Bekas pengasas Puteri Umno kata Puteri kini semakin rongak? Manakal istilah semakin koma memang sesuai dilabelkan untuk Puteri Umno hari ini. Dengan kelesuan puteri, kekurangan imej yang baik dalam media, kesombongan Rosnah sebagai ketua yang hanya pentingkan jawatan, skandal naib ketua yang menetap di Kedah, masalah dengan Wanita Umno menjadikan Puteri semakin parah dan lesu sehingga tidakpun diperkatakan orang seperti zaman Azalina yang garang dulu. Sindrom mandom ini sebenarnya mmberikan kelebihan buat Pakatan Rakyat dikalangan Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan yang lainnya kerana tugas mereka menjadi semakin mudah untuk melawan tenaga anak muda Puteri Umno yang semakin pupus ini.
Ada orang berkata Puteri kini menjadi mangsa kepada pemimpin Umno sendiri, bagi yang berjawatan Ketua Bahagian sehinggalah bertaraf Menteri, ada sumber yang memberikan maklumat sang Puteri ini boleh diusung ke sana-kemari sebab mereka hanya pentingkan keseronokan dan kemewahan yang ditaja oleh pemimpin atasan. Walaupun tidak semua ahli Puteri berperangai demikian namun sikap sebahagian mereka mencemarkan maruah Puteri yang semakin pupus ditelan zaman kebangkitan rakyat.
Jika Rosnah tidak dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan maka takkan ada siapa mengenali beliau. Jawatan itulah yang menjadi target Rosnah apabila kumpulan beliau berjaya menguasai Puteri dalam pemilihan yang lalu dan akhirnya apabila jawatan sudah berada dalam tangan maka akan lupalah mereka agenda perjuangan Puteri.
Terkini Rosnah cuba menjerit dalam media dengan bercakap tanpa usul periksa apa kata Ketua Puteri Umno ini, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten. Inilah standard minda Ketua Puteri Umno kini, patutlah dia lebih banyak berdiam diri dengan media sebab jika dia bercakap dalam media maka akan terserlah kebodohan beliau.
Rosnah pantas ditempelak oleh Muslimat PAS melalui Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi telah menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.
Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik. "Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.
"Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan," kata beliau.
Athirah juga berkata, Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat. "Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR," katanya.
Betul kata bekas orang besi Puteri dan juga pengasas Puteri iatu YB Azalina Othman terhadap Rosnah dan Puteri zaman ini yang semakin tidak berseri dan semakin menjadi bahan ketawa pemimpin Umno sendiri.
Siapa yang tidak kenal Azalina yang telah menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya dilantik menjadi Ketua Puteri UMNO pada 1 November 2002 sehingga 2004. Beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 31 Mac 2004 hingga 17 Mac 2008 sebelum memegang portfolio Menteri Pelancongan pada 18 Mac 2008 hingga 8 April 2009.
Komen panas Azalina dalam Agendadaily yang cuba disembunyikan ialah,
“Tak mahu komenlah. Yang penting bagi saya ialah kita kena betulkan Puteri. Saya takut Puteri UMNO dibubarkan. Sebab kalau dia tak main peranan yang signifikan, tidak agresif dan tak jadi safe deposit pada UMNO… tutup ajalah Puteri UMNO. Itu mungkin penyelesaiannya.
Memang Puteri Umno semakin tidak relevan, mereka hidup dengan skandal panas maka wajarlah uteri Umno ini dicampakkan ke dalam muzium Umno sahaja. Pemimpin mereka hanya pentingkan jawatan sahaja. Buat anak-anak gadis Malaysia bersamalah gadis reformasi Pakatan Rakyat berubahlah sekarang Selamatkanlah Malaysia.
“Ini Puteri kena lantang selantang Pemuda dan Wanita, Kalau tak boleh lantang, macam mana? Masalah lah,” kata Azalina,
Azalina berkata, beliau melihat Puteri UMNO pada ketika ini ada kejanggalan. “ Macam rongak sebab dah ada macam jurang dalam kepimpinan. Harapan saya nak tengok Puteri kembali digeruni.
“Saya bersedia membantu mana-mana pihak sama ada Datuk Rosnah Shirlin (Ketua Puteri UMNO) atau Shahanim (Naib Ketua Puteri) mahupun peringkat negeri dan bahagian. Puteri tak boleh berfikiran dalam kotak. Kena fikir seperti bola. Ada rolling effect dan bukan stagnant effect.”
Memang Puteri Umno semakin tidak relevan, mereka hidup dengan skandal panas maka wajarlah uteri Umno ini dicampakkan ke dalam muzium Umno sahaja. Pemimpin mereka hanya pentingkan jawatan sahaja. Buat anak-anak gadis Malaysia bersamalah gadis reformasi Pakatan Rakyat berubahlah sekarang Selamatkanlah Malaysia.
Soalnya apakah beliau kecewa dengan keadaan Puteri UMNO sekarang yang dikatakan kurang bermaya dan ibarat seperti kapal kehilangan Nakhoda?
“Saya bukan kecewa, tetapi terkilan sebab dia kena faham politik. Kalau kita nak orang puji kita sahaja, jangan masuk politik. Politik ni kejap ada jawatan dan kejap tak ada. Kejap ada kerja, kejap tak ada. Ada orang suka dan ada tak suka.
0 comments:
Post a Comment