Bergegar satu Malayisa Isu DNA Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dicanangkan oleh semua lapisan kepimpinan Umno dan BN yang menggesa DSA diambil darah bagi tujuan DNA. Selepas seorang bloggers mencadangkan agar Najib juga diambil DNA beliau untuk dipadankan dengan suatu kes letupan dahulu maka giliran yang ketiga ialah Umi Hafilda sama ada sepadan dengan DNA pada Baginda Minda. Jika Umi lantang menafikan segala dakwaan Banginda Minda maka bersedialah memberikan DNA beliau kepada Jabatan Forensik untuk dianalisis. Bersediakan Umi Hafilda?
Bagi Najib pula, serahkanlah DNA anda jika berani membuat pengakuan seperti sebelum ini bahawa ia tidak pernah mengenali seorangwanita Mongolia yang mati bersepai di bom C4 suatu ketika dulu. Dua orang kuat Najib dibicara di mahkamah tapi Najib selesa hidup di Putrajaya. Jika Najib anak jantan, ayuh Ketua Pemuda Umno buatlah demontrasi agar PM menyerahkan DNA beliau, adakah KJ yang penakut itu akan menjadi berani?
Kes berprofil paling tinggi apabila seorang Menteri kanan Najib yang menerajui RTM diliputi awan skandal dengan seseorang maka bersediakan menteri berkenaan menyerahkan DNA beliau? Begitu juga dalam kes profil tinggi Noritta suatu masa dulu, bersediakah bekas Menteri Besar negeri utara semenanjung memberikan DNA beliau? Begitu juga kes panas di Pot Dickson, bersediakan pemimpin berprofil tinggi menyerahkan DNA beliau?
Memaksa dan mendesak DSA bermakna akan menelanjangkan semua pekung-pekung dosa pimpinan Umno dan BN tanpa mereka sedari. Ayuh pemuda Umno buatlah 1000 demontrasi pasal DNA DSA, maka akan ada 1000 kali pekung pemimpin anda akan muncul satu persatu. Bermula dengan kes Umi Hafilda dan seterusnya akan merebak ke RTM jika demontrasi ini menular ke sana.
Isu DNA ini sudah menjadi bualan semasa dan diperhatikan mata-mata rakyat, maka semua pemimpin BN bersedialah menyerahkan DNA anda dalam masa yang terdekat ini, jika tidak bersaih maka peluang anda untukmenjadi calon dalam PRU13 menjadi suram Selamat tinggal BN.
0 comments:
Post a Comment