www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Showing posts with label KEDAH. Show all posts
Showing posts with label KEDAH. Show all posts

Tuesday, 6 March 2012

ADAKAH PROJEK RM600 JUTA NAK DIBERI KEPADA UMNO MENJADI PUNCA KRISIS PAS DI KEDAH?




EKSKLUSIF Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.


Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.



Ketika ditemui Malaysiakinisemalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.



Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.



Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).



ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".



"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.




Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.



Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.



NONEKetika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.


Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.


www.malaysiakini.com

Read rest of entry

Tuesday, 21 June 2011

DATUK MAHFUZ,DATUK TAIB DIGUGUR, KHALID DAN SAA'RI DIAMBIL SEMULA. Kenapa dan Sebab Apa?

   
SHAH ALAM, 21 Jun: Khalid Samad dan Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, turut dilantik adalah Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad sebagai  TPJ I manakala Salehin Muhyi TPJ II.

Khairudin Othman telah dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan manakala Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari perhubungan yang baru.

Sementara Cikgu Jaafar Samsudin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS negeri.

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Ali telah dilantik ahli perhubungan bersama dengan seorang lagi Exco Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.


PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanMenteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

- Bernama
Read rest of entry

Monday, 13 June 2011

MAT SABU PULA DIBIDAS KERAJAAN PAS KEDAH..... BERBALOIKAH BERPERANG DALAM MEDIA.....?


Saya terpanggil memberi komentar terhadap kenyataan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang baru dipilih, dalam interview beliau dengan Malaysiakini bertarikh 10 Jun lalu.

Nasihat terus terang beliau sebagai Timbalan Presiden dan pemimpin lama PAS yang telah teruji, wajar dilihat dengan positif demi kebaikan parti dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS.

Menurut Mohamad dalam bab harta dan pangkat - 'Kalau PAS tak ambil, UMNO akan ambil' - adalah satu pegangan atau tanggapan yang menyalahi matlamat perjuangan PAS, dan ini wajib diubah, dengan perubahan yang lebih besar. 
 
Tanggapan ini wujud terpahat dalam kepala orang PAS di mana-mana, dan bagi Kedah dan Kelantan, yang dipimpin oleh PAS, perubahan yang berlaku dalam hal ini tidak mencukupi. Contohi Pulau Pinang yang dipimpin DAP, kata Mohamad.

Saya setuju dan akur, tetapi (maafkan saya!) kalau kenyataan ini dibuat sebelum muktamar, saya percaya Timbalan Presiden PAS yang baru bukannya Mohamad. Apa telah berlaku di Kedah dan Kelantan dan ada apa di Pulau Pinang dan hingga beliau membuat seruan mencontohi negeri itu?

Gelaran Datuk

Saya tidak melihat kewujudan pemikiran itu ataupun natijah 'pegangan salah' itu di kalangan pemimpin PAS di Kedah, malah tidak berlaku sebarang perlumbaan di kalangan pimpinan PAS Kedah untuk mengejar harta atau pingat, jauh sekali memohon tanah di kalangan wakil rakyat atau Exco. 

Gelaran Datuk misalnya, adalah hak mutlak KDYMM Tuanku Sultan, tiada Exco atau wakil rakyat daripada PAS yang mengisi borang bagi pihak diri sendiri untuk memohon gelaran itu.

Menteri Besar ada mencalonkan beberapa nama dari kalangan ahli politik, termasuk daripada PAS, yang mana tuan tubuhnya pun tidak dimaklumkan sehingga surat perkenan dari pejabat KDYMM Tuanku Sultan sampai ke tangan, barulah individu tersebut tahu. 

Dalam bab Pengurniaan Bintang dan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato' dalam mana-mana kategori, terdapat cadangan yang ditolak di peringkat Jawatankuasa Jemaah Datuk-Datuk Kedah, dan ada yang belum diperkenankan oleh KDYMM Tuanku Sultan sendiri. Ada juga calon yang dicadangkan pingat lain, tetapi KDYMM Tuanku Sultan memperkenankan calon itu diberikan Datuk.

Di Pejabat Menteri Besar, sayalah yang menguruskan borang pencalonan dan menapis semua permohonan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran bagi kategori ahli politik dan aktivis masyarakat bagi pihak Menteri Besar, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganugerahan Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran. 

NONEBagi pencalonan dalam kategori lain, ada jawatankuasa lain yang bertanggungjawab. Semua pencalonan akan diangkat untuk perkenan KDYMM Tuanku Sultan setelah melalui tahap-tahap tapisan beberapa jawatankuasa. Ia tidak semudah sangkaan tidak tepat sesetengah pihak. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya telah melihat trend yang jelas dalam hal ini, iaitu, tiada pemimpin PAS yang menunjukkan minat yang mendalam untuk mendapat gelaran Datuk - sehingga perlu ditegur oleh Mohamad.

Dalam hal ini, saya akui ada di kalangan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang tidak berpuas hati dan merungut kenapa waktu kita menjadi kerajaanpun, penerima pingat, bintang dan darjah kebesaran masih ramai dari kalangan UMNO dan BN.
conference of rulers majlis raja raja 
Pada saya, teguran Mohamad itu wajar ditujukan kepada mereka, bukan kepada pimpinan. Pun begitu, saya memahami bahawa itulah budaya nilai yang diwarisi daripada sejarah kerana kita lahir dan hidup membesar di Malaysia, sebuah negara dengan sistem Raja Berperlembagaan. 

Mereka tidak mengenal budaya Cuba, China, Russia maupun Libya atau Iran. Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Mohamad jadikan contoh dalam hal ini, tidak mempunyai Sultan, Raja maupun Istana yang memayungi pembentukan adat, nilai dan budaya hidup rakyatnya.
Balak Kedah.

Dalam bab balak yang juga disebut oleh Mohamad, tidak ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang pernah atau cuba memohon kawasan. Walaupun ruang dan peluang terbuka luas kepada sesiapa sahaja, kerana Kedah mengamalkan sistem tender terbuka, belum ada seorangpun wakil rakyat, exco atau pemimpin PAS yang pernah memohon, masuk tender atau meminta balak daripada kerajaan.
NONEApatah lagi mendapat kawasan. Memang ada ahli dan penyokong PAS yang menerima konsesi balak hasil sistem tender terbuka, tetapi mereka bergiat dalam bidang ini sejak bertahun-tahun dulu, sebelum kerajaan bertukar tangan, kerana mereka menawarkan harga yang terbaik.

Untuk pengetahuan Mohamad, sejak Kedah ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, dengan kuota keluasan tebangan yang sama yang ditetapkan oleh kementerian yang bertanggungjawab (2,340 hektar setahun bagi Negeri Kedah), hasil balak untuk negeri Kedah telah meningkat berlipat kali ganda setiap tahun.
Daripada purata RM9.5 juta di zaman BN, mencapai kepada RM53 juta pada tahun 2010. (RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009). Dalam hal meningkatkan hasil dari industri pembalakan, kerajaan negeri pimpinan PAS tidak melihat kepada latar belakang parti pemohon/pembida, tetapi berapa harga yang ditawarkan.

NONELaporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 memperakukan Kerajaan Negeri telah berupaya meningkat pendapatan melalui industri pembalakan pada kadar 205% pada tahun 2008 dari tahun sebelumnya. 

Pencapaian ini sudah semestinya melalui perancangan yang rapi yang disusun oleh kepimpinan YAB Menteri Besar untuk membuktikan pentadbiran PAS dan Pakatan jauh lebih baik daripada era Umno/BN. 

Negeri Pulau Pinang dan DAP yang Mohamad jadikan contoh dalam bab ini sudah tidak mempunyai hutan dan balak untuk ditender dan ditebang, kerana negerinya sudah dipenuhi hutan batu.

Permohonan tanah

Dalam bab memohon tanah, sepanjang pengetahuan saya, belum ada kes Exco atau wakil rakyat PAS di Kedah yang memohon tanah untuk diri sendiri maupun kaum keluarga. 

Memang telah menjadi dasar yang tidak bertulis di Kedah, dan difahami dan dihayati dengan sebaik-baiknya oleh sekelian Exco dan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak mungkin boleh melakukan hal itu.
kuala kedah shoplots 110805 lot 1Kalau ada permohonan tanah sebelum menjadi Exco atau wakil rakyat yang masih belum selesai prosesnya, saya tidak tahu. 

Negeri yang Mohamad jadikan contoh itu sudah tidak ada tanah yang luas untuk dipohon, bukan sahaja oleh exco atau wakil rakyat, malah rakyatnya juga telah ramai berhijrah ke Kulim, Sungai Petani dan utara Perak gara-gara harga hartanah yang terlalu tinggi dan sebahagian penduduknya sudah tidak mampu memilikinya lagi.

Saya akur dan berterima kasih di atas ingatan dan nasihat daripada Mohamad yang berterus terang dalam hal ini, yang saya percaya bertujuan memelihara kepentingan dan matlamat perjuangan parti. 

PAS tidak boleh dan tidak mungkin bergerak menyamai apa yang telah dibuat oleh Umno/BN yang membawa kebencian rakyat ketika menjadi kerajaan.

Maklumat pinggiran 

Saya menghormati dan menyanjung tinggi keberanian dan 'drive' Mohamad menerajui kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden PAS yang inginkan parti kita terus maju dan disenangi dan disayangi oleh rakyat, dalam hal-hal yang bersangkut dengan keperluan dan kemahuan dalam hidup sebagai manusia yang diberi amanah kuasa.

mat sabuUntuk melaksanakan hasrat yang mulia Mohamad itu, alangkah baiknya jika beliau mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas dari kepimpinan PAS di Kedah maupun di Kelantan melalui hubungan dan persahabatan yang baik lagi mesra, sebagaimana Mohamad berjaya lakukan dengan kepimpinan kerajaan di Pulau Pinang. 

Maklumat dari pinggiran yang (jika) menjadi asas penilaian Mohamad, saya khuatiri akan menyebabkan tegurannya menjadi tidak bermakna dan tidak menguntungkan sesiapa. 

Teguran terbuka seperti ini juga lebih manis dibuat dulu dalam mesyuarat di peringkat PAS Pusat yang dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS negeri-negeri terbabit. Saya mohon ampun dan maaf daripada Mohamad jika terkasar bahasa dan terlajak bicara.

Penulis adalah setiausaha politik kepada Menteri Besar Kedah dan ulasan ini adalah pandangan peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini
Read rest of entry

Saturday, 21 May 2011

KESIAN MUHYIDDIN,....CAKAP MERAPU DI KEDAH. AZIZAN TERSENYUM...........

BALING 20 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO di setiap peringkat supaya tidak mengambil mudah cabaran pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang sebagai pilihan raya paling sengit dalam sejarah politik tanah air.

"Biar saya bagi amaran kerana pilihan raya akan datang merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik tanah air. Pilihan raya ini bukan seperti biasa kerana meletakkan cabaran getir bagi Barisan Nasional (BN) dan parti-parti politik lain.

"Tengok saja pilihan raya kecil yang kita lalui sebanyak 16 kali. Daripada jumlah itu, separuh daripadanya saya pimpin selaku Pengarah Pilihan Raya. Memang pahit, getir dan bukan mudah," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Wanita UMNO bahagian yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkembangan semasa menyaksikan rakyat kini lebih terbuka dari segi pemikiran dan mempunyai harapan serta cita-cita tinggi terhadap perjuangan parti politik terutama UMNO dan BN.

"Rakyat memang terbuka, mereka tahu apa yang berlaku di seluruh dunia. Rakyat mahu kita menjadi parti yang lebih bertanggungjawab dan berkesan. Sebab itu, mereka menuntut pelbagai perkara," katanya.

Tambah beliau, permainan politik era pasca Pilihan Raya Umum 2008 juga dikesan menyaksikan perubahan ketara dan tidak lagi disifatkan sama seperti dahulu.

"Oleh itu, kita perlu mengubah pemikiran. Memang yang kita lalui puluhan tahun lalu satu proses politik biasa. Namun, pada pilihan raya akan datang menuntut kita membuat persiapan lebih rapi serta bersedia menghadapi tentangan hebat daripada parti lawan," katanya.


( Muhyiddin ni sebenarnya seperti dah kehabisan idea maka untuk menyeru kepada semua orang Umno di Kedah maka dibakarlah emosi dan semangat mereka untuk kembali menawan Kedah. Pada hakikatnya Muhyiddin tahu betapa masalah dalaman Umno Kedah semacam tidak boleh diperbaiki lagi, maka apalah yang nak diharapkan untuk Umno Kedah menawan kembali negeri jelapang padi tersebut. Rakyat telah sedar bahawa dengan pemerintahan 3 tahun PAS di Kedah hasil kerajaan negeri terutamanya hasil balak telah naik beratus kali ganda berbanding zaman Umno perintah, rakyat telah sedar kata Muhyiddin dan sebab itulah Muhyiddin patut bagi nasihat agar Umno Kedah jangan buat rasuah, jangan buat duit, jangan kayakan kaum keluarga, jangan buat skandal dengan puteri umno, jangan itu jangan ini.................sesuailah dengan kejahatan Umno Kedah selama ini. Dan lebih baik Muhyiddin lupakan Kedah...............PAS dalam mood yang baik untuk mempertahankan Kedah...Selamat Jalan Umno 1Malaysia...)

Read rest of entry

Wednesday, 27 April 2011

PUTERI UMNO KEDAH TIDUR. Lihat Aksi Nakal Mereka

Umno Kedah sedang melipatgandakan usaha untuk menarik lebih banyak sokongan wanita muda dan memastikan mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menurut statistik, pola pengundian pilihan raya akan datang di Kedah dipengaruhi kuat oleh golongan wanita muda.

Katanya berdasarkan warta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 31 Disember lalu, Kedah kini mempunyai 909,951 pemilih berdaftar untuk Pilihan Raya Umum ke-13 jika diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu 455,079 atau kira-kira 50 peratus merupakan golongan wanita dengan 298,297 daripadanya berusia di bawah 40 tahun.
  

Mukhriz berkata demikian semasa berucap di Majlis Penutup Program Jalinan Silaturrahim Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri Umno Sungai Petani di Tikam Batu dekat sini semalam, dan majlis turut dihadiri Naib Ketua Pergerkan Puteri Umno yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof. -BERNAMA


P/S/ Mukhriz kena tanya dulu Naib Ketua Pergerkan Puteri Umno yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Sungai Petani Shahanim Mohd Yusof, kes video lucah dia dah "settle" ke lom? Selesaikan masalah dalam kain Puteri Umno Kedah dulu, barulah seronok nak kempen kat muslimat Kedah. Tunjukkan contoh yang baik dulu baru orang ikut.....

Mukhriz berani tegur ka? Jangan tergoda dengan kecantikan Shahanim sudah le....


Read rest of entry

Tuesday, 19 April 2011

SERAH UUM PADA KEDAH, SELESAI MASALAH...KATA MB KEDAH YAB UST AZIZAN

  
ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula,"  jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

http://www.harakahdaily.net/
Read rest of entry

Monday, 18 April 2011

UMNO KEDAH MEMANG SAMSENG, KATA AHMAD BASHAH

Awas kepada semua samseng-samseng Umno yang akan menghadiri mesyuarat agung tahunan bahagian Umno negeri Kedah tidak lama lagi. Anda akan diperhatikan serta dipantau. Jika berlaku kekecohan maka anda akan ditangkap dan diasingkan daripada menyertai mesyuarat. Ganas sungguh no orang Umno Kedah ni. Mesyuarat pun belum bermula tetapi Pengerusi Umno Kedah dah bagi "warning", jangan tunjuk samseng.

Kita pandang dari jauh dan mengira berapakah jumlah kekecohan yang akan berlaku dalam mesyuarat Umno bahagian kelak? Kita lihat bagaimana strategi Umno Kedah untuk merampas semula negeri Kedah dari pentadbiran PAS. Kita nak lihat, rakyat Kedah tetap mahukan PAS atau Umno menjajah semula negeri Kedah? Sama-sama kita saksikan. Persoalannya, dimanakah mereka akan mengadakan mesyuarat tersebut? Nak guna dewan tak boleh dah? Nak guna sekolah takut agaknya? Nak guna pejabat Umno yang kecil tentu tak muat? Buat di hotel? Ahmad Bashah dan Mukhriz kena sediakan duit untuk buat dihotel nampak gayanya.

Bernama melapurkan, semua UMNO bahagian di Kedah diarah memberi tumpuan memantapkan parti ke arah menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam mesyuaratnya bermula 14 Mei ini dan berakhir 15 Jun.

 

Sehubungan itu, Badan Perhubungan UMNO Kedah akan memantau semua mesyuarat terutama bahagian yang berkemungkinan berlaku kekecohan, kata Pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata, perkembangan terkini dalam UMNO Kedah amat positif dan yakin mesyuarat bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri berjalan lancar.

"Masa semakin suntuk. Perkara yang boleh menggagalkan segala usaha kita memulihkan parti dan memenangi hati rakyat harus dibiarkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan itu di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata, peraturan baru mesyuarat yang diluluskan akan melihat bilangan perwakilan ke mesyuarat kali ini bertambah sekali ganda.
Read rest of entry

Wednesday, 16 March 2011

BASHAH & MUKHRIZ GILA TALAK? AZIZAN KENAPA BERDIAM DIRI?


Umno Kedah yang diketuai Ahmad Bashah dan Mukhriz semakin menggila menyerang PAS Kedah yang telah mentadbir Kedah Sejahtera selama tiga tahun seakan-akan Kedah milik makbapak mereka. Utusan pula menjadi alat propaganda jahat untuk memburukkan pentadbiran PAS  di Kedah. Umno dan BN sudah diceraikan rakyat Kedah pada PRU12 yang lalu, kini seolah-olah mereka menjadi "gila talak" kerana terasa gian untuk kembali merampas pentadbiran Kedah untuk menjadi milik Umno semula. Mimpikah Bashah dan Mukhriz ini? Atau itulah agenda perang saraf melalui media untuk tujan mengelirukan rakyat Kedah.
Read rest of entry

Friday, 11 March 2011

AZIZAN YAKIN PERTAHAN KEDAH, BASHAH KATA UMNO AKAN RAMPAS? Siapa Yang betul ni?

Kedah menjadi idaman BN pada PRU ke-13 akan datang sehinggakan mereka begitu bertungkus lumus untuk merampas Kedah dari genggaman PAS dan Pakatan Rakyat. Datuk Seri Azizan pula begitu optimis mempertahankan Kedah malah mensasarkan kelebihan majoriti 2/3 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri. Persoalan mana satu yang betul? Sama ada PAS terus kekal berkuasa atau UMNO BN akan merampas kita? Apa pilihan rakyat Kedah? Mari kita lihat apa kata PAS dan UMNO melalu imedia seperti Harakah dan Berita Harian. Terpulang pada anda untuk membuat penilaian yang terbaik. Undi di tangan rakyat Kedah.


PAS Kedah berkeyakinan parti itu mampu mencatatkan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan kekal memerintah dengan majoriti 2/3.

Bercakap kepada media pada 21 Februari 2011, Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selepas merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, kelmarin.

"Sasaran kita pada PRU 13 nanti adalah untuk tambah kerusi DUN, sekurang-kurangnya kita dapat tambah hingga memperoleh majoriti 2/3 untuk terus kekal mentadbir Kedah. "Kita telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang mampu memberi kemenangan pada PAS apabila diadakan PRU 13 melalui maklum balas positif dari cawangan-cawangan di seluruh negeri.

"Jentera-jentera parti kita di semua peringkat juga sentiasa berusaha bagi memantapkan kekuatan dan menarik sokongan pengundi kepada PAS dari pelbagai aspek," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan kerusi-kerusi terbabit kerana menurutnya ia adalah strategi parti yang tidak perlu didedahkan kepada musuh.

Menurut Azizan yang juga Menteri Besar Kedah, keyakinan beliau itu adalah bersandarkan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri itu dengan lancar tanpa sebarang isu yang mampu menggoyahkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan dan ketelusan pentadbirannya.

"Keyakinan saya amat tinggi sebab tidak timbul isu dalam negeri yang membolehkan rakyat menolak PR dan kita juga telus dalam pentadbiran, ekonomi semakin stabil, tiada gejala rasuah dan perancangan pembangunan sedang berjalan.

"Rakyat mampu menilai apa yang kita lakukan dan kita yakin rakyat juga akan memilih kita pada pilihan raya akan datang," katanya.

APA PULA KATA UMNO KEDAH?


LANGKAH Badan Perhubungan UMNO Kedah melantik timbalan ketua bahagian memegang beberapa jawatan penting dalam UMNO negeri adalah petanda jelas berlaku angin perubahan yang lebih agresif dan berani sedang berlaku demi memastikan parti utama orang Melayu itu terus gah untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Pelantikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz yang sebelum ini Setiausaha Kerja UMNO negeri ke jawatan Setiausaha Badan Perhubungan yang baru menggantikan Datuk Nawawi Ahmad, manakala Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim dilantik sebagai Bendahari menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang dilantik Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri adalah gambaran kesungguhan parti itu untuk menawan kembali Kedah.

Bagi Ahmad Bashah pula, alasannya cuma satu iaitu untuk memastikan semua ketua bahagian memberi tumpuan terhadap tugas hakiki mereka bagi memastikan segala isu rakyat pada peringkat akar umbi menerima sentuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti itu merampas semula pemerintahan di Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Katanya, tindakan itu adalah selaras komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui gagasan 1Malaysia yang mahu supaya denyut nadi rakyat dirasai dan diberi perhatian sewajarnya oleh kepimpinan UMNO peringkat negeri.


“Saya sudah berbincang dengan Ibu Pejabat UMNO dan presiden parti dan saya ambil pandangan mereka. Saya mahu ketua UMNO bahagian beri sepenuh perhatian kepada bahagian masing-masing," katanya.


Sebenarnya, titik tolak kebangkitan UMNO secara agresif bermula ketika Kedah dilanda banjir besar pada November tahun lalu yang menyaksikan segala jentera digerakkan bagi memastikan nasib rakyat yang mengalami musibah terbela.


Hikmah di sebalik bencana itu ialah ada usaha yang dilakukan kepemimpinan UMNO pada peringkat bahagian termasuk melalui sayap Pemuda, Wanita dan Puteri meruntun hati rakyat yang mula melihat kesungguhan UMNO mendekati mereka selepas diberi isyarat pada pilihan raya lalu.


Tindakan agresif pemimpin UMNO negeri yang tidak henti-henti bekerja siang dan malam turun padang bagi memastikan rakyat tanpa mengambil kira latar belakang politik mereka mendapat bantuan sewajarnya berjaya menenggelamkan imej seteru politik mereka dan meningkatkan imej parti itu di mata rakyat.


Impaknya kini mula dirasai oleh rakyat dan UMNO sendiri perlu mengambil kesempatan ini untuk mengekalkan momentum dalam usaha mereka menawan semula Kedah pada pilihan raya umum nanti.


Atas sandaran ini, ditambah pula dengan program dirangka bagi tahun ini, UMNO Kedah berani melahirkan keyakinan untuk mampu meraih kemenangan lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Ahmad Bashah melahirkan keyakinannya BN mampu menang di 31 kerusi daripada 36 yang dipertandingkan pada pilihan raya nanti. Ini bersandarkan kepada mood pengundi yang berubah dan mula beralih kepada BN apabila menyedari ada banyak kelemahan dalam kepemimpinan negeri yang diterajui pembangkang ketika ini.


Azizan bagi pihak PAS yakin memperolehi lebih majoriti 2/3 kerusi DUN manakala UMNO kata mereka mampu menawan 31 daripada 36 kerusi DUN Kedah.

Tepuk dada tanyalah selera pengundi. Yang pasti rakyat Kedah mahukan pembangunan yang diurus tadbir dengan baik, mendapat keberkatan di sisi Allah dengan perlaksanaan program-program kebajikan. Yang pasti rakyat Kedah kekal selesa dengan pentadbiran Azizan ketika ini, hasil negeri bertambah, Sultan semakin disanjungi, pemimpin dihornati, rasuah diperangi, dan yang paling penting hukum agama sentiasa didaulatkan.

 
Read rest of entry

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online