www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 10 March 2011

PULAPOL PDRM DITUTUP DILANDA WABAK INFLUENZA ATAU ADENOVIRUS? Seorang Mati

Adakah gejala jangkitan virus kembali menyerang di negara kita menjadi persoalan kerana tiada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Gejala serangan yang dikenali sebagai virus tikus telah menyebabkan kehilangan tujuah nyawa dalam kejadian di Lubuk Yu Maran,Pahang kira-kira setahun yang lepas. Kini dengan tiba-tiba pula Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur pula telah dilanda serangan virus yang telah menyebabkan kematian seorang anggota PDRM. Sekalung takziah buat keluarga Allahyarham. Namun begitu, PDRM, Kementerian Kesihatan dan semua pihak perlulah segera mengambil tindakan secepat mungkin agar serangan virus yang dikenali sebagai"adenovirus" tidak merebak ke kawasan awam yang lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mengesahkan sehingga jam 10 pagi semalam, seorang pelatih Konstabel Mohd Azizan Azirid, 25, dari Kuala Kangsar, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan itu, manakala dua lagi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

“Seramai 28 pelatih turut menerima rawatan di HKL, selepas dikesan mempunyai tanda jangkitan wabak itu, termasuk batuk dan demam. Katanya lagi, semua aktiviti, termasuk program latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini dihentikan serta-merta berikutan penularan jangkitan ‘Adenovirus’ di premis itu sejak Jumaat lalu.

Beliau menambah tindakan lain yang juga telah dibuat pihaknya ialah “Setakat ini, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu," katanya. Selain pelatih, PULAPOL Kuala Lumpur turut mempunyai 854 pegawai dan kakitangan bertugas.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan akhbarnya berkata, 210 pelatih didapati mengalami gejala ‘Influenza Like Illness’ (ILI) di mana dua pelatih masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), 26 pelatih wad biasa dan 182 pelatih diasingkan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan pelatih yang meninggal dunia jam 8.30 malam kelmarin mengalami gejala ILI sejak dua minggu lalu.

“Dua kes yang kini dirawat di ICU didapati positif jangkitan ‘Adenovirus’ manakala pelatih yang lain dilaporkan stabil.

“Hasil siasatan lapangan menunjukkan terdapat jangkitan ‘Adenovirus’ di kalangan pelatih di PULAPOL berdasarkan keputusan makmal 18 daripada 20 sampel dari tekak diambil mendapati 90 peratus adalah positif.

“Disamping itu, tiga daripada empat sampel najis juga positif ‘Adenovirus’. Sehubungan itu, kawalan dan pencegahan dalam kalangan pelatih PULAPOL akan diteruskan setiap hari,” katanya.

Liow berkata, kejadian itu hanya terhad di kalangan pelatih di PULAPOL dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai penularan jangkitan ini di dalam masyarakat.

“Kementerian sudah mengambil tindakan kawalan termasuk mengasingkan kes tidak serius di pusat latihan dan tidak membenarkan pelatih keluar
dari institusi latihan ini serta pelawat tidak dibenarkan untuk melawat pelatih,” katanya

Berhati-hatilah anda dengan gejalan serangan virus terbaru ini. Mengawal lebih elok dari mencegah. Bagi mangsa yang terlibat dan keluarga yang ditimpa musibah maka bersabarlah dan berdoalah kepada Maha Pencipta agar memberikan kita kesembuhan dan berazamlah untuk menjadi hamba yang patuh kepada semua perintahNYA.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online