Sensasi dalam melayan karenah juara melompat kalau bukan si Ibrahim Ali. Kali ini yang mempermainkan beliau ialah Tan Sri Nazri Aziz yang telah mencabar Ibrahim atau wakil Perkasa untuk bertanding dalam PRU menentang beliau di Parlimen Padang Rengas. Nampak lawak tapi lucu nak gelak tapi tak lucu, begitulah nasib si Ibrahim Ali.
Kenapa Nazri mencabar si Ibrahim ini? Terdahulu, Nazri mencabar Perkasa bertanding dalam pilihan raya di kerusi yang disandangnya iaitu Padang Rengas kerana Perkasa menolak cadangan untuk memansuhkan ruang perkenalan bangsa di borang-borang yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan dan swasta.
Baru minggu lepas si Ibrahim bersama dengan Perkasa memainkan sentimen Melayu di PRK Merlimau semata-mata untuk mengambil hati Umno tapi nampaknya tak berhasil apabila si Nazri pula yang mempermainkan beliau. Ibrahim ni pun kalau bertanding PRU13 entah siapa nak undi dia, kerusi Parlimen Pasir Mas pun atas ihsan orang Pas dan jika beliau bertanding di Pasir Mas semula akibatnya masuk keranda politiklah si Ibrahim ni.
Apa kata balas Ibrahim apabila dicabar oleh Nazri, katanya, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar pertubuhan tersebut untuk bertanding pada PRU sebagai sikap ego dan riak segelintir pemimpin Barisan Nasional (BN). Ibrahim menamba, jika BN masih mengekalkan pemimpin yang tidak mempamerkan sikap berhemah, tidak menerima pandangan orang lain dan ego, tidak mustahil rakyat akan menolak kerajaan yang ada pada masa ini.
“Perkasa memang tidak sehebat Mohamed Nazri di kawasannya di Padang Rengas tetapi Perkasa ada sedikit undi daripada ahlinya yang boleh menentukan masa depan politik Nazri dan BN.
“Perkasa memang tidak sehebat Mohamed Nazri di kawasannya di Padang Rengas tetapi Perkasa ada sedikit undi daripada ahlinya yang boleh menentukan masa depan politik Nazri dan BN.
Di Merlimau dia bodek para pemimpin Bn selepas balik Kl dia pula disapu pemimpin BN, kesian dia ni. Bertaubatlah wahai paduka....
0 comments:
Post a Comment