www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 24 November 2011

SUAMI SHAHRIZAT DISOAL SIASAT POLIS. WANITA UMNO BERTEMPIK.....SHAHRIZAT SILA LETAK JAWATAN

SHAH ALAM: Polis telah merekod kenyataan daripada lebih empat orang bagi memudahkan siasatan terhadap kemungkinan berlaku jenayah pecah amanah membabitkan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Mereka termasuk pengerusi eksekutifnya Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail iaitu suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat A.Jalil.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan berjalan lancar sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes itu kepada polis baru-baru ini.

"Lebih daripada tiga hingga empat orang dipanggil bagi memudahkan siasatan. Mohamad Salleh hadir di Jabatan Jenayah Komersial (di Bukit Aman) Selasa untuk kenyataannya direkodkan.

"Polis sedang menyiasat perkara itu dari semua sudut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ibu pejabat baru kontinjen polis Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di sini Rabu.

Sambil menyatakan beliau ada mendengar pelbagai versi kes itu, Ismail berkata orang ramai hendaklah mengelak membuat spekulasi.

"Tolong jangan buat spekulasi. Kita mesti berlaku adil kepada semua pihak oleh kerana kes ini masih disiasat," kata beliau.

Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan.
 - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online