Walaupun beberapa kali dipelawa UMNO agar sepakat dalam satu jemaah, nampaknya Pas masih enggan melayani permintaan itu disebabkan perbezaan ideologi dalam kalangan pemimpin mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sekali lagi mempelawa dan menyeru parti itu menyertai UMNO dan BN sekiranya benar-benar mahu berjuang untuk Islam.
Melihat kepada keadaan itu, penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussain berkata, realitinya, Pas bukan enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan BN, malah parti itu tidak akan menafikan sekiranya kerjasama sekali lagi terjalin antara mereka.
“Apa yang kita nampak, setakat ini terdapat beberapa pihak terutama melibatkan generasi baru yang memiliki pemikiran baru dalam parti itu berhasrat untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Ia dikukuhkan lagi setelah Pas tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan prestasi PKR jatuh merudum di negeri itu,” katanya.
Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kemungkinan besar sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu diambil alih orang baru, kerjasama Pas, UMNO akan terjalin.
“Kita lihat semangat untuk bermuzakarah membuak-buak dalam diri generasi baru Pas dan pemimpin UMNO kerana mereka mengambil kira isu-isu yang berlaku selepas 2008 di mana UMNO sendiri pun berada dalam keadaan kelam kabut.
“Sebab itulah, Najib menghulurkan tangan sekali lagi, malangnya Pas masih berdegil. Walaupun belum terima sebarang maklum balas, menurut pemerhatian saya, saya yakin Pas tidak berpakat untuk menggagalkan undangan UMNO itu,” katanya.
Attory berkata, kemungkinan besar isu kerjasama ini akan dibincangkan dalam muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung Jun depan.
“Mereka akan kaji semula sama ada mahu melakukan mukabalah (perbandingan) dengan UMNO. Apa yang merunsingkan ialah, kedegilan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu berkeras enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.
“Kepimpinan Nik Aziz menjurus kepada kepimpinan ulama, sebab itulah beliau tidak setuju dengan kepimpinan UMNO. Corak kepimpinan beliau berbeza dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya

0 comments:
Post a Comment