Rakyat yang telah terlibat dengan demontrasi bagi mendaulatkan hak rakyat telah digelar sebagai "Beruk Jalanan" oleh Ketua Pemuda Umno dan BN Sdr.Khairy Jamaluddin sedikit masa dulu. Pemimpin BN pula mahukan PDRM menangkap serta menghalang para demonstrator rakyat daripada terus berarak di jalanraya. Kini apa pula kata KJ terhadap demontrasi anjuran UMNO dan NGO yang sokong UMNO semata-mata ingin mendesak DSA menyerahkan sampel bagi tujuan DNA bukan pun kerana masalah rakyat seperti kenaikan harga petrol dan baranga. Inilah kerja orang Umno bodoh tidak bertempat. Adakah mereka ini juga "beruk jalanan"? Atau "Monyet Jalanan"? Adakah KJ yang bacul tersebut berani berkata demikian.
Hal beruk jalanan ini bermula di Parlimen apabila KJ sendiri menggunakan kekebalan Parlimen dengan menggelar para demonstrator rakyat sebagai beruk jalanan. Kali ini istilah beruk jalanan bergema kembali di Parlimen apabila dibangkitkan oleh YB Dr.Hatta Ramli semasa dalam perbahasan isu DSA dan DNA dalam Parlimen baru-baru ini.
Dr.Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf terkoyak. Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.
"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.
Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.
"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.
"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.
Sekarang rakyat berhak menjemput KJ untuk berucapa di mana-mana pentas rakyat bagi menggelar pemuda Umno atau NGO Umno atau Wanita Umno yang terlibat denganmana-mana demontrasi mendesak DSA menyerahkan DNA sebagai "beruk jalanan".
0 comments:
Post a Comment