Baru sahaja dua hari yang lepas Datuk Seri Rais Yatim seorang menteri dalam kabinet Najib yang hangat dengan cerita didalam blog mengenainya bersama seorang amah telah mengkritik MB Klate iaitu Tuan Guru Dato Nik Abdul Nik Mat mengenai ketidakadilan media terhadap pembangkang dalam setiap kali pilihanraya. Tuan Guru kata media tak adil tapi Rais kata adil. Antara mereka berdua siapakah yang lebih anda percayai?
Hari ini pula Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersedia untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pengharaman penjualan tiket loteri di negeri tersebut.
MCA, katanya, tidak memahami kenapa keputusan untuk mengharamkan penjualan loteri itu diambil hanya selepas 20 tahun PAS memerintah Negeri Kelantan.
Menurut beliau lagi, keputusan itu telah menyekat hak masyarakat bukan Islam yang bebas menentukan sama ada mereka mahu berjudi atau tidak. "Kerajaan PAS Kelantan perlu diingatkan bahawa kebebasan untuk memilih terpelihara di dalam perlembagaan negara dan mereka (PAS) tidak mempunyai hak untuk melanggar hak tersebut," ujarnya kepada The Star.
Begitulah kejadian yang berlaku dalam sehari dua ini. Seorang bergelar menteri yang hipokrit dan pernah membakar jambatan bersama Umno dan kemudian kembali membina jambatan bersama Umno dan kemudian kecoh seluruh dunia sehingga ke Indonesia berkenaan skandal dengan pembantu rumahnya.
Manakala yang seorang lagi ialah bekas pelakon handalan dalam sebuah "tape" yang juga telah menggemparkan dunia politik tanah air sehingga menyebabkan beliau meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti.
Dan kembar seiras ini menyentuh tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam beberapa perkara di atas. Justeru itu biarlah kedua mereka secara anak jantan bertemu Tuan Guru dan berdoalah dengan cahaya keimanan yang ada dalam diri insan yang bernama Nik Aziz moga-moga terpancar cahaya kebenaran kepada dua orang kembar seiras ini.
0 comments:
Post a Comment