www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday 7 April 2011

VIDEO SEKS JADI BUKTI? MUFTI KATA TAK BOLEH, PEGUAM DAN PENSYARAH KATA BOLEH, MANA SATU YANG BETUL? Skandal Buat Golongan Agama Celaru....

Mufti kata rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti tetapi ulamak muda kata boleh. Apa nak jadi dengan golongan agama ini. Pening  rakyat, mana satu nak ikut, mana satu yang betul? Lepas ni semua orang pakat pasang perakam video di rumah Rais, Shahidan, Ku Nan,Hishamuddin dan lain-lainnya. 

Mufti bodohkah? Mustahil Mufti bodoh dalam bab ini sebab mereka ialah ilmuwan agama yang pastinya mempunyai ketinggian ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu. Jika Mufti kata tidak boleh kenapa ada pihak lain yang beriya-iya kata boleh. Cari publisisti atau sengaja nak tonjolkan diri dengan membuat pandangan yang berbeza dan seterusnya menjadi terkenal dalam dada media. Subhanallah.

MUFTI KATA TAK BOLEH, TAK BOLEHLAH

Lihat apa kata Mufti Perak ini, menurut Shahibus Samahah Datuk Seri Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.


“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

DISOKONG MUFTI PERLIS KATA TAK BOLEH

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.


“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya

YANG INI KATA BOLEH, KENAPA BOLEH?

Petikan dari Utusan hari ini, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta'zir.

Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zulfakar Ramlee berkata, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina.

Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah (keraguan) munasabah, berbeza dengan hukum hudud.

"Mengikut hukum ta'zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

"Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya.

"Berdasarkan Akta Kesalahan Jenayah Syariah, kaedah lain bagi mendakwa perbuatan zina ialah melalui empat orang saksi yang cukup syarat iaitu lelaki, tidak mempunyai kecacatan penglihatan seperti rabun atau buta dan melihat dengan jelas perlakuan zina itu.

Seorang ni pensyarah undang-undang di UIAM dan seorang lagi Peguam Syarie, dua-dua kata boleh tak tahu sebab apa dan atas dasar apa. Mufti Perak dan Mufti Perlis kata tak boleh? Mana satu yang betul? Kenapa nak peningkan rakyat dengan perbezaan yang tidak diketahui motifnya. Tak bolehkah dengar cakap Mufti? Mufti dah tak relevan kah?

Sebab apa jadi lagu ni? Sebab negara kita tak amalkan undang-undang Islamkah? Sebab ada dua jenis undang-undang dalam agama kah? Hanya yang c mampu menjelaskannya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online