www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 5 April 2011

SEBAB APA ANWAR DIZALIMI ? ADA VIDEO SEKS SAMA TETAPI PELAKONNYA IALAH NAJIB DAN ALTAN....YA? Rakyat Jadi Hakim

Pelakon Upahan Rahim
Perbuatan yang sangat tidak bertamadun, menjijikkan, menzalimi orang, kuno adalah perkataan sesuai dengan konspirasi Umno menjahanamkam Anwar melalui tayangan umum video seks yang dikatakan melibatkan Anwar. Apa akan jadi jika selepas ini ada video yang sama tetapi pelakonnya ialah Najib dan Altantunya? Politik tidak bertamadun ini secara ironisnya ditafsir sebagai konspirasi jahat yang diatur oleh pihak atasan Umno sebab majoriti rakyat tidak percaya bahawa Anwar akan menjadi pelakon sedemikian apath lagi dilakonkan watak berbogel dan zina dengan disaksikan orang ketiga dalam rakaman tersebut.

Sudah tidak adakah  perasaan belas kasihan,perasaan perikemanusiaan antara sesama manusia dalam diri konspirator Umno? Tidak adakah sedikit iman dalam dada kamu? Kenapa jadikan Anwar macam binatang dengan diaibkan sebegitu rupa? Kenapa dimalukan Anwar dan keluarga beliau dengan perancangan zina yang dirakam ini? Lawan Anwar dengan cara politik dalam medan demokrasi yang sebenar  bukan lawan dengan taktik murahan yang amat-amat mengaibkan insan yang bernama manusia.

Muliakah si Rahim,Shuib dan Shazryl dengn tuduhan zina merea trhadap Anwar hanya dengan rakaman palsu? Gembirakah PM Najib dengan perancangan jahat Umno yang memalukan musuh politik beliau iaitu Anwar? Bertepuk tangankah orang-orang Umno apabila pemimpim utama Pakatan Rakyat dimalukan sedemikian rupa? Inilah bahana apabila kejahatan yang melampau tidak lagi terkawal dalamUmno.

Apa akan jadi jika ada video seks lain? Jalan ceita seks yang sama tetapi pelakonnya ialah Najib dan Altantunya? Shahidan dengan Noritta? Hishamuddin dengan Artis A? Rahim dengan budak perempuan bawah umur? Danbanyak lagi video sedemikian memaparkan adegan seks pemimpin Umno dan BN? Aapakah yang akan dilakukan oleh Ketua Polis Negara pada masa itu? Adakah semua video tersebut akan dibakar? Atau bagaimana? Hancur tamadun politik yang telah terbina begitu baik sejak zaman pemerintaha Kesultanan Melaka dengan kes video lucah tidak bertamadun oleh konspirasi Umno ini.  

KOMEN ORANG YANG TELAH MENONTON VIDEO TERSEBUT

Kenapa pita video tersebut boleh terlepas ke dalam Youtube? Dua sahaja cara ianya terlepas, sama ada melalui Datuk T yang jahat ataupunmelalui Polis. Siapa yng melakukannya? Video lucah hampir dua minit yang dimuatkan di YouTube disunting sebegitu supaya ia hanya memperlihatkan adegan-adegan individu yang mirip wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrulhisham Shahrin.

Badrul menyaksikan keseluruhan video 21 minit itu pada 21 Mac lalu dan mengesahkan klip yang dimuat naik di Youtube diambil daripada rakaman asal. Bagaimanapun klip video di YouTube disunting untuk mempengaruhi orang ramai bahawa individu dalam rakaman itu adalah Anwar, kata beliau.
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia diedit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor.

“Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau.

Badrul yakin Umno berperanan dalam memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu.

Politik Malaysia telah dilacurkan oleh Datuk T atas arahan kepimpinan tertinggi dalam Umno. Nilai peradaban politik Malaysia musnah angkara kejahatan yang telah menular alam diri Umno. Kini video seks itu boleh disakksikan oleh semua rakyat termasuklah pelajar sekolah, untuk  apa? Semata-mata mahu memalukan Anwar.

Dimensi politik yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahmandan diwarisi melalui Tun Razak dikikis sedikit demi sedikit bermula di zamanMahathir sehinggalah akan musnah jua di zaman Najib. Inilah kejahatan Umno. Kenapa Ku Li yang juga pemimpin Umno tidak  percaya kepada kebenaran video seks ini? Kerana beliau ialah ahli Umno yang cerdik. Hanya ahli Umno yang terencat akal sahaja akan mempercayai Rahim dan Datuk T dalam usah aperancangan jahat mereka untuk memalukan Anwar. Ayuh pihak Polis, laksanakan segera tugasan kamu untuk menyelesaikan masalah kejahatan ini, bertugaslah untuk rakyat jelata bukan untuk Umno.

Mengikut kajian Merdeka Ilham Centre menunjukkan majoriti rakyat malayis tidak percaya atas kebenaran video seks ini bahawa pelakonnya ialah Anwar. Rakyat perlu mengajar Umno dalam PRU ke-13 akan datang, tumbangkan Umno dan BN kemudian kita akan bicarakan Najib, Rahim dan lain-lainnya dalam Mahkamah Rakyat di Putrajaya. Selamtkanlah Malaysia Berubahlah Sekarang.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online