MCA tidak membantah jika PAS mahu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan syarat parti itu perlu bersedia mengetepikan dasar menubuhkan negara Islam.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pendirian MCA yang menolak penubuhan negara Islam adalah jelas dan diketahui parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.
Soi Lek diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara. Hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Sementara itu, mengulas kem berkenaan, Soi Lek berkata ia diadakan bagi mendapatkan pandangan pucuk pimpinan peringkat bahagian MCA mengenai langkah memantapkan jentera parti itu dan BN sebagai persediaan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Walaupun tarikh pilihan raya umum belum diketahui tetapi kami berpendapat adalah menjadi tanggungjawab MCA untuk memastikan jentera parti bersiap sedia di peringkat awal supaya sebaik saja tarikh pilihan raya dimaklumkan, jentera pilihan raya kami dapat bergerak dengan cepat dan tersusun.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MCAberisyaratPASsertaiBN/Article
0 comments:
Post a Comment