www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 10 March 2011

KETUA PEMBANGKANG PERLU DALAM PARLIMEN. SIAPA PILIHAN PR?

Peranan sebagai Ketua Pembangkang amat penting dalam institusi Parlimen di Malaysia. Isu ini mula berbangkit apabila Ketua Pembangkang yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim telah digantung daripada menghadiri sidang Parlimen bermula minggu ini. Oleh itu wujud suatu kelompangan dalam PR yang telah kehilangan pemimpin yang dianggap sebagai ketua atau kepala PR. BN akan sentiasa mengambil peluang menghentam jika PR masih lagi tidak memilih Ketua Pembangkan yang baru danjika dipilih juga maka BN akan memesongkan juga pilihan PR dengan cara melaga-lagakan emosi ketiga-tiga parti dalam PR kerana BN itu memang berperangai jahat.

Merujuk istilah 'PEMBANGKANG"  di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negeri.
Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Ia didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".

Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan.

Ketua Pembangkang terkini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membentuk Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Senarai Ketua Pembangkang meliputi[1]:
Justeru itu PR mestilah bermuafakat segera untuk memilih Ketua Pembangkang yang baru dalam Parlimen. Jika dilihat sejarahnya, dua orang pemimpin kanan PR pernah menjadi Ketua Pembangkang iaitu YB TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang (2002-2004) dan Lim Kit Siang (1973-1975 dan 2004-2008).

Pilihan sudah ada maka apakah salahnya pemilihan dibuat segera dengan tujuan mengemaskan lagi urustadbir PR dalam Parlimen. Pemilihan ini bukan untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua PR tetapi hanyalah sebagai Ketua Pembangkang didalam Parlimen sahaja. Jangan biarkan BN berkokok berkata PR seperti ayam kehilangan ibu dan sebagainya.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online