www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Tuesday 3 May 2011

SELANGOR TIDAK BUBAR DUN IKUT PRU13 BN. Tahniah Selangor.....

Kerajaan Selangor pimpinan pakatan pembangkang tetap tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Kerajaan Pusat mahu mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri mahu memastikan pentadbiran negeri dilaksanakan bagi tempoh sekurang-kurangnya empat tahun sebelum berhasrat membubarkan DUN.

“Kita masih berpendapat seperti sebelum ini, iaitu mahu paling tidak empat tahun untuk melaksanakan pemerintahan sebelum bersedia mengadakan pilihan raya. 

“Jika Pusat mahu mengadakan pilihan raya tahun ini, Selangor tidak akan bersama,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui selepas majlis penutupan Kejohanan Lawan Pedang Selangor ke 11, di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan pimpinannya untuk tidak mahu mengadakan pilihan raya jika diadakan tahun ini tidak menyalahi undang-undang.

“Tindakan kita tidak mahu membubarkan dewan selagi belum cukup tempoh empat tahun mentadbir negeri adalah dibenarkan oleh Enakmen Negeri dan tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang,” katanya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin dipetik memberitahu sebuah laman portal bahawa ada kemungkinan PRU 13 diadakan Ogos ini.

p/s: Kita juga berharap kerajaan PAS di Kelantan serta Kedah dan kerajaan DAP di Pulau Pinang akan ikut jejak langkah Selangor. Jangan asyik nak berpolitik mengikut rentak BN. Tunaikanlah segala janji kepada rakyat dalam tempoh dua tahun lagi memerintah kerajaan negeri masing-masing. Najib pasti gementar jika empat kerajaan negeri ini tidak turut sekali membubarkan kawasan DUN mereka jika Najib dan buat PRU13 dalam bulan Ogos 2011 nanti.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online