Setelah dua minggu khabar angin bertiup kencang tentang pembelian cincin bernilai RM24 juta, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya bersuara dan menyifatkannya sebagai satu fitnah dan tidak ada masa mahu melayannya.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.
14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.Bantu rakyat
Menurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.
Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.
Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.
Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah.... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).
“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya Pokok Sena, Kedah, semalam dan dipetik Berita Harian Online hari ini.
14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.Bantu rakyatMenurutnya berdasarkan maklumat yang diterima SAMM, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini.
Badrul Hisham berkata beliau juga mempunyai salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.Katanya, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.
“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” kata Rosmah.
Malaysiakini baru-baru ini ada menghubungi Airoceanic Express Sdn Bhd - yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut. Bagaimanapun syarikat berkenaan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.


"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.
Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.

Sekiranya video itu menarik dan benar-benar menceritakan kejadian sebenar, ia pasti akan menarik perhatian orang ramai menontonnya tanpa dipaksa.


"Jika tidak, macam mana seseorang timbalan pengarah mempunyai kuasa sebegitu besar? Bertindak dan mempercyai dirinya kebal dan boleh terlepas daripada hukuman? Dan dia bukan orang baru. Dia ada 19 tahun (pengalaman) dalam SPRM dan tiba-tiba bertindak sebegitu angkuh.


Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".
"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?









