www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label MENTERI. Show all posts
Showing posts with label MENTERI. Show all posts

Monday, 12 December 2011

SHAHRIZAT DIGUGUR, MUHYDDIN BAGAIMANA? NAJIB TUNGGU ARAHAN ROSMAH............

KUALA LUMPUR, 12 Dis: PAS mendesak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memberi penjelasan berhubung skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diluluskan pada zaman beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian.


"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian.


"Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.


"Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet?


"Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara.


"Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu.


"Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya.



Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, adalah tidak wajar jika tekanan hanya diberikan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sahaja, sedangkan projek yang dianugerahkan kepada syarikat suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat itu diluluskan sendiri oleh kerajaan khususnya Kementerian Pertanian.


"Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri sahkan wang dikeluarkan kepada akaun khas dengan kelulusan pihak kementerian pertanian.


"Siasatan menyeluruh wajib diadakan bukan sahaja kepada dakwaan penyalahguanaan wang RM250 juta itu oleh keluarga Shahrizat, tetapi juga kena siasat pihak kementerian dan kabinet," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


PAC sebelum ini juga mendedahkan duit RM250 juta tersebut habis dikeluarkan dari tahun 2008 hingga 2009, namun perjanjian hanya dibuat pada 2010.


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini juga menjelaskan bahawa kelulusan pinjaman RM250 juta dan penganugerahan projek tidak dibuat di Kabinet, sebaliknya di peringkat Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan Perdana Menteri sendiri.


"Apakah jawatankuasa itu sahaja yang buat keputusan? Tanpa kelulusan kabinet?


"Muhyiddin selaku bekas menteri juga perlu dipertanggungjawab. Kita nak tahu apa bentuk perbincangan yang menyebabkan kabinet luluskan projek ini," katanya.


Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, rakyat tidak mahu kes Fidlot ini sama mengulangi apa yang berlaku pada skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) di mana kabinet hanya sedar ditipu hanya selepas menteri berkenaan bersara.


"Lepas menteri pencen baru kabinet sedar kena tipu.


"Kita tidak mahu Fidlot ini jadi macam PKFZ, sebab itu kita minta siasatan menyeluruh ketika semua menteri terlibat masih belum pencen lagi ni," katanya.



Read rest of entry

Saturday, 10 December 2011

MAHATHIR DESAK LAGI SHAHRIZAT LETAK JAWATAN. ARAHAN NAJIB ATAU RAJA NONG CHIK?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEBercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

NONE"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Read rest of entry

Sunday, 4 December 2011

RAIS YATIM KETAR LUTUT BILA DISURUH BERUNDUR........ NAJIB KATA "CUKUPLAH RAIS..."

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara fasal minta mana-mana pemimpin yang fikir tak boleh memenangkan parti dalam komponen BN dalam PRU 13, macam-macam suara kedengaran.

Ikut hukum politik, tentu sukar mereka yang sudah berada kedudukan di atas atau jadi wakil rakyat mahu lepas jawatan atau enggan bertanding buta-buta saja.

Bagaimanapun bagi Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saranan Presiden UMNO itu menunjukkan bahawa pemimpin jangan fikir sendiri dan kalau Perdana Menteri membuat penilaian, ia harus diterima.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, mereka yang berkenaan jangan kecil hati kalau tidak terpilih.

“(Saranan Presiden UMNO) Itu benar. Hanya itu cara UMNO boleh menang,” katanya kepada Agendadaily ketika mengunjungi Laman Media di PWTC, petang Jumaat.

 Mengulas cakap-cakap kononnya beliau juga membayangkan sedia tidak bertanding lagi, Rais berkata, “Kita mesti luah sebab untuk tunjuk pendirian..jangan orang lain yang cakap,”.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan itu berpendapat, sesiapa sahaja pemimpin yang mendapat sambutan di peringkat akar umbi, mesti diambil kira oleh Perdana Menteri dalam membuat keputusan menentukan calon.

“Itu mesti PM  ambil kira, selepas itu terpulang pada dia,” katanya tidak menolak cadangan Agendadaily supaya semua wakil rakyat BN menyerahkan kepada PM menentukan sama ada mereka layak kekal atau jadi calon.

Katanya, cadangan itu adalah terbaik tetapi  suara akar umbi mesti diketahui pemimpin atasan.
Beliau memberi contoh suara akar umbi termasuk daripadaJjabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) JASA, polis, tentera yang turut mengumpul maklumat  mengenai calon.

“Selepas kumpul, PM boleh ketahui daripada banyak sumber dan suara Bahagian juga wajar didengar...setelah tengok majoriti di  bawah, beliaulah (PM) buat kesimpulan, tak boleh hanya ketua perhubungan negeri saja (buat laporan),” tegas Dr Rais.

Menyentuh dirinya yang yang beliau sendiri sebut sebagai  The Last Mohican  apabila ditanya secara peribadi sama ada mahu kekal bertanding pada PRU13, Dr Rais menjawab sambil ketawa; ”Saya tak boleh kata pertahan tapi kalau PM kata dah cukuplah wahai Rais....( saya akan jawab)  no problem, Sir..."

Apapun beliau tegas berkata  penggantinya hendaklah calon  yang mesti menang.”.

Dr Rais adalah antara beberapa orang Ahli Parlimen yang paling lama masih berkhidmat.-2/11/2011- OLEH ROSLAN BIAN
Read rest of entry

Thursday, 1 December 2011

SHAHRIZAT DIPECAT NAJIB AHAD INI? UMRAH,MERCEDES,TANAH,KONDO DIBAYAR HASIL SONGLAP DUIT LEMBU RM250 JUTA

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku ketua Wanita Umno tidak sepatutnya mengheret anggota pergerakan wanita itu dalam skandal projek lembu fidlot.

Shahrizat sebaliknya perlu menjawab isu pokok – dakwaan penyelewengan dana rakyat dan juga penganugerahan projek berkenaan ketika menjawat jawatan menteri, kata Saifuddin

"Shahrizat, dalam ucapan antara lain mengheret sama kaum wanita sebagai isteri sebagai ibu yang turut menangis bersama dia.

"Saya berpendapat ahli wanita Umno sama ada isteri atau ibu, mereka tidak tahu menahu dan tidak terbabit dalam isu ini.

"Skandal ini cuma babitkan Datuk Seri Shahrizat sebagai menteri dan ada dalam mesyuarat jemaah menteri yang buat keputusan projek fidlot ini dapat kepada suami dia," kata Saifuddin lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang turut menyifatkan Shahrizat sebagai seorang yang "terdesak" kerana menyerang beliau dengan dakwaan tidak membuka pusat khidmat.

"Mungkin dia pergi hari Jumaat. Pusat khidmat tutup biasalah hari Jumaat. Punyalah tak ada isu Shahrizat untuk serang setiausaha agung PKR ini, isu pusat khidmat tutup hari Jumaat yang jadi isu.

"Ceritalah kondo mewah mana saya beli, saham mewah mana saya pegang, timbunan kekayaan mana saya kaut. Ini cerita pusat khidmat," katanya lagi.
Saifuddin dalam pada itu turut mendakwa, penganugerahan projek berkenaan juga "tidak telus dan menyeleweng" kerana cadangan projek berkenaan dicedok daripada satu kertas cadangan.

Bezanya, kata beliau, cadangan berkenaan langsung tidak memerlukan suntikan modal kerajaan tetapi hanya memerlukan tanah kerajaan untuk disewa.

Syarikat yang tidak dinamakan itu juga bercadang untuk membiak baka lembu berkenaan dengan baka import, berbanding usaha NFC yang hanya "menggemukkan" lembu yang diimport sebelum disembelih dan dijual.

"Malangnya, cadangan dan usaha anak muda usahawan Bumiputra ini akhirnya terbantut di situ sahaja setelah mereka membelanjakan hampir RM300,000 membuat persediaan.

"Anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender.

"Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat," katanya yang mahu perdana menteri bertanggungjawab.

NONESaifuddin (kanan) berkata,  perdana menteri perlu bertanggungjawab selaku pengeri Jawatankuasa Projek Impak Tinggi "kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan-usahawan muda yang bertungkus-lumus berusaha."
Sementara itu, ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (atas kiri) menyifatkan cabaran Shahrizat mendesak presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan adalah satu tindakan untuk mengalih dakwaan pembabitan menteri itu dalam skandal NFC.

Zuraida menegaskan bahawa isunya ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, dan bukannya PKR, bahawa projek tersebut kucar-kacir dan tidak menepati sasaran kerana tiada kepakaran.

Hakikatnya, tegas beliau, yang biadap adalah apabila menteri-menteri yang diberi amanah, menyalahgunakan kuasa menyeleweng wang rakyat untuk mengkayakan keluarga.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata cubaan mengheret Wan Azizah juga memalukan kaum wanita.

"Sepatutnya seorang ketua wanita Umno bersimpati dengan nasib seorang ibu yang terpaksa menanggung derita apabila suaminya difitnah dan anak-anaknya membesar tanpa seorang bapa buat sekian lama.

"Sepatutnya seorang ketua Wanita Umno tidak terikut-ikut dengan permainan politikus bankrap moral di dalam Umno yang bersenjatakan fitnah dan video lucah untuk menjatuhkan lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Zuraida mengingatkan bahawa hakim sebenarnya bukanlah perwakilan Wanita Umno yang mempertahankan Shahrizat, tetapi adalah rakyat yang akan membuang undi.

"Yang pasti, hakim itu akan menghukum bukan sahaja ketua Wanita Umno, malah kesemua parti dalam BN akan turut terpalit," tegasnya.

Read rest of entry

Wednesday, 30 November 2011

SHAHRIZAT "LEMBUKAN" WANITA UMNO DI PWTC. JIKA BERANI SILA JAWAB DI PARLIMEN BUNG MOKHTAR SEDIA MENJAWAB...ADA BERANI?

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC.
 
Read rest of entry

SHAHRIZAT MEMANG BODOH MACAM LEMBU, SUAMI DAN ANAK PUN DIA KATA TIADA KAITAN : RAFIDAH SENYUM......

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

NONESambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli.

"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".

"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.

"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.

NONESementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya.

"Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.

Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.

"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.

Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.

"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.
Read rest of entry

Thursday, 24 November 2011

SUAMI SHAHRIZAT DISOAL SIASAT POLIS. WANITA UMNO BERTEMPIK.....SHAHRIZAT SILA LETAK JAWATAN

SHAH ALAM: Polis telah merekod kenyataan daripada lebih empat orang bagi memudahkan siasatan terhadap kemungkinan berlaku jenayah pecah amanah membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Mereka termasuk pengerusi eksekutifnya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail iaitu suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat A.Jalil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan berjalan lancar sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes itu kepada polis baru-baru ini.

"Lebih daripada tiga hingga empat orang dipanggil bagi memudahkan siasatan. Mohamad Salleh hadir di Jabatan Jenayah Komersial (di Bukit Aman) Selasa untuk kenyataannya direkodkan.

"Polis sedang menyiasat perkara itu dari semua sudut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ibu pejabat baru kontinjen polis Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di sini Rabu.

Sambil menyatakan beliau ada mendengar pelbagai versi kes itu, Ismail berkata orang ramai hendaklah mengelak membuat spekulasi.

"Tolong jangan buat spekulasi. Kita mesti berlaku adil kepada semua pihak oleh kerana kes ini masih disiasat," kata beliau.

Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan.
 - BERNAMA
Read rest of entry

Tuesday, 22 November 2011

BAYI MCA DAPAT RM200, EMAK BAYI WANITA UMNO KEBAS RM250 JUTA.............Memalukan......

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Bermula tahun depan, isteri kepada ahli MCA atau anggota sayap Wanita parti itu yang melahirkan bayi akan menerima sumbangan RM200 manakala mereka yang mencecah usia 60 tahun akan menerima 'angpau' RM100 setiap seorang.


Perkara itu diputuskan pada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Menurut Soi Lek, sumbangan ikhlas itu sebagai ucapan tahniah dan penghargaan kepada ahli MCA yang menyambut kehadiran ahli ba ru dalam keluarga mereka.

"Sumbangan ini akan diberi mulai Januari tahun depan kepada ibu yang melahirkan anak sebagai ucapan tahniah daripada MCA," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini.

Katanya, berdasarkan keputusan mesyuarat itu, kira-kira 300,000 ahli MCA yang akan mencecah usia 60 tahun pada 2012 layak menerima 'angpau' RM100.

Tambah beliau, satu taklimat akan diadakan kepada semua pemimpin bahagian MCA berhubung agihan sumbangan itu bagi memastikan ia dapat disalurkan dengan teratur.

Dalam pada itu Soi Lek memberitahu, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan kira-kira 70 lembaga pengarah dan pengetua sekolah persendirian Cina bagi membincangkan pembangunan infrastruktur sekolah masing-masing.

"Kementerian Pelajaran telah meluluskan sejumlah peruntukan kepada sekolah persendirian Cina bagi membangunkan infrastruktur dan memperbaiki peralatan sekolah," katanya.
Read rest of entry

Monday, 21 November 2011

MELAMPAU SHAHRIZAT NI....DUIT LEMBU DIGUNAKAN UNTUK UMRAH SEKELUARGA..... MANA SPRM DAN JAKIM?


PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

NONEBeliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)  menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

Sebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Read rest of entry

Sunday, 20 November 2011

SUAMI SHAHRIZAT DAPAT RM250 JUTA. TAPI RAKYAT DAPAT HANYA RM100 ITUPUN DEMI POLITIK LEMBU BN..............


Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.
Read rest of entry

Friday, 18 November 2011

WANITA UMNO MALU DAN KECEWA DIGELAR "LEMBU" OLEH ORANG KAMPUNG ANGKARA SKANDAL LEMBU SHAHRIZAT DAN SUAMINYA.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menuntut kerajaan supaya mendedahkan kertas mesyuarat jemaah menteri berhubung keputusan kerajaan menganugerahkan projek lembu fidlot kontroversi kepada keluarga menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NONE
Rafizi berkata, perkara itu perlu dijelaskan untuk memastikan sejauh mana penglibatan Shahrizat dalam proses menganugerahkan projek berkenaan kepada syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diketuai sumai menteri berkenaan, Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail.

"Dalam kes ini ada terlalu banyak proses buat keputusan di peringkat kabinet, di peringkat kementerian pertanian.

"Keputusan dibuat antara tahun 2006 hingga 2008 termasuk juga pinjaman RM250 juta, semua ini melibatkan kertas kabinet.

"Jadi soalan kami, berapa luaskan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan itu?," soalnya dalam sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya lagi, langkah kerajaan untuk mendedahkan kertas berkenaan merupakan satu permulaan baik, apatah lagi apabila Mohamad Salleh sendiri, selaku pengerusi eksekutif NFC, mengakui bahawa pinjaman berkenaan diluluskan tanpa sebarang jadual pinjaman.

Rafizi berkata demikian ketika mengulas penjelasan yang diberikan Mohamad Salleh berhubung jumlah kerugian yang ditanggung syarikat berkenaan sebelum ini, seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Dalam penjelasannya, Mohamad Salleh berkata, dakwaan bahawa kerajaan melupuskan pinjaman   berkenaan kerana kerugian yang dialami NFC merupakan "rumusan tidak matang."

Sebaliknya, Mohamad Salleh berkata perjanjian pinjaman berkenaan tidak menyatakan jadual pembayaran balik, dan syarikat itu pula masih dibenarkan membuat bayaran balik dalam tempoh tertentu.

Maka, NFC tidak melanggar perjanjian pinjaman berkenaan, kata Mohamad Salleh lagi seperti dilaporkan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata pengakuan Mohamad Salleh bahawa pinjaman kepada NFC itu dibuat tanpa jadual bayaran balik juga merupakan satu unsur rasuah dan perlu disiasat kerajaan.

Tambahnya, siasatan juga perlu dilakukan ke atas pengakuan Mohamad Salleh bahawa syarikat itu diberikan projek berkenaan walau tidak mempunyai pengalaman untuk menjalankan projek berimpak tinggi itu, seperti dilaporkan akhbar New Straits Times hari ini.

"Kalau proses telus digunakan, syarikat ini tidak dapat projek ini. Dia tidak layak dan tidak ada pengalaman," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, PKR juga akan membuat laporan kepada SPRM, susulan kepada laporan yang dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah oleh satu lagi syarikat milik keluarga menteri berkenaan.
Read rest of entry

SHAHRIZAT SEMBUNYI SUAMI SALAHKAN BEKAS PEKERJA. POLIS BILA NAK SIASAT KES KONDO LEMBU NI?

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail menyalahkan dua bekas kakitangannya yang didakwa menjadi punca tercetusnya kontroversi berhubung kewangan syarikat.

"Isu ini mungkin berpunca daripada tindakan dua bekas pekerja NFC yang belot dan cuba sabotaj syarikat.

NONE"Kami percaya mereka memberitahu semua hal ehwal kewangan syarikat kepada pihak pembangkang atas perasaan tidak puas hati terhadap syarikat," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.
Mohammad Salleh berkata NFC telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Ditanya, mengenai desakan supaya isterinya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang juga menteri pembangunan wanita, meletak jawatan, Mohammed berkata beliau tidak berhak untuk komen.

“Ia melibatkan isteri sya dan perdana menteri serta timbalan perdana menteri. Apa-apa pun keputusan Shahrizat, saya akan sokong 100 peratus,” katanya.

Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sekadar tergelak mendengar perkembangan terbaru isu projek ternakan lembu itu. Beliau bagaimanapun engan mendedahkan sama ada kedua-dua individu berkenaan yang disiasat pihak polis itu adalah sumber maklumat PKR.

"Saya tidak akan mengesahkan atau menafikan (sumber) yang bekalkan maklumat itu... ini akan membahayakan pemberi maklumat itu," katanya.

NONE
Rafizi, yang menjangka polis akan tampil menyiasat tidak lama lagi, bagaimanapun, berkata sebarang siasatan ke atas pemberi maklumat, sebenarnya adalah percubaan melarikan dari isu sebenar.

"Pihak polis sebaliknya harus memberi tumpuan kepada laporan berhubung (pembelian) kondominium itu, bukan menghambar pemberi maklumat itu," katanya kepada Malaysiakini
Read rest of entry

Thursday, 17 November 2011

SHAHRIZAT UMUM TAK BERTANDING PRU13? IKUT PRESIDEN GERAKAN MENTERNAK LEMBU UMNO.......


Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pelapis kedua pemimpin Gerakan.

NONEIa juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak bersama rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.


(Shahrizat hanyalah Menteri yang dilantik disebabkan memegang jawatan Senator bukan atas kapisitinya sebagai Ahli Parlimen. Beliau sama je macam Koh Tsu Koon, sudahlah kalah dalam pilihanraya Parlimen, dilantik menjadi Senator dan menjadi Menteri pulak. Rakyat taknak mereka ni tapi Najib masih benternak mereka berdua. 

Hasilnya.......habis duit lembu pun dia baham, bukan sedikit tapi kalau sampai RM250 juta dibolot Shahrizat  bersama suami dan anak-anaknya...kata Nabil...lu pikir sendirilah............ Shahrizat perlu letak jawatan sesuai dengan saranan pedas Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dalam Parlimen Malaysia.

Najib kata " transformasi" ...kepala hotak dia jika masih kekalkan Shahrizat...........Najib bodoh jika masih kekalkan Shahrizat. Orang bawahan Umno di kampung punsudah benci dengan Shahrizat ni.....Najib sayang ke? )


Read rest of entry

KEM NAJIB SERANG SHAHRIZAT SEBAB APA?...SOKONG MUHYIDDIN KEMARUK KERUSI PM? Betul ke ?

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan mengundang rasa kasihan Mohamad Sabu.

"Kasihan sungguh pada Muhyiddin apabila membaca jawapannya itu. Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS itu.
 
Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

"Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau.

Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno.

Tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya, kata beliau lagi.

"Kalau tidak ada restu, saya tidak percaya dia berani tunjuk hero minta Shahrizat berundur.

"Bukan Shahrizat sahaja yang terasa sakitnya. Muhyiddin lebih terasa lagi," kata Mohamad.

Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC.

Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu.

"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (sesama Umno) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Sebelum ini, beberapa blog dan laman sosial ahli-ahli Umno menuduh Muhyiddin mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin pernah menuduh Timbalan Presiden Umno itu membuka jalan kepada kemenangan pembangkang.

Selepas itu, katanya, "Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yang pernah dia lakukan kepada (Tun) Abdullah Hj Ahmad (Badawi)".

Zaharin, yang menuduh Muhyiddin sebagai "anak paria", "penyamun besar" dan "perosak Umno", mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Najib. 


www.harakahdaily.net
Read rest of entry

Tuesday, 15 November 2011

MP BN DESAK SHAHRIZAT DAN NOH LETAK JAWATAN.........Saksikan Ucapan Mereka Dalam Parlimen, sila klik......




MEMALUKAN.........Ahli Parlimen Umno desak Shahrizat Jalil letak jawatan sebagai Menteri ekoran kes NFL yang katanya telah menyusahkan Umno dan BN untuk menagkisnya. Jika Shahrizat anak jantan, tolonglah lepaskan jawatan anda.

Najib masih membisu, sebab apa? Sebab Rosmah belum paksa dia arahkan Shahrizat letakkan jawatan agaknya. Mana dia NKRA? Najib Kerja Rosmah Arah................= NKRA

Read rest of entry

Monday, 14 November 2011

2 MENTERI UMNO SUBAHAT SELEWENG DANA LEMBU BELI KONDO RM10 JUTA? Memalukan ..........

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam skandal Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) dengan menarik balik pinjaman mudah RM181 juta yang diberikan kerana mendakwa perlaku penyelewengan.

"Najib perlu campur tangan dalam skandal RM10 juta pembelian 'kondominium untuk lembu' dengan menarik balik pinjaman RM181 juta yang diberikan kepada NFC tetapi tidak digunakan untuk tujuan penternakan lembu.

"(Ini pun) jika beliau serius dengan dasar transformasi negara dan juga slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun, Lim berkata bahawa pendedahan RM10 juta dibelanjakan bagi 'kondominium untuk lembu' bukan kebimbangan utama keseluruhan kemelut berkenaan.

"Apa yang mengejutkan ialah kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang membantu dan bersubahat dengan penyelewengan dana awam itu."

Menurut Lim, daripada melahirkan rasa terkejutnya, berhubung apa yang didakwa sebagai penyelewengan pinjaman untuk penternakan lembu itu, menteri tersebut sebaliknya tampil dan mempertahankan NFC.

NONE"Apakah salah guna dana awam daripada pinjaman mega yang diberikan kepada ahli keluarga jemaah menteri atau kroni adalah perkara biasa di bawah pentadbiran sekarang?" soal Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.

Sebelum ini, Noh cuba menepis tanggungjawab pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta itu daripada kerajaan dengan mengatakan bahawa pemberian pinjaman terpaksa mematuhi syarat-syarat yang ketat dan bahawa tiada apa-apa permohonan untuk membeli kondominium yang diluluskan.


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online