www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 17 March 2011

Pesta Saman Orang...UMI SAMAN RM100 JUTA, GOBALA SAMAN S RM12 JUTA?

Setelah YB Gobala akan memfailkan saman terhadap YB Saifuddin sebanyak RM12 juta jikapun menjadi kenytaan maka hariini seorang lagi bernama Umi Hafilda pula akan mengeluarkan saman pemula terhadap Malaysiakini dan Baginda Minda sebanyak RM100 juta. Itu belum masuk kes-kes lain lagi yang mungkin mencecah ratusan juta lagi. Sekarang di Malaysia menjadi pesta saman-menyaman setelah kontoversi "Saman Ekor" kepada rakyat baru-baru ini.

Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan writ saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap ahli perniagaan Baginda Minda ekoran artikel fitnah yang disiarkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini yang didakwa menjatuhkan maruahnya.

Umi Hafilda selaku plaintif menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui firma guaman Tetuan Sahrihan & Hamdan pada pukul 1.30 petang di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif turut memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan secara sendiri atau melalui ejen, pekerja, wakil atau sesiapa pun daripada mengucapkan perkataan fitnah atau menulis atau menyebarkan atau menerbitkan artikel fitnah atau yang serupa dengannya dalam portal berita itu atau media-media cetak lain. Utusan)

Kenapa Gobala saman pada jumlah yang kecil masih menjadi perhatian umum, sama ada dia yakin menang atau tidak atau bergantung kepada kemampuan membayar kos guaman agaknya. Aapapun biarlah mahkamah menjalankan tugasnya mencari kebenaran supaya ditegakkan.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online