baru ini tetapi menjadi malu besar apabila pelakon sebenar mengaku pada keesokan harinya. Inilah manusia kuat mengampu, nama je lwyer tapi dah buat keputusan 110% tanpa pengesahan dan bicar mahkamah punn. Layakkah dia ni?

Beliau mendapat ihsan Umno dan menjadi barua Najib setelah hayatnya sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru diselamatkan Najib. Maka bermula dari tarikh itulah dia sentiasa menjadi barua Umno, menjadi api dalamsekam dalam PKR.

Pernah anda terbaca  pendedahan Raja Petra, rupanya Zul Noordin tidak fail penyata kewangan untuk tahun 2004. Lepas tu, apabila kes tersebut di bawa ke mahkamah, Zul Noordin telah cuba memalsukan penyata kewangan. Malangnya, penipuan Zul Noordin telah diketahui oleh UMNO. kalau hanya setakat tidak menghantar penyata kewangan, Zul cuma akan hilang kerusi Parlimen sahaja. Namun, kesalahan memalsukan dokumen bakal menyebabkan Zul merengkok dalam penjara.

SIAPA ZULKIFLI NOORDIN INI?

1. Pengkhianat kepada prti beiau sendiri iaitu PKR.

2. Tidak menyerahkan penyata kewangan kepada SPR bagi pilihanraya 2004. Jika tak serah 2008 boleh dilucutkan jawattan jika menang.

3. Menipu pula membuat laporan kewangan palsu bagi 2004.

4. Bila Umno tahu maka Najib ugut dia sama ada nak masuk penjara atau jadi barua Umno.

5. Dalam diam beliau menjadi barua Umno

6. Maka calon Umo yang buat petisyen di Parlimen Kulim-Bandar Bahru iaitu Musa Sheikh Fadhil diarah menarik semula petisyen tersebut.

7. Selepas itu beliau kekal sebagai Ahli Parlimen atas jasa dan perangkap Umno.

8. Selalu mengikuti Najib dalam lawatan rasmi ke luar negara .

9.  Terkenal dengan ayat "Firaun Kecil". Dia ni siapa pulak?

10. Dapat anugerah "DATUK"...........Tahniah buat pengkhianat rakyat....
Read rest of entry

Friday, 18 March 2011

ZAHID HAMIDI BAKAL DI SAMAN? RM 500 Juta? Macam Komisyen Kapal Selam.

Nampaknya pesta saman-menyaman semakin panas dengan berita terbaru yang dilaporkan dalam Malaysiakini bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara YB Tony Pua akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Pertahanan YB Datuk Zahid Hamidi. Mungkin RM500 juta? Sama dengankomisyen jual kapal selam oleh Kemneterian Pertahanan? Atau berapa jumlah yang bakal di zaman masih dalam perkiraan YB Tony agaknya. Beginilah akibat malang bila mulut terlepas cakap memang tak boleh undur kalau perahu terlepas kayuh masih boleh diundur. Maka pesta zaman menyaman masuk episod baru.
Read rest of entry

Thursday, 17 March 2011

YB GOBALA & YB SAIFUDDIN BERENTAP DI MAHKAMAH?

Kes Gobala yang dituduh oleh pelbagai pihak kerana dikatakan menerima RM1.4 juta sebagai rasuah untuk keluar dari PKR menjadi semakin panas. Terbaru YB Saifuddin dikhabarkan sedia menanti Gobala di Mahkamah bagi menentukan kesahihan rasuah poltik terhadap Gobala. Ini baru gentleman namanya. Tapi malang juga buat reformis seperti Gobala kerana ramai rakan reformis tahu serta mengenali siapa Gobala ini, dari seorang yang hidup biasa sehinggalah bergelar Yang Berhormat sedikit demi sedikit Gobala menongkah arus kehidupan dengan hidup yang lebih bergaya.

Read rest of entry

"BERUK JALANAN" : KJ PATUT ARAH PDRM MENANGKAP SI BERUK

Rakyat yang telah terlibat dengan demontrasi bagi mendaulatkan hak rakyat telah digelar sebagai "Beruk Jalanan" oleh Ketua Pemuda Umno dan BN Sdr.Khairy Jamaluddin sedikit masa dulu. Pemimpin BN pula mahukan PDRM menangkap serta menghalang para demonstrator rakyat daripada terus berarak di jalanraya. Kini apa pula kata KJ terhadap demontrasi anjuran UMNO dan NGO yang sokong UMNO semata-mata ingin mendesak DSA menyerahkan sampel bagi tujuan DNA bukan pun kerana masalah rakyat seperti kenaikan harga petrol dan baranga. Inilah kerja orang Umno bodoh tidak bertempat. Adakah mereka ini juga "beruk jalanan"? Atau "Monyet Jalanan"? Adakah KJ yang bacul tersebut berani berkata demikian.
Read rest of entry

Friday, 11 March 2011

JANGAN BAYAR SAMAN EKOR, BERLAWAKKAH MAHFUZ NI?

YB Datuk Mahfuz iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Beliau berkata kesemuanya kes boleh diselesaikan di mahkamah. Saranan beliau ialah, "Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online