MELAKA 19 Jun – Rakyat perlu berhati-hati dan jangan cepat terpengaruh dengan gelagat pemimpin yang berselindung di sebalik imej warak tetapi secara diam-diam melakukan maksiat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pemimpin yang korup moral itu sewajarnya perlu ditolak oleh rakyat dan bukannya dijulang selaku orang layak untuk dijadikan sebagai pemimpin.
Menurutnya, jika rakyat terus percaya terhadap pemimpin yang korup moral, ia sudah pasti akan memberi kesan negatif terhadap cara hidup masyarakat hingga boleh menjejaskan kepimpinan negara.
“Malaysia tidak boleh dijadikan seperti negara-negara Barat di mana pemimpin mereka membenarkan dan mengiktiraf maksiat, seks bebas dan sebagainya.
“Jika rakyat masih percaya terhadap pemimpin yang secara terang-terangan melakukan maksiat ia akan menyebabkan budaya hidup masyarakat di negara ini mengalami keruntuhan akhlak yang teruk,” katanya.
Beliau berucap pada majlis makan malam dan penyampaian hadiah sempena program Mencari Harta Karun 2011 anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) di Restoran Quayside, Banda Hilir di sini malam tadi.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayan dan Warisan Negeri, Datuk Latif Tamby Chik; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Yang Dipertua BKUM, Kamsari Nor.
Kira-kira 100 kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad menyertai program tersebut menghadiri majlis tersebut.
( Malang sungguh rakyat negeri Melaka yang mendapat Ketua Menteri kaki temberang yang bernama Ali Rustam. Apa yang beliau ucapkan tak masuk akal, malah tak sesuai pun dengan suasana majlis yang lebih santai tapi dibuat ucapan politik. Pasti yang hadir tersenyum nipis sebab apa yang dikata Ali Rustam sebenarnya terkena batang hidung dia sendiri. Dia nak katanya pemimpin pembangkan korup ataupun rasuah tapi dia sendiri telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah dalam Umno sehingga dilarang bertanding dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Umno suatu ketika dulu. Memang Ali ni jenis kaki penipu dan jenis tak malu agaknya. Malang rakyat Melaka dapat Ketua Menteri rasuah ni...malang...! )
0 comments:
Post a Comment