www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label MAHATHIR. Show all posts

Wednesday, 14 September 2011

KENAPA MAHATHIR PAKSA NAJIB UNDUR SEBELUM PRU13? Muhyiddin dan Anwar bersedia....

PAS mendakwa cadangan Dr Mahathir Mohamad supaya pilihan raya umum dilewatkan, sebenarnya memberikan mesej khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini memberi mesej dia (Najib) tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada BN (jika pilihan raya dilangsungkan segera)," kata naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz (kiri) mendakwa, bukan sahaja Dr Mahathir, malah dalaman Umno juga kini melihat Najib sebagai beban.

Keadaan ini, tambah Mahfuz, sama dengan keadaan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Dr Mahathir didakwa terlibat memberikan tekanan.

"Cuma pentadbirannya berbeza," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara.

"Dia (Dr Mahathir) cuba mengambil masa supaya Najib berundur sebelum pilihan raya. Dia jadi mastermind."
Read rest of entry

Monday, 18 July 2011

BN SEMAKIN NAZAK DAN TERANCAM, KATA ANAK BEKAS PM MAHATHIR. SEBAB APA?


BN yang berada dalam kedudukan panik merasakan kerajaannya kini terancam dan tidak mampu berfikir secara jelas lagi, kata anak sulung mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Paduka Marina Mahathir.

marina mahathir interview 181105 happy“Mereka rasa terancam kerana memandang remeh BERSIH pada 2007 dan pada pilihan raya umum 2008 mereka hilang banyak kerusi di parlimen dan dewan undangan negeri. Dan oleh kerana kini dalam keadaan panik, mereka tidak boleh berfikir dengan jelas lagi. Apa di kepala mereka adalah hanya cara untuk menang pilihan raya.
 
“Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka. Awak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir. Tetapi bukan semua mereka.

“Majoriti mereka adalah kumpulan professional. Kumpulan itu adalah berbeza-beza dan ia sebenarnya 1Malaysia, muda, kaya, miskin, setiap bangsa dan agama menyertainya,” kata Marina dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

NONEPada 9 Julai lalu, Marina juga mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0. Beliau turun ke jalanan bersama anak dan rakan-rakannya.

Mereka bermula berhampiran Jalan Pudu (Berjaya Times Square) dan berarak sepanjang Jalan Hang Jebat di hadapan Stadium Negara menuju ke bangunan Majlis Olympik Malaysia.

Katanya, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan BERSIH 2.0.

“Saya mungkin tidak setuju dengan perjuangan mereka tetapi mereka melakukan perkara yang baik. Kami semua menjadi 1Malaysia.

NONE“Sekarang kerajaan melabelkan kami dengan pelbagai nama. Biar saya beritahu, mereka kini kehilangan banyak undi.

Mereka mungkin beranggap mereka telah tewas tetapi biar saya beritahu, sebenarnya banyak yang masih di atas pagar dan sudah tentu (tindakan kerajaan itu) mereka akan menyokong pihak satu lagi. Saya lihat ini jelas dalam media sosial, terutamanya di emel, twitter dan blog,” kata Marina.
Read rest of entry

Sunday, 1 May 2011

UMNO DAN BN PUNCA BUDAYA RASIS. MAHATHIR SUDAH LUPA KE?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pihak yang menuduhnya dan akhbar Utusan Malaysia sebagai perkauman merupakan rasis yang sebenar.

Katanya, adalah suatu kenyataan ketika ini orang Melayu tidak boleh mengeluarkan sesuatu pernyataan untuk mempertahankan hak mereka kerana takut dituduh sebagai rasis.

"Itu kenyataan, kalau saya tulis sedikit dalam blog mempertahankan kedudukan orang Melayu, saya dituduh rasis, jadi tak boleh pertahan. Tetapi kalau dia tuntut supaya dihapuskan hak orang Melayu, itu tak rasis," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, jika beliau dituduh sebagai rasis maka orang yang menuduh itu juga adalah rasis kerana membuat pelbagai tuntutan rasis.

"Dia tuntut itu dan tuntut ini walaupun orang Melayu tak ramai yang pergi ke universiti. Kalau kita tengok universiti swasta, boleh kata tidak ada Melayu, tetapi mereka nak ambil juga tempat orang Melayu yang kita sediakan dalam universiti kerajaan.

"Itu semua tuntutan secara rasis," katanya
Read rest of entry

Friday, 22 April 2011

MAHATHIR SAHKAN UMNO, MCA DAN MIC PARTI PERKAUMAN. Kenapa Benci Sangat DAP?

Mahathir histeria lagi dan akhirnya terperangkap apabila secara jujur yang terlepas cakap beliau mengakui bahawa UMNO, MCA dan MIC juga adalah parti perkauman seperti DAP. Tetapi kenapa DAP sahaj ayang menjadi kritikan beliau? Mahathir sudah lupa ke? Ikuti kenyataan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila sekali lagi mempertahankan bidasannya bahawa DAP adalah 'parti politik perkauman'.

Sambil memperakui bahawa BN adalah penyelesaian masalah pelbagai kaum di negara ini, hujahnya meskipun Umno, MCA dan MIC adalah parti-parti berasaskan kaum, namun mereka bertanding bukan atas nama masing-masing tetapi atas tiket Perikatan ataupun BN.


“Sebagai anggota gabungan pelbagai bangsa mereka tidak boleh memperjuangkan hanya kepentingan Melayu, Cina dan India sahaja. Mereka telah bergabung menjadi satu entiti politik dan perjuangan mereka adalah bagi semua kaum entiti itu.
 
Jika parti perkauman ini bertanding atas tiket BN maka mereka tidak akan digelar parti perkauman ,kata Dr.Mahathir. Andaikata selepas ini DAP masuk BN maka DAP disahkan oleh Dr.Mahathir bukan parti perkauman sebab bertanding atas tiket BN. Betul ke kata Mahathir ni? Atau Mahathir sudah lupa?

“Parti-parti berasaskan kaum itu bekerjasama demi kepentingan ahli-ahli semua bangsa dan hilang ciri-ciri perkauman mereka,” kata Mahathir di blognya hari ini.

Mantan perdana menteri yang berkuasa 22 tahun di Malaysia pada tulisan di blognya sebelum ini secara sinis mengucapkan 'tahniah' kepada DAP kerana berjaya 'membawa politik perkauman' di Sarawak dengan memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri yang lalu.

Dalam bahagian kedua tulisannya yang berjudul 'Kemenangan di Sarawak II', Mahathir bertegas meskipun DAP mendakwa mereka adalah parti pelbagai etnik, tetapi “semua orang tahu siapa mereka sebenarnya”.

“Setiap kali saya sebut DAP adalah parti perkauman, hujah basi mereka Umno juga parti perkauman, malah lebih teruk dari DAP...

“DAP, seperti (parti pemerintah Singapura) Parti Tindakan Rakyat mendakwa sebagai mewakili pelbagai bangsa tetapi semua orang tahu sebahagian besar ahli, penyokong dan pemimpin mereka adalah orang Cina.

“Dan perjuangan mereka secara prinsipnya menentang Melayu dan apa yang mereka dakwa sebagai hak Cina,” kata Mahathir.
Read rest of entry

Thursday, 14 April 2011

TAIB KEBAL? PRESIDEN UMNO NAJIB PUN DIA LAWAN INIKAN PULA MAHATHIR BUKAN AHLI UMNO

BN Sarawak semakin lemas dengan tsunami rakyat. Selepas Raja Petra disihirkan Rosmah semalam, hari ini bekas PM iaitu Tun Mahathir pula digunakan untuk menyihir Taib Mahmud. Setelah Najib dan Muhyiddin gagal memaksa Taib untuk berundur kini mereka menggunakan kudrat Mahathir. Tapi Mahathir pun bukan ada "power" sebab Mahathir bukan PM dan bukan ahli Umno pun. Cakap Presiden Umno pun Taib tak endahkan apatah lagi cakap orang yang diluar Umno. Mahathir baru keluar Umno dan tidak diketahui sama ada beliau telah mengisi borang masuk Umno semula atau tidak? Taib tak takut Mahathir.

Parti PBB yang diterajui Taib tidak ada kena mengena dengan Umno. Umno jangan cari pasal nak menyibuk berkenaan dalaman Sarawak. Jika Umno berdegil paksa Taib letak jawatan dan berundur, Taib boleh ugut Najib, Taib boleh bawa PBB masuk dan sokong PR. Jika ini benar-benar dilakukan Taib, Najib akan tersingkir dari Putrajaya. Muhyiddin akan terpelanting ke Batu Pahat. Hishamuddin akan ditangkap Polis sebab KDN akan dijaga Mat Sabu selepas itu. Sebab inilah, Najib takut kepada Taib. Gunakanlah siapa sahaja, Taib takkan takut? Taib ialah "power man" di Sarawak.

Mahathir hanya mampu bermadah dan bersendaloka dengan Taib. Lihatlah kenyataan lembut Mahathir buat Taib.Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.

Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.

"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.

Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.

PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.

NONESeorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.

Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.

"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.
Mahathir hanya berfikir sahaja BN akan menang tapi yang Mahathir tidak terfikir yang PR akan merampas Sarawak sebagaimana dia tak terfikir Selangor terlepas ke tangan PR dalam pilihanraya 2008 yang lalu. Kenapa Mahathir tidak terfikir pasal itu? Sebab dia sudah tua? Sebab dia kan Melayu danMelayu mudah lupa?


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online