Kejadian keganasan iaitu membelasah pelajar sekolah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Bukan untuk mencari salah siapa tetapi apa yang harus dibuat sekarang ialah bertindak untuk mencari penyelesaian terbaik untuk membendung masalah ini.
Semua pihak termasuklah ibubapa, guru-guru, orang ramai, jabatan pendidikan, agensi yang berkaitan, kerajaan atau swasta dan pelbagai pihak lain perlu tampil memberikan kerjasama bagi menjaga tingkahlaku anak-anak di sekolah supaya tidak menjadi fenomena yang tidak sihat dikalangan pelajar.
Apa perasaan anda jika pelajar yang kena belasah sehingga berdarah hidungnya, patah tangannya atau patah tangan atau lebam mata atau kecederaan yang lain-lain adalah anak anda? Adakah anda akan berdiam diri memaafkan sahaja kepada pelejar yang membelasah anak anda atau anda akan membalas memukul sama pelajar tadi atau anda akan membuat laporan polis?
Semuanya berkemungkinan akan kita lakukan kerana sebagai ibubapa yang membesarkan anak-anak dengan perasaan penuh kasih sayang sejak dari kecil sudah pastilah kita tidak akan membiarkan anak kita tanpa pembelaan. Betapa besar pengorbanan ibu ayah dalam usaha membesarkan anak-annak tetapi tiba-tiiba anak mereka dipukul, dipijak, disepak sehingga berdarah atau patah anggota badan, adakah anda akan boleh bersabar? Bolehkah anda berdiam diri?
Namun kejadian ini berterusan berlaku setiap hari. Hal ini sangatlah mendukacitakan jika tiada usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak untuk menncari jalan mengatasinya. Kita lihat kes yang terbaru yang berlaku di Perlis baru-baru ini dalam kejadian ini sehingga menyebabkan Menteri Besar Perlis sendiri merayu agar pelajar yang bersalah tidak disingkirkan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berharap empat pelajar nakal yang dikaitkan dengan kes membelasah seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Simpang Empat sehingga patah tangan kirinya tidak disingkirkan daripada sekolah.
Katanya, mereka sewajarnya diberi peluang untuk terus belajar dengan dipindahkan ke sekolah lain dan diberi pemulihan supaya mereka menyedari kesalahan itu.
"Mereka harus diberi peluang membaiki kesilapan demi masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat Mohamad Shahfaly Anoar, 15, yang patah tangan kirinya akibat dibelasah sekumpulan pelajar di Kampung Simpang Empat Syed Kassim dekat sini hari ini.
Dalam kejadian 4 Mac lalu, mangsa dikatakan dipukul oleh sekumpulan pelajar tingkatan tiga dan dua sekolah yang sama di kawasan sekolah dan kes itu yang telah dilaporkan kepada polis turut mendapat reaksi nasional.
APAKAH CADANGAN ANDA?
1. Membuang pelajar yang bersalah dari sekolah dan dimasukkan pula ke sekolah budak-budak nakal di Sekolah Henry Gurney di Melaka untuk mengubah disiplin mereka.
2. Membuang pelajar tersebut dari sekolah mereka dan dipindahkan ke sekolah lain dengan harapan memberikan mereka peluang kedua untuk berubah menjadi baik.
3. Membawa mereka ke Mahkamah Juvana sebagai peringatan kepada pelajar lain.
Kementerian Pendidikan pula janganlah berdiam diri, cubalah selidiki apakah dasar-dasar pengajaran dan pembelajaran selama ini mampu membentuk jiwa insan yang terbaik atau sekadar melahirkan insan yang mementingkan kelulusan akademik sahaja. Jika Menteri Pelajaran gagal maka mohonlah agar ditukarkan sahaja Menteri yang baru.
0 comments:
Post a Comment