www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 8 April 2011

"PEDIHNYA OPERASI 3B SPRM" : KELUARGA BERSEDIH, KASTAM BERKABUNG, SPRM BERHANTU.....

Suasana pilu menyelubungi saat-saat akhir jenazah Allahyrham semasa urusan pengkebumian di tanah perkuburan Islam Kota Damansara. Mengalir air mata kebanyakan daripada hadirin yang pastinya adalah kaum keluarga serta rakan setugas Allahyarham. Apakah iktibar yang telah dipelajari oleh semua pihak? Kini nilai nyawa manusia menjadi taruhan dalam siasatan SPRM.

Begitulah petanda bahawa kejadian tragik yang seolah-olah dinampakkan sebagai "membunuh diri" oleh beberapa media adalah suatu yang amat menjengkelkan. Tidak ada imankah simati semata-mata untuk membunuh diri di bangunan SPRM? Sanggup beliau datang berpuluh batu ke bangunan SPRM untuk membunuh diri beliau?

Mustahil berlaku dengan keadaan keperibadiaan beliau yang dikatakan selalu menjaga solat dan beliau juga adalah orang Melayu yang sudah tentulah Islam, maka dengan istilah Islam dan Melayu inilah maka setiap insan pasti tahu apakah hukumnya membunuh diri. Kita harapkan itu bukanlah kejadian yang sebenarnya berlaku. Yang penting ialah tubuhkanlah badan penyiasat yang adil dan telus untuk menyiasat kejadian yang sebenar. Jika perlu tubuhkanlah sebuah suruhanjaya bebas demi menegakkan keadilan kepada semua pihak.

Kepada SPRM pula, adakah cukup dengan menggantung dua orang pegawai bertugas sudah cukup menunjukkan rasa pertanggungjawaban  terhadap kelalaian dalam masa bertugas? Rakyat sudah bosan dengan ketidakcekapan SPRM menjalankan tugas apatah lagi hanya pegawai sahaja yang menjadi kambing hitam.  Sepatutnya Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Datuk Seri Abu Kassim yang sepatutnya digantung tugas jika tidak boleh dipaksa meletak jawatan sekalipun. Beliau adalah kepala atau ketua SPRM maka beliau harus bertanggungjawab. Ini kes kematian kali kedua di bangunan SPRM yang melibatkan kes kematian iaitu kes yang sangat besar pada pandangan masyarakat umum.

Adakah Nazri terasa bangga kerana berjaya mempertahankan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM apabila terdapat desakan untuk beliau meletak jawatan atau digantung tugas? Kenapa Nazri ingin bermusuh dengan pegawai Kastam? Adakah diminda beliau menyatakan bahawa semua pegawai kastam melakukan aktiviti rasuah? Maka sebab itulah Nazri mengugut pegawai kastam jika mereka menyertai demo untuk menyatakan rasa keprihatinan dengan menuntut segera penyiasatan yang adil? Kenapa Nazri beria-ia sangat membela KP SPRM? Nazri tak sedar ke bahawa nama Malaysia menjadi harum dengan kes kematian di pejabat SPRM ini? Nazri buta matakah apabila semua dunia memperlekehkan SPRM? Hanya Nazri ada jawapannya.

Bagi pihak Kastam pula, buatlah sesuatu demi kebaikan semua  pihak, bersihkanlah nama daripada cemuhan Nazri dan masyarakat yang menyatakan Kastam sebagai lubuk rasuah. Buktikan kepada masyarakat segala kerja anda adalah yang terbaik untuk semua. Bagi pegawai Kastam yang akan melalui proses soalsiasat dengan SPRM maka janganlah biarkan pegawai Kastam pergi seorang diri, pegawai ini mestilah ditemani pegawai yang lain ataupun disediakan seorang peguam kerajaan demi untuk menjaga keselamatan pegawai kastam daripada berulang  kejadian terjatuh bangunan tinggi dan menyebabkan kematian.

Bagi keluarga Allahyarham, bersabarlah dengan ujian Allah. Setiap kehidupan pasti ada saat kematian. Saya percaya semua rakyat Malaysia amat bersimpati dengan keluarga simati. Kami  pasti akan bertindak serta berdoa agar siasatan yang adil dan telus dapat dilakukan segera oleh kerajaan demi menjamin kebenaran akan ditegakkan.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang. Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Apakah jaminan kerajaan dalam kes kematian ini? Sudah dua kali kejadian kematian membunuh diri atau dibunuh berlaku di bangunan SPRM. Maka apakah langkah efektif yang boleh dilakukan agar nyawa pegawai kerajaan yang disiasat tidak lagi menjadi taruhan?

Jika kedua-dua simati dapat dibuktikan terlibat dengan kes salahlaku rasuah sekalipun tapi takkanlah sampai mereka untuk membunuh diri kecuali ada sesuatu kes yangg lebih besar diselindungi oleh mereka? Kenapa ramai lagi yang disoalsiasat SPRM tidak pun membunuh diri? Mesti ada sesuatu yang berhantu di SPRM?


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online