www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 11 March 2011

JANGAN BAYAR SAMAN EKOR, BERLAWAKKAH MAHFUZ NI?

YB Datuk Mahfuz iaitu Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Beliau berkata kesemuanya kes boleh diselesaikan di mahkamah. Saranan beliau ialah, "Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.
"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist". Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Adakah sebagai mangsa saman ekor anda bersetuju dengan saranan YB Mahfuz dan KASE ini. Sekali pandang menampakkan keberanian seorang yang berjiwa rakyat dan jika dipandang dua kali akan menyebabkan semua mangsa ekor menjadi susah kerana terpaksa mengikuti prosedur mahkamah.

Berapa banyak kes yang mampu KASE tolong kepada mangsa jika benarlah jumlah mangsa yang hampir 17 juta saman mengikut kata YB Mahfuz ini? Akan adakah bayaran lain untuk proses bicara di mahkamah? Sudahlah kena bayar saman, lepas tu kena bayar duit peguam lagi, mana nak cari duit tu YB?

Tapi yang sebenarnya rakyat kena berani, mangsa saman ekor perlu menjadi rakyat yang merdeka kerana isu saman ekor ini telah menindas rakyat, justeru itu saranan YB Mahfuz ada baiknya untuk menggerakkan momentum kebangkitan rakyat yang tertindas. Lawan tetap lawan.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online