www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday, 16 March 2011

BASHAH & MUKHRIZ GILA TALAK? AZIZAN KENAPA BERDIAM DIRI?


Umno Kedah yang diketuai Ahmad Bashah dan Mukhriz semakin menggila menyerang PAS Kedah yang telah mentadbir Kedah Sejahtera selama tiga tahun seakan-akan Kedah milik makbapak mereka. Utusan pula menjadi alat propaganda jahat untuk memburukkan pentadbiran PAS  di Kedah. Umno dan BN sudah diceraikan rakyat Kedah pada PRU12 yang lalu, kini seolah-olah mereka menjadi "gila talak" kerana terasa gian untuk kembali merampas pentadbiran Kedah untuk menjadi milik Umno semula. Mimpikah Bashah dan Mukhriz ini? Atau itulah agenda perang saraf melalui media untuk tujan mengelirukan rakyat Kedah.

Kerja Umno ni tak seberapa pun cuma nampak gah kerana dibantu oleh media kerajaan. Mungkin rakyat Kedah pun sudah lupa pada Umno Kedah disebabkan kejayaan PAS mentadbir Kedah sehingga menjadi sanjungan pihak istana dan rakyat jelata. Negeri Kedah semakin maju, hasil kerajaan negeri semakinmeningkat, perpaduan semakinbaik, kesejahteraan dan kebajikan rakyat semakin terbela, jadi apa yang Umno dok bising-bising setiap hari ni?

Umno bising sebab nakkan jawatan sahaja, untuk mendapatkan jawatan mereka mestilah menawan dan merampas kerajaan negeri dari PAS, itu sahaja motif pemimpin seperti Bashah dan Mukhriz, kemudian mereka pula akan melanun harta kerajaan negeri untuk kroni-kroni Umno. Inikah pilihan rakyat Kedah? Tidak, Umno akan terus tersungkur di pintu masuk Langkawi kerana iat dan agenda kejahatan mereka memang menyusahkan rakyat Kedah.

Bashah dan Mukhriz sibuk melalak menyoal apakah kejayaan PAS dalam masa tiga tahun mentadbir Kedah. Namun Azizan belum lagi menjelaskan kejayaan tersebut adakah bersamaan dengan manifesto pilihanraya PAS pada PRU12 yang lalu. Kenapa Azizan mengambil masa melihat karenah nakal Umno Kedah ni? Azizan masih mimpikah? Atau Azizn masih berkira-kira nak jawab atau tidak?

Jika Azizan angga Bashah dan Mukhriz ni sebagai gila talak jadi tak perlulah jawab, bimbang nanti mereka jadi meroyan pulak dan jika perlu dijawab pun kenalah bahasa yang baik bimbang mereka kesejahteraan pentadbiran PAS.nanti jadi sasau apabila semua rakyat faham dan tetap setia bersama kerajaan negeri di bawah payung pentadbiran PAS.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online