www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Saturday, 16 July 2011

NOH OMAR TERUS MENGGELUPUR MELEBIHI LEMBU GILA. KENAPA JADI BEGINI?


KUALA SELANGOR 15 Julai - UMNO menyifatkan cadangan Pas Selangor mengadakan perhimpunan besar-besaran di Stadium Malawati, di sini hanyalah satu helah untuk membersihkan nama baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berhadapan kes liwat di mahkamah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, perhimpunan yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kononnya untuk menangkis tohmahan terhadap perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu tidak seharusnya diadakan.
 
Ini kerana, katanya, Bersih itu sendiri merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar manakala perhimpunan yang dianjurkan di ibu negara, Sabtu lalu jelasnya melanggar undang-undang negara.
Justeru, katanya, perhimpunan besar-besaran di stadium berkenaan sebenarnya satu taktik pembangkang untuk meneruskan kempen Bersih yang didalangi oleh agenda Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

"Kepada Khalid Abdul Samad dan pemimpin pembangkang lain yang ingin menganjur perhimpunan di Stadium Malawati Shah Alam bagi meneruskan agenda Bersih, mereka perlu sedar sebagai Ahli Parlimen mereka mempunyai suara di Dewan Rakyat dan mereka sepatutnya menggunakan saluran di dewan berkenaan.

"Rakyat telah memilih mereka untuk menyampaikan suara mereka di Parlimen. Jika mereka memilih untuk terus melakukan demonstrasi secara haram di jalanan dan bukan menggunakan saluran Parlimen, apa gunanya mereka menjadi Ahli Parlimen, saya cabar mereka letak jawatan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis ramah mesra bersama rakyat di Kampung Gulang-Gulang selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Tambah Noh, sekiranya Bersih dan pakatan pembangkang ikhlas hendak membersihkan proses pilihan raya di negara ini, Parlimen adalah tempatnya dan bukan mengheret rakyat ke jalan raya dan stadium untuk berdemonstrasi.

"Anwar sendiri menyebut bahawa demonstrasi menjurus kepada revolusi. Ini menunjukkan bahawa perhimpunan haram yang akan diadakan termasuk yang akan diadakan di stadium itu adalah demi kepentingan dirinya dan bukan rakyat.

"Oleh itu saya cabar Khalid Samad untuk meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan berjuang di jalanan mengadakan demonstrasi," katanya.

Pada masa yang sama, Noh turut menyatakan untuk memenuhi tuntutan lapan perkara yang dibuat oleh Bersih, ia memerlukan pindaan perlembagaan dan perkara ini diketahui oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Anwar dan Khalid.

Oleh yang demikian, beliau berharap rakyat sedar agenda Bersih bukan untuk memperjuangkan demokrasi tetapi agenda halus Anwar membersihkan nama dan dirinya

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 
There was an error in this gadget

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online