www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Thursday, 10 March 2011

TABIKA KEMAS PUN TAK SIAP. ZAMRI TAK TAHU KE?



 
Berita yang paling menyedihkan bila melihat 30 kanak-kanak yang bersekolah di Tabika Kemas tajaan Umno di Parit Perak terpaksa menumpang bangunan JKKK kerana bangunan baru mereka gagal disiapkan pada Disember 2010 oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri. Apa yang pasti kerajaan yang memerintah ialah kerajaan haram BN dan sudah tentulah kontraktor yang dlantik mestilah kroni BN. Apa yang melucukan untuk mendirikan sebuah Tabika Kemas pun tak mampu bagaimana pula si Yob Zamri nak buat bangunan 100 tingkat. Patut kena tukar MB haram yang baru selepas ini.

Begitulah kisah kontraktor BN di negeri yang dirampas secara haram. Kesian budak-budak sekolah dan apa yang boleh dikirakan ialah kesemua mereka adalah anak-anak orang BN. Kesian meeka mendapat MB Haram yang tak efisyen melaksanakan amanah rakyat.

Menurut Ketua Kampung Blanja Kiri, Samsudin Sarji, berkata bangunan baru itu sepatutnya siap selepas tiga bulan dibina bermula Jun lalu, namun projek itu hanya siap 60 peratus sebelum ia terbengkalai sehingga kini.

"Masih banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum bangunan baru itu boleh digunakan berikutan lantai, dinding dan persekitaran luar yang tidak sempurna," katanya ketika ditemui di sini.  Samsudin berkata, selain tidak selesa, ruang yang sempit juga menyebabkan aktiviti murid agak terhad kerana terpaksa berhimpit antara satu sama lain.

Apakata dicadangkan kepada Ketua Kampung tersebut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM), manalah tahu boleh dilihat berapa banyak peruntukan yang telah diluluskan dan berapa banyak penyelewengan yang telah disapu kontraktor pilihan BN?  Kalau Ketua Kampung itu dilantik oleh Yob Zamri alamat sampai kiamat pun tidak akan ada siapa yang bernai membuat laporan. Semua takut Umno, rakyat susah takpe aslkan jangan pemimpin yang susah.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online