www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday, 8 March 2011

UNDI POS MENCANAK NAIK : APA KEJE SPR NI?

 

Satu usaha terancang yang dibuat oleh pihk tertentu dengan kerjasama SPR untuk menambah undi pos di sesuatu kawasan DUN dan Parlimen tertentu semata-mata bagi memberikan kelebihan calon tertentu. Betul atau tidak dakwaan pelbagai pihak ini, maka SPR perlu memberikan jawapan yang paling tepat dan berwibawa bukannya jawapan yang dijawab sambil lewa. Yang amat menghairankan kejadian undi pos yang mencanak-canak naik ini hanya berlaku di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul kekeliruan wujud campur tangan pihak tertentu sehingga menyebabkan status pengundi awam didaftarkan sebagai pengundi pos. Beliau berkata, “SPR perlu memberikan jawapan kepada persoalan ini kerana ia menunjukkan seolah-olah ada dalang yang ditugaskan menyusun dan merancang strategi ini secara terperinci,” katanya di Lobi Parlimen pada Selasa.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan berkata perkara itu berlaku disebabkan wujudnya kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri tentera untuk mendaftar sebagai pengundi pos. Saifuddin turut merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai mengenai pertambahan hampir 6,000 pengundi pos di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Bukan itu sahaja, beliau mendakwa di Parlimen Ketereh, Kelantan juga berlaku pertambahan sebanyak 449 pengundi pos berdaftar dengan menggunakan alamat Kem 16 Desa Pahlawan di Kota Baru, Kelantan. “Bukti itu dikukuhkan lagi dengan penerimaan bantahan oleh PAS kawasan itu dalam satu pendengaran awam yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Keterah pada 18 Januari lalu.

“Anehnya, semua pengundi pos adalah wanita dan mereka tidak tahu bahawa namanya telah ditukar daripada pengundi awam menjadi pengundi pos malah selepas bantahan dibuat, kesemuanya tidak membuat sebarang rayuan,”katanya.

SPR ni bekerja sebagai suruhanjaya bebas atau sebagai parti komponen BN? Atau adakah SPR ini hanya boleh disedarkan dengan kebangkitan rakyat berdemontarsi seperti di Mesir baru mereka akan sedar. SPR jangan jadi kuda tunggangan BN, jika tidak rakyat akan menghukum dengan memberikan pembalasan yang setimpal. Ayuh semua ahli,pastikan semua undi pos yang mencanak naik di kawasan sebagai tugasan utama kami demi menjaga survival rakyat. Jom Berubah Selamatkan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online