www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 5 April 2011

SAH BUKAN ANWAR.....Saksi Utama Beri Pengakuan. Tangkap segera Datuk T

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.
Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.
Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian.

sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.  Sumber. http://www.malaysiakini.com/

P/s Kita pasti dengan pengakuan Wan Azizah ini akan mematikan terus fitnah dan serangan jahat Datuk T dan Umno. Polis tangkap segera Datuk T, kenapa biarkan mereka bebas.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online