Nampaknya kemelut dalam MIC iaitu parti India terbesar dalam BN mula bergolak semula walaupun parti tersebut telah mempunyai presiden yang baru iaitu Datuk G Palanivel. Pergolakan baru ini seolah-olah menampakkan legasi Samy Vellu masih berakar umbi dalam MIC ataupun sememangnya memang ada sesetengah pihak yang telah merancang untuk menggulingkan Palanivel dengan kadar segera.
Mana ada arahan ataupun idea atau saranan seorang yang bernama Presiden akan ditolak atau dibantah secara depan terutamanya melalui media? Ini tidak berlaku dalam MIC semasa dikuasai diktator Samy Vellu. Ini menjadi signal yang jelas bahawa perlantikan G Palanivel tidak direstui oleh beberapa pihak dalam MIC sendiri.
Mari kita melihat insiden terbaru apabila saranan pertama oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel baru-baru ini supaya masyarakat India yang dibelenggu kemiskinan dan tidak mempunyai pendapatan tetap bekerja semula di ladang milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dibantah masyarakat itu malahan oleh pemimpin parti sendiri.
Menurut Palanivel bekerja di ladang milik GLC menjanjikan lebih banyak faedah kerana selain gaji pokok RM700 sebulan berbanding RM300 sebelum ini, pekerja ladang juga menikmati kemudahan rumah percuma, pengangkutan bas percuma untuk anak-anak ke sekolah dan kos kehidupan yang amat rendah.
Bukan sahaja kaumIndia yang membantah kepada sarana Palanivel tetapi orang kanan parti MIC iaitu Ketua Pemuda MIC T Mohan juga tidak bersetuju dengan saranan tersebut kerana ia tidak menjamin masa depan cerah.
Sebaliknya, katanya kerajaan boleh menyediakan kemudahan tanah rancangan seperti Felda yang memberi peluang kepada peneroka untuk mengusahakan tanah di kawasan masing-masing.
“Saya tidak bersetuju sebab RM700 kecil sangat dan ia seolah-olah mengajak kita ke belakang. Kalau seperti skim Felda, kita bersetuju sebab ia boleh melahirkan usahawan India dalam masa tertentu.
“Lagipun sekian lama kita (MIC) menjalankan pelbagai program untuk mengubah minda masyarakat India supaya keluar dari ladang dan maju ke hadapan.

Jika saranan yang baik oleh seorang presiden parti ditolak oleh kaumnya sendiri dan dibantah pula Ketua Pemuda yang juga merupakan Naib Presiden dalam mesyuarat harian MIC, maka sahlah wujud suatu lompang masalah dalam MIC ini. Rupa-rupanya setelah pemergian Samy, MIC mula menjadi rebutan diantara pemimpinnya. Jika dibiarkan maka keadaan akan menjadi parah dan bila semakin parah biarlah mereka berpecah-belah danseterusnya undi masyarakat India akan beralih ke pakatan rakyat.
Nampaknya parti komponen BN ini nampak kuat dari segi luaran sahaja namun didalamnya penuh dengan virus perpecahan yang mungkin akanmeletup sedikit masa lagi. Ketiak itu adakah Samy akanbalik untuk menguasai MIC semula atau anaknya pula akan menjadi Presiden MIC. Sama-samalah kita tunggu akan kesudahannya.
0 comments:
Post a Comment