www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 21 June 2011

DATUK MAHFUZ,DATUK TAIB DIGUGUR, KHALID DAN SAA'RI DIAMBIL SEMULA. Kenapa dan Sebab Apa?

   
SHAH ALAM, 21 Jun: Khalid Samad dan Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, turut dilantik adalah Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad sebagai  TPJ I manakala Salehin Muhyi TPJ II.

Khairudin Othman telah dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan manakala Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari perhubungan yang baru.

Sementara Cikgu Jaafar Samsudin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS negeri.

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Ali telah dilantik ahli perhubungan bersama dengan seorang lagi Exco Selangor dari PAS, Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.


PAS Kedah gugur Mahfuz dan Taib Azzamuddin
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan anggota Parlimen Baling Datuk Taib Azamuddin Md Taib masing-masing digugurkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dan III PAS Kedah bagi penggal 2011/2013.

Keputusan menggugurkan dua nama besar parti itu diputuskan dalam mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS negeri di Kompleks PAS Kedah di Batu 9, Kota Sarang Semut, dekat sini, malam tadi.

anwar and azizan pc on kedah penang issues 050709 azizanMenteri besar merangkap pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kanan) berkata tempat mereka masing-masing digantikan oleh exco kesihatan, Dr Ismail Salleh dan bekas ADUN Belantek, Md Isa Shafie.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala jawatan setiausaha, bendahari, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya negeri turut berubah.

Jawatan-jawatan itu diisi oleh pegawai khas (penerangan) menteri besar, Musoddak Ahmad, exco pertanian Datuk Ir Amiruddin Hamzah dan bekas setiausaha PAS Kedah, Senator Yusuf Husain.

Musoddak mengambil alih jawatan setiausaha PAS negeri daripada Senator Yusuf yang dilantik pengarah pilihan raya PAS Kedah manakala Ir Amiruddin dilantik bendahari menggantikan exco agama dan pelajaran Datuk Taulan Mat Rasul.

Azizan berkata jawatan ketua penerangan PAS Kedah yang sebelum ini disandang Ir Amiruddin diserahkan kepada setiausaha politik beliau, Mohamad Sanusi Md Nor manakala penolong setiausaha diisi wakil Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kedah, Aizat Zakaria.

"Perubahan ini dibuat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 supaya sesuai dengan perubahan peringkat PAS Pusat dalam muktamarnya awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan Bank Islam Thailand di Seri Mentalon hari ini.

Beliau berkata Ahmad Yahya dikekalkan sebagai ketua Dewan Pemuda manakala exco kebajikan dan pembangunan Wanita, Siti Aishah Ghazali (ketua Dewan Muslimat) dan Sheikh Mohamad Abdullah (ketua Dewan Ulama).

Bagaimanapun Pemimpin yang digugurkan daripada senarai jawatankuasa kepimpinan baru parti secara automatik tersenarai sebagai anggota jawatankuasa (AJK) Dewan Harian PAS Kedah, kata Azizan.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online