www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Wednesday 4 May 2011

MB GANU NAIK ANGIN. PERTIKAI KOS BUAT VELODROM MINI, ASAL RM3.5 JUTA NAIK JADI RM36 JUTA. SPRM tidur ke?

Kontroversi projek pembinaan velodrom mini di Dungun yang bernilai RM36 juta belum berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak berkenaan.

Malah, Ahmad turut menempelak pihak-pihak berkaitan yang mengesahkan bahawa kos tersebut amat sesuai untuk pembinaan sebuah kompleks sukan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk velodrom mini.

Beliau seterusnya mempertikaikan kos projek berkenaan yang disifatkannya jauh lebih tinggi berbanding kos asal RM3.5 juta, seolah-olah memberi gambaran projek itu dibina untuk penganjuran temasya sukan berprestij dan bertaraf dunia.

“Pembinaan projek sukan ini biarlah berpatutan dengan keperluan sukan peringkat negeri. Kita buat velodrom atau kompleks sukan bukan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, tetapi kalau Majlis Sukan Negeri ada duit, dia buatlah,” katanya sinis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas pendirian pihak yang berkaitan bahawa kos RM36 juta yang dicadangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri adalah untuk membina sebuah pusat kecemerlangan basikal negara, bukan hanya untuk sebuah velodrom mini semata.

Pengarah MSN negeri, Zainal Abidin Hussin sebelum ini berkata, kos tersebut merangkumi kemudahan velodrom tertutup, asrama serta kemudahan-kemudahan sukan lain di pusat kecemerlangan itu.

Katanya, konsep yang diambil berdasarkan velodrom di Melbourne, Australia itu dibuat selepas JKR dan MSN melawat tapak cadangan pembinaan tersebut di Kampung Balai Besar, Dungun dan juga kemudahan sama di Ipoh, Perak dan Cheras, Kuala Lumpur.

Ahmad sebelum itu terkejut dengan penetapan kos projek berkenaan yang disifatkannya amat tinggi serta tidak munasabah berbanding kos asal sehingga mendorong beliau mengarahkan pihak JKR mengkaji semula perkara itu.

Beliau selanjutnya berkata, jika MSN atau pihak berkenaan mempunyai kemampuan untuk membina projek sukan tersebut dengan kos setinggi itu, terserahlah kepada mereka untuk menentukannya.

“Sebenarnya kita nak buat sebuah velodrom rakyat yang sesuai untuk latihan asas. Tetapi kalau MSN ada duit, ‘buatlah’... bukan payah pun.

“Orang suruh reka dengan kos RM3.5 juta, kenapa buat RM36 juta,” soal Ahmad.

..."SEMUA MAKAN KOMISYEN BRO...SEBAB BUDAYA UMNO MEMANG MACAM TU, SEMUA NAK RASA DUTI ATAS ANGIN....REPORTLAH PADA SPRM....CAKAP JE PANDAI MU NI..."

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online