www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 18 March 2011

PILIHANRAYA SARAWAK DIUMUM PADA 24 APRIL 2011? Tarikh Keramat Kejatuhan BN

Teka-teki mengenai tarikh sebenar pilihanraya Sarawak semakin menjadi kenyataan. Perkara wajib yang tidak boleh diundurkan oleh BN dan Taib ialah mengisytiharkan tarikh pilihanraya peringkat negeri Sarawak dalam masa yang terdekat. Adakah BN Sarawak merasa cemas menghadapi saat kejatuhan mereka di bumi kenyalang? Atau masih belum bersiap mengemas segala harta mereka? Kini menjadi persoalan kenapa Ketua Menteri sangat payah untuk menghadapi saat-saat pengumuman pilihanraya yang pasti berlaku.

Kini Taib sentiasa dikejar oleh para wartawan untuk mengetahui bilakah beliau bersedia mengumumkan tarikh keramat tersebut apatha lagi Taib dilihat bertemu dengan YDP Negeri semalam. Adakah Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memaklumkan hasrat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng?

Perkara itu menimbulkan tanda-tanya apabila Abdul Taib mengadakan pertemuan bersama Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri bermula pukul 9.40 pagi ini.

Kegagalan mendapatkan reaksi beliau di situ menyebabkan wartawan bergegas ke Wisma Bapa Malaysia dan 'berkampung' di lobinya dengan jangkaan Abdul Taib akan mengadakan sidang media mengumumkan pembubaran DUN Sarawak.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Sarawak semakin hangat diperkatakan berikutan kehadiran beberapa menteri Pusat ke negeri ini bermula kelmarin.

Kemuncak kehadiran pimpinan Kerajaan Persekutuan ialah pada Sabtu ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri program Sejiwa Senada Bahagian Kota Samarahan di pekan Serian sebelum mengadakan kunjungan ke beberapa lokasi secara berasingan pada hari yang sama.

Ramai pemerhati politik membuat telahan bahawa DUN Sarawak akan dibubarkan pada hujung bulan ini termasuklah penganalisis politik terkenal di negeri ini, Dr. Jeniri Amir.

Pada penggal terdahulu, pembubaran DUN Sarawak diumumkan Abdul Taib pada 24 April 2006 melalui sidang akhbar khas di Bilik VIP, Hangar Hornbill Skyway, di sini.

Adakah Tain akanmemilih tarikh 24 April 2011 untuk mengumumkan perkara yang sama. Sama-samalah kita nantikan.


Kemenangan DAP di Parlimen Sibu pada tahun lepas dengan sokongan majoriti melebihi 4000 undi memberi petanda kebangkitan rakyat Sarawak untuk menukar kerajaan baru dan perkara inilah yang menggusarkan Taib Mahmud. Sebab itulah Taib terlalu payah untuk menetapkan tarikh pilihanraya di Sarawak.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online