www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 4 April 2011

DUIT PILHANRAYA BN? SPRM SERANG KASTAM....SELEPAS INI PDRM? JPJ? Hishamuddin Sila Letak Jawatan...!

Serangan mengganas SPRM terhadap pengambilan balik wang haram dalam operasi di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia menjadi persoalan pelik? Kenapa di buat disaat pilihanraya Sarawak? Adakah duit yang dikumpul SPRM akan digunakan kerajaan untuk membiayai segala janji-janji pilihanraya di Sarawak? SPRM kini menjadi  "AHLONG" berlesen yang ditakuti oleh semua kakitangan Kastam dan juga agensi penguatkuasa yang lain seperti PDRM, JPJ dan sebagainya. Menteri yang bertanggungjawab taknak letak jawatan ke?

Jika di KASTAM melibatkan rasuah dan pengumpulan harta haram bernilai lebih RM10 billion, maka berapa billion pula yang dilesapkan PDRM? JPJ? Berapa billion hasil wang rasuah selama ini yang dibiarkan oleh SPRM? Kenapa dok sibuk mencari wang haram ini semasa pilihanraya Sarawak? Tidak salah menggunakan wang haram itu untuk belanja pengurusan kerajaan tetapi cara penggunaan itu tidak bermoral kerana ia melibatkan parti yang bertanding? Adakah kepentingan seperti ini tidak salah bagi SPRM? Mana salah, sebab SPRM bekerja untuk kerajaan BN.  

Dalam laporan yang diterima setakat ini seramai 62 pegawai KDRM ditahan kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun. Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.




"Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.



Katanya di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek. "Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.
"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.
Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.  "Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.
"Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang. Pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, katanya.
"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta(disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya dalam siding akhbar di Putrajaya Sabtu.
Mustafar berkata fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.
Katanya siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah.
 
Dari maklumat yang diperolehi, pegawai SPRM setiap negeri terpaksa tidur di pejabat secara bergilir-gilir. Bukan untuk menangkap hantu Beng Hock tetapi untuk menjaga duit tunai yang disita dan dirampas dari semua pegawai Kastam yang dikatakan mencecah jutaan ringgit tunai. Mungkin SPRM negeri takut pejabat mereka disamun serta dirompak oleh Pendekar Bujang Lapok maka kawalan keselamatan perlu dibuat hatta terpaksa tidur di pejabat sekalipun.
 
Selepas ini SPRM dijangka mengganas lagi, siapakah mangsa mereka? Mungkin SPRM akan menggeledah PDRM? Atau JPJ? yang mungkin juga mereka akan jumpa ada pegawai agensi tersebut yang tidur beralaskan wang tunai. Siapa tahu? Siapa Menteri yang menjagi agensi keselamatan ini? Taknak bertanggungjawab kah? Apa kamu buat sebelum ini? Tidur di Parlimen ke? Jika anak jantan...Hishamuddin perlu meletak jawatan....
 
 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online