www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Sunday, 4 December 2011

RAIS YATIM KETAR LUTUT BILA DISURUH BERUNDUR........ NAJIB KATA "CUKUPLAH RAIS..."

Sejak Datuk Seri Najib Tun Razak bersuara fasal minta mana-mana pemimpin yang fikir tak boleh memenangkan parti dalam komponen BN dalam PRU 13, macam-macam suara kedengaran.

Ikut hukum politik, tentu sukar mereka yang sudah berada kedudukan di atas atau jadi wakil rakyat mahu lepas jawatan atau enggan bertanding buta-buta saja.

Bagaimanapun bagi Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, saranan Presiden UMNO itu menunjukkan bahawa pemimpin jangan fikir sendiri dan kalau Perdana Menteri membuat penilaian, ia harus diterima.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, mereka yang berkenaan jangan kecil hati kalau tidak terpilih.

“(Saranan Presiden UMNO) Itu benar. Hanya itu cara UMNO boleh menang,” katanya kepada Agendadaily ketika mengunjungi Laman Media di PWTC, petang Jumaat.

 Mengulas cakap-cakap kononnya beliau juga membayangkan sedia tidak bertanding lagi, Rais berkata, “Kita mesti luah sebab untuk tunjuk pendirian..jangan orang lain yang cakap,”.

Menjelaskan lebih lanjut, Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan itu berpendapat, sesiapa sahaja pemimpin yang mendapat sambutan di peringkat akar umbi, mesti diambil kira oleh Perdana Menteri dalam membuat keputusan menentukan calon.

“Itu mesti PM  ambil kira, selepas itu terpulang pada dia,” katanya tidak menolak cadangan Agendadaily supaya semua wakil rakyat BN menyerahkan kepada PM menentukan sama ada mereka layak kekal atau jadi calon.

Katanya, cadangan itu adalah terbaik tetapi  suara akar umbi mesti diketahui pemimpin atasan.
Beliau memberi contoh suara akar umbi termasuk daripadaJjabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) JASA, polis, tentera yang turut mengumpul maklumat  mengenai calon.

“Selepas kumpul, PM boleh ketahui daripada banyak sumber dan suara Bahagian juga wajar didengar...setelah tengok majoriti di  bawah, beliaulah (PM) buat kesimpulan, tak boleh hanya ketua perhubungan negeri saja (buat laporan),” tegas Dr Rais.

Menyentuh dirinya yang yang beliau sendiri sebut sebagai  The Last Mohican  apabila ditanya secara peribadi sama ada mahu kekal bertanding pada PRU13, Dr Rais menjawab sambil ketawa; ”Saya tak boleh kata pertahan tapi kalau PM kata dah cukuplah wahai Rais....( saya akan jawab)  no problem, Sir..."

Apapun beliau tegas berkata  penggantinya hendaklah calon  yang mesti menang.”.

Dr Rais adalah antara beberapa orang Ahli Parlimen yang paling lama masih berkhidmat.-2/11/2011- OLEH ROSLAN BIAN

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online