Pertembungan dua MB Perak ini sentiasa panas dan yang terbaru bekas MB Perak yang sah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta sidang DUN Perak yang akan datang biarlah aman daripada kawalan ketat pihak Polis. Tidak sampai beberapa saat sidang media MB Haram Zamri kata sidang DUN Perak selamat dan tidakpun di kawal ketat. Nampak gayanya MB Haram Perak ini nak sangat berbohong kepada orang ramai? Dah le naik jadi MB ikut pintu haram lepas tu sentiasa nak berbohong pulak, kesian MB Zamri ni.
Dalam sidang medianya, Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada campur tangan polis.
Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.
Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).
“Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami.
"Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan,” katanya yang dilapor TV Selangor.
Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti
Sementara itu dalam siri pembohongannya pula, MB Haram Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata persidangan yang berlangsung November lalu menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.
"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di Ipoh bagi mengulas kenyataan ADUN Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.
Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.
Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa.

Apa yang terpapar dalam semua media pada laporan persidangan DUN Perak November 2010 yang lalu ialah begitu ramai anggota polis yang berkawal diluar pagar DUN sehinggakan jumlah pengawal keselamatan menjadi lebih ramai dari jumlah semua ADUN yang datang bersidang. Zamri butakah, jika tak nampak bilangan anggota Polis yang terlalu ramai november lalu, atau zamri memang suka berbohong?
Apapun kita tunggu sidang DUN Perak pada 5 April 2011 nanti. Jika jumlah anggota Polis lebih ramai dari bilangan ADUN maka memang sahlah Zamri ni jenis pembohong besar.
0 comments:
Post a Comment