www.tukartayarbaru.blogspot.com : Email. tukartayarbaru@gmail.com

Monday 11 April 2011

MUHYIDDIN TIPU BUDAK SEKOLAH BOLEHLAH...GURU NAK NAIK GAJI? MUHYIDDIN TERKEDU...

BN memang dalam keadaan terdesak apabila Muhyiddin pula menggertak kakitangan kerajaan yang bergelar guru untuk mengundi Taib dan BN dalam pilihanraya di Sarawak 16 April nanti. Semalam Rais mahu orang Sarawak kenang budi BN, tengahari tadi Najib pula mahu rakyat undi BN jika mahu projek diluluskan, kini Muhyiddin pula ingin meng"BN'kan guru-guru.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

NONEMuhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.

p/s. Jelas Muhyiddin menipu guru-guru yang cerdik di Sarawak. Dia ingat guru-guru tu semuanya bodoh ke. Muhyiddin kata pembangunan akan terjejas jika pembangkang dipilih oleh rakyat. Muhyiddin ni buta ke?

Cuba tengok di Selangor, Kedah, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, adakah di negeri yang ditadbir oleh PR tidak ada pembangunan kah? Selangor menjadi negeri termaju dan mempunyai nillai palaburan asing terbesar sekali di Malaysia. Terganggu ke pembangunan di Selangor? Budak Darjah 4 bolehlah Muhyiddin bohong, ini cikgu-cikgulah, rupa-rupanya Menteri Pelajaran yang bodoh.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

 

About Me

tukartayarbaru
BERIKHTIAR DAN MENDOAKAN KESEMBUHAN SEMUA
View my complete profile

tukartayarbaru

tukartayarbaru

Malaysiakini

Harakah

Utusan Online

Kosmo Online