www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday 14 September 2012

LIHAT MEREKA.....10 BEKAS PEGAWAI TERTINGGI KERAJAAN DAN PEMAIN BOLA SEPAK SERTAI PAS



MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam NegeriKoperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.

Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.

“Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.

“Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas,” katanya pada majlis berkenaan.

Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.

“Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran,” katanya.

Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.

Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.

Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.

Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.

Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.

Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.

Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.

“Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain.

“Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.

“Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

(ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Read rest of entry

Wednesday 12 September 2012

SIAPA WANITA BERTOPENG INI?


Wanita mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 28, bertopeng dengan diringi pihak keselamatan ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya. Mahkamah menetapkan 11 dan 12 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan kesnya yang melibatkan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai lalu.-fotoBERNAMA 
Read rest of entry

Tuesday 11 September 2012

UMNO TIADA MELAYU TETAP TERBELA. 3 JUTA AHLI UMNO TIADA, MASIH BERBAKI 15 JUTA MELAYU.



Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.

Dr Mahathir kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk UMNO - rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korup, pegawai kerajaan yang korup, rasuah dalam syarikat milik kerajaan, skandal pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skandal IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagi memilih UMNO.

UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang Melayu yang beragama Islam. Sebagai orang Islam, semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolaknya. Prinsip ini amat mudah difahami.

PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukarnya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.

Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara institusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masalah.

Pendeknya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Faktanya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.

Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.

UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta-minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.

Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, kedudukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa di sebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air,  kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina (1500) dan India (1200). Kenapa ini terjadi?

Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlangsung, saya berada di rumah Datuk Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini - tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab - Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia – pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.

Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.

Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi.  Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.

UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majoriti penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.

Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah, maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik - diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.

Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. Dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Caranya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathir pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.

Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan di kalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara Cina sama Cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir. - 


Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online