Jika seorang menantu boleh menuntut mutaah sebanyak RM400 juta, cuba anda buat kiraan berapakah harta terkumpul si suami? Jika si suami memang mempunyai kemampuan berganda dengan hasil terkumpul dalam ratusan juta berapa pula harta si bapa yang juga Ketua Menteri Sarawak? Jika tidak melebihi RM297 billion milik Hosni Mubarak mungkin angkanya menjadi hampir atau sedikit kurang. Dari mana harta yang tersangat banyak ini dikumpul semasa sidia masih memegang jawatan sebagai penjawat awam? Orang BN boleh jawab.
Mennurut laporan dalam The Star, menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan untuk bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.
Datin Seri Shahnaz A. Majid, 48, memfailkan permohonan tersebut terhadap ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib, 48, pada 22 Februari lalu dan kes disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Pasangan tersebut berkahwin pada 9 Januari 1992 di sini dengan berwalikan bapa pengantin perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya yang berusia 17 tahun.
KENAPA MENANTU TAIB MENUNTUT MUTAAH JUMLAH YANG SANGAT BESAR? INI JAWAPANNYA
Sementara itu, bagi tuntutan mutaah, Shahnaz menuntut RM100 juta yang dipercayai satu jumlah yang munasabah berdasarkan tempoh perkahwinan mereka selama 19 tahun sebulan selain ia juga berpadanan dengan pendapatan defendan.
Dakwanya, defendan merupakan seorang yang sangat berkemampuan dan memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat Cahaya Mata Sarawak yang menjalankan pelbagai perniagaan dan pelaburan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.
Selain itu, beliau turut menuntut supaya RM300 juta diisytiharkan sebagai harta sepencarian, iaitu harta-harta termasuk rumah di mereta-rata tempat, tanah beratus-ratus hektar di Sarawak dan tanah di Bukit Tunku, di sini.
Selain itu, mereka juga didakwa mempunyai kereta Mercedez Benz, Lamborghini Murcielago, Ferrari Spider, Bentley New Continental GT, Maserati Quartoporte, AUDI, dan Van Alphard serta simpanan-simpanan bank.
Harta tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat dan saham-saham seperti Titanium Management Sdn Bhd, Sarawak Cable Berhad, Cahaya Mata Sarawak Berhad, Premium Haven, Log Dak Promotions, Dataran Aras, Celebrity Design dan Bella Magic.
Itu baru harta yang dimilikki olehanak Ketua Menteri, bagaimana pula jumlah harta yang dimilikki oleh si bapa, rakyat sarawak terus berada dalam paras kemiskinan sedangkan kaum kerabat KM menjadi kayaraya hasil dariperahan peluh rakyat Sarawak. Fikir-fikirkanlah,
0 comments:
Post a Comment