Sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikesan mengalami masalah obesiti atau melebihi berat badan normal.
Kira-kira 20 pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan hari ini menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN terlibat seperti ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin; ADUN Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman; ADUN Machap, Datuk Lai Mei Chong dan ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol di bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.
Turut hadir pada program pemeriksaan kesihatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.
ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin |
Seramai 20 kakitangan dan pegawai Jabatan Kesihatan negeri terlibat menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN dan mendapati Indeks Jisim Tubuh (BMI) kebanyakan mereka mengalami obesiti.
Bagaimanapun, pemeriksaan lain seperti tahap glukosa dalam air kencing dan darah serta tekanan darah masing-masing berada pada paras normal.
Pemeriksaan kesihatan yang berlangsung selama empat jam berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut menekankan pada pemeriksaan ujian darah di kalangan ADUN bagi mengenal pasti sebarang penyakit serius.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihaknya menasihatkan ADUN terlibat agar mengawal pemakanan berdasarkan hasil ujian kesihatan yang mendapati kebanyakan mereka mengalami obesiti.
''Saya nasihatkan mereka dan diri saya sendiri kerana kami mengalami masalah obesiti.
Selepas ini, kita semua perlu kawal gula, makanan berkarbohidrat dan makanan berlemak terutama ketika menghadiri pelbagai majlis.
''Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja, mereka tidak harus mengabaikan waktu tidur dan banyak minum air kosong menggantikan air bergula.
''Begitu juga makanan bersantan yang banyak menyumbang ke arah pertambahan berat badan," katanya yang turut tidak menyangka disahkan mengalami masalah obesiti.
0 comments:
Post a Comment