www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 8 March 2011

NEGERI SELANGOR SEJUK UMNO MEMBARA

Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) maju selangkah kehadapan lagi dengan wujudnya sebuah piagam yang akan menjadi dasar pengajian tahfiz di seluruh negeri Selangor kelak. Baru tiga tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR telah berjaya mendaulatkan institusi tahfiz pada tahap yang sebenarnya. Umno dulu tidak mementingkan institusi seperti ini dan apabila pelancaran hal di atas terlaksana maka makin mendidihlah darjah kepanasan Umno Selangor untuk merampas kembali Selangor. Kesian melihat pencacai Umno yang berkempen saban malam untuk menghancurkan PR di Selangor tetapi hampa dan terus hampa.

Menurut sumber Harakahdaily, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Dasar Tahfiz Al-Quran dengan lima objektif utama antaranya melahirkan 500 huffaz profesional pada 2020. Dasar itu dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di sini malam tadi yang berkata, ia merupakan yang pertama dilaksanakan di Malaysia.

Visi dasar itu menjurus ke arah melahirkan generasi Al-Quran profesional yang mahir, berilmu, beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing dan berketrampilan seiring dengan keperluan masa kini. Sebelum itu, Abdul Khalid berucap merasmikan Pertandingan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 2011 yang berlangsung di Auditorium Dewan Jublee Perak, Bangunan SUK, dekat sini. Bagi mereka yang menghafaz 10 juzuk menerima bayaran sebanyak RM1,200, 20 juzuk (RM1,800) dan 30 juzuk (RM3,000).

Apa komen kerajaan BN di Putrajaya? Mereka ada JAKIM tapi hampeh kerana apa yang mampu dikira ialah setiap 15 minit akan berlakulah perceraian dikalangan pasangan Islam di Malaysia. Masalah itupun tak dapat nak diselesaikan. Itulah statistik JAKIM, cuba-cubalah tiru idea baik kerajaan negeri Selangor ni. Tapi kalau JAKIM masih dibawah Jamil Khir, taubat lahum dia akan sentiasa pekak telinga dan buta mata daripada melihat kebaikan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online