www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Friday, 11 March 2011

SOALAN LAWAK ADUN UMNO DALAM SIDANG DUN MELAKA

Akibat terlalu berbangga dengan jumlah ADUN yang ramai dalam Dewan Undangan Negeri Melaka kecuali 5 ADUN dari DAP menjadikan ADUN-ADUN Umno dan BN  hanya perlu membuat soalan lawak yang berulang kali cukup sekadar menampakkan ADUN tersebut aktif walaupun soalan itu adakalanya sudah lama dijawab atau tidak perlu dibangkitkan lagi. Itulah standard ADUN Umno dan silapnya ialah rakyat Melaka yang langsung tidak mahu membawa suara rakyat dalam sidang DUN Melaka itu sendiri.

Semalam, semasa mengemukakan soalan lisan oleh ADUN Sg.Rambai iaitu Datuk Hasan Abd.Rahman, beliau memohon agar Kementerian Pelajaran membenarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah sebagai kemudahan menghubungi  ahli keluarga untuk pulang ke rumah.

Soalan ini soalan lapuk sudah dibincangkan secara meluas baru-baru ini, tidakkah ADUN ini mengetahui atau sekadar memberikan soalan lisan sekadar untuk memanjangkan sesi dewan. Inikah masalah rakyat di DUN Sg.Rambai yang perlu diseerakan, sudah tidak adakah masalah rakyat lain di DUN beliau yang perlu ditangani segera?

Nasib baiklah ada rakan ADUN BN yang cerdik sedikit dari ADUN Sg.Rambai yang menjelaskan sebab-sebab larangan membawa telefon bimbit ke sekolah, jika tidak jadi sidang dewan haru-biru pulak d Melaka ni.

Buat pengetahuan ADUN Umno ini,larangan membawa telefon bimbit ke sekolah adalah memang dasar Kementerian Pelajaran berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2009 yang bertarikh 25 Mac 2009 bertajuk Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Menggunakan Telefon Bimbit oleh Murid Di Sekolah. Alasan kukuh dasar ini ialah ianya boleh membawa kepada banyak masalah disiplin seperti pergaduhan,kecurian,penyebaran maklumat lucah dan boleh mengganggu kelancaran proses pengajaran di sekolah.

Dalam PRK Merlimau baru-baru ini sebagai contohnya, pengundi masih tidak mahu menghantar wakil pembangkang yang kuat dalam DUN, perlu diingat jika bilangan ADUN BN semakin bertambah maka makin berkuasalah mereka untuk memfaraidkan harta rakyat.

 5 ADUN DAP yang ada bertungkuslumus membawa serta mempertahankan harta rakyat daripada dibazirkan oleh Ali Rustam dan juak-juaknya tetapi amat terbatas suara mereke jika berkaitan dengan masalah yang berkaitan agama Islam seperti isu rasuah Majlis Agama Islam Melaka, penyalahgunaan masjid oleh Umno, harta pusaka dalam Islam, masalah akhlak masyarakat Melayu dan sebagainya.

Rakyat Melaka perlukan pembangkan dari kalangan orang Melayu, jadi dalam PRU13 nanti rakyat Melaka perlu memberikan kemenangan calon-calon Melayu sama ada dari PAS atau PKR untuk menjadi wakil rakyat dan membawa suara rakyat dalam Sidang DUN Melaka.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online