Pas yang menjadi komponen Pakatan Rakyat semakin diterima oleh pengundi yang menjadi peneroka Felda. Melihat senario pengundian yang berlaku di tiga buah rancangan felda di Felda Jengka 22, 23 dan 25 maka PAS sebenarnya mendapat kenaikan peratusan undi yang amat memberangsangkan di Felda Jengka 23.
Disaat dihimpit dengan pelbagai ugutan dan ditaburkan limpahan wang ringgit namun peneroka Felda Jengka 23 sanggup juga memberikan undi mereka kepada Pas. Ini membuktikan lebih separuh undi peneroka Felda Jengka 23 adalah milik Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS.
BN hanya memperolehi 929 undi manakala PAS pula mendapat 405 undi. Walaupun majoriti BN mencecah 524 undi namun jumlah sebegitu sebenarnya tidak membanggakan BN berbanding dengan jumlah jutaan ringgit yang telah mereka taburkan dlam PRK Kerdau. InsyaAllah dalam PRU13 para peneroka Felda akan terus menjadi berani kerana akan tiada lagi limpahan wang ringgit, tiada lagi tar baru, tiada lagi kelibat PM dan para Menterinya, maka pada masa itu peneroka Felda di seluruh Malaysia akan menjadi matang serta boleh membuat pilihan yang terbaik bersama Pakatan Rakyat.
Buat ANAK yang dipimpin Sdr.Mazliman Aliman, teruskan usaha anda sehingga ke titisan darah yang terakhir kerana para peneroka Felda perlu diselamatkan daripada terus diselimuti kebebalan pemimpin BN. ANAK hanya perlu membuat 'swing' sekitar 262 undi sahaja lagi di Felda Jengka 23 untuk membawa suara rakyat di bumi Kerdau. Berubahlah sekarang, selamatkanlah Malaysia.
0 comments:
Post a Comment