Bongkak dan sombongnya manusia bernama Nazri ini. Sudahlah beliau mempertahankan agar KP SPRM supaya jangan letak jawatan kini beliau ugut pula pegawai kastam, NGO, dan sebagainya jika menyertai demontrasi menyatakan ketidakpuashatian terhadap SPRM.
Kesian dua orang pegawai SPRM yang dipaksa gantung tugaas tetapi KP SPRM tersenyum sumbing dibela oleh Nazri. Adilkah bagi pegawai yang digantung tugas dan keluarga Allahyarham Ahmad Sharbini.
Apa Nazri kata, .."yang penting Operasi 3B perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemontrasi berhubung perkara itu". Beliau juga mengingatkan pegawai kastam yang akan menyertai demontrasi bahawa mereka akan diambil tindakan.
Belum lagi demontrasi dibuat, baru sahaja mayat Allahyarham dikebumikan petang tadi di Kota Damansara si Nazri sudah menunjukkan belang dan taring kesombongannya. Salah ke mereka berkumpul untuk menyuarakan perasaan yang terbuku demi memohon keadilan buat sahabat perjuangan yang pergi dengan kejadian tragik di bangunan SPRM. Apa ni Nazri, kenapa sombong begitu sekali?
Ingatlah Nazri, mereka berdemo bukanlah nak menyalahkan sesiapa, jauh sekali ingin menuduh SPRM sebagai pembunuh, bukan untuk merosakkan bangunan SPRM dan sebagainya tetapi ingin melahirkan hasrat hati yang inginkan kebenaran dibuktikan, mahukan pembicaraan yang adil dan telus. Jika ahli Umno berdemo tak pernah kamu mengugut mereka selama ini, apakah jenis manusia kamu ini Nazri? Kini kamu ingin bermusuh dengan pegawai kerajaan pula? Mereka ini yang selama ini menjana fix deposit untuk mengundi BN kini kamu musuhi maka tidak mustahil pada PRU13 pegawai kerajaan inilah yang akan menghukum kesombongan kamu.
Umno demo takpe, pegawai kerajaan demo salah, pembangkang demo ditangkap, undang-undang rimba mana yang kamu pakai Nazri? Ingat KP SPRM kamu selamat dari digantung tugas sebab Nazri? Kamu beruda ada hubungan persaudaraan ke?
0 comments:
Post a Comment